Something to say ...



Cubaan untuk aku tidur kali ini gagal. Walaupun penat sehari aku beriadah. Berjoging satu PSIS. Aku masih lagi mampu berjaga hingga saat ini. Apa yang aku fikirkan sebenarnya pun aku tak tahu. Mata masih segar. Memang senang untuk aku dapatkan kenduran di bawah mata kali ini.

1.00 am - Masih berjaga. Masih leka bermain facebook dan twitter.

2.30 am - Maggi peneman di kala pagi yang sepi. Dingin. Seorang diri

3.00 am - Tidak juga dapat lelapkan mata walaupun sudah kenyang dengan 2bungkus maggi.

4.20 am - Datang mood aku untuk menaip entri yang baru. That something to say ...




***********************************************************************************************************

Kadang kadang hebat kata manusia. Berkata itu dan ini seolah olah mereka tidak punya perasaan atau hati. Mampu mengatakan sesuatu yang bisa memberikan penangan rasa terhadap seseorang. Hanya memandang manusia dari luaran. Bukan dari hati. Ahhhh memang hebat permainan syaitan bertopengkan manusia. Drama sungguh hidup mereka.



Hanya aku yang tahu. Betapa hebatnya diri untuk memikul beban yang datangnya tanpa mengira detik, saat atau waktu. Mungkin tak nampak dari mata kasar kerana aku berani menyatakan aku pelakon yang hebat. Tapi air mata senang benar tertumpah di hadapan sahabat, yang aku percaya mereka tahu beban yang aku pikul selama ini terlalu berat untuk aku hadapi seorang diri. Terutama sahabat baik aku di sini. Intan dan Yana. Kerana mereka tahu aku tiada siapa siapa di sini.

Terima kasih YA TUHANKU. Dalam diam aku. Di sebalik wajah gembira aku. Hanya aku yang tahu. Memang aku banyak pendam. Tapi aku rela memendam dari berdendam. Berbalas sesuatu yang sememangnya tiada manfaat atau kebaikan yang bakal aku peroleh. Kerana aku yakin, mereka sedar bahawa ALLAH melihat segalanya. ALLAH tahu semuanya. Mohon diampukan dosa mereka. Semoga masih sempat. Amin...

Jika aku pernah tersakitkan hati siapa siapa. Jujur aku nyatakan. Aku mohon beribu maaf. Aku manusia. Masih banyak silapnya di mana mana. Masih mentah mengenal dunia yang penuh dengan lakonan. Maafkan aku. Aku masih mampu menghormati kau. Masih. Selagi kau belum sentuh keperibadian aku. Aku tak akan buat apa apa. Selain hanya memerhati permainan kau. Dunia oh dunia.

Aku mohon, jika ada kebencian. Mohon kebencian itu segera hilang. Kita manusia. Masih memerlukan antara satu sama lain. Mohon ego itu kau campak jauh jauh. Aku perlukan sahabat. Sahabat yang mampu untuk sentiasa bersama tika susah senang. Bukan hanya untuk sementara. Bukan hanya untuk bila diperlukan. Mohon sekali lagi kau fahami apa itu erti sahabat.

Untuk disukai orang memang susah. Tapi sangat senang untuk buat orang benci kita. Kadang2 kalau kita buat benda remeh temeh pun orang benci contoh kita terrrrrpijak selipar dia, tapi dia nak benci and tak suka macam kita ni dah putuskan selipar dia. Huuu jahatnya. K macam tak ada life je. K.

Sejujurnya aku berfikir banyak kali untuk share entri yang sebegini. Lebih kepada peribadi. Tapi bila aku fikirkan balik. Memang blog ini dah menjadi sebahagian dari hidup dan cerita aku. Bukan juga niat aku ingin meminta simpati sesiapa yang membaca. Tolong jangan pernah kau fikir begitu. Aku hanya berkongsi. Apapun, ingin aku katakan di sini 'Walau apa pun yang berlaku ALLAH tetap berada dengan kita. Bersama kita" Mengadu lah padaNya. InsyaALLAH, kita akan peroleh sesuatu. 

Assalamualaikum. Bye.

6 comments:

Shiqa Nawar said...

salam, yup kadang2 bila sunyi sepi terdetik hati untuk luahkan perasaan, dan kadang2 bukan untuk di tuju pada sesiapa pun kan.. :)

btw, comel lah awak :)

hazanis said...

semoga aimiey tabah yer dlm menghadapi cabran dlm hidup lagi2 orang muda macam aimiey ni....jangn sedih2..:)

NazhatulAzira said...

tabah :)

nazirulhazwan~ said...

tips utk servive dlm hidup. hati kene kental dan always ade rase "ade aku kesah"

jgn terlalu rapat dengan sesape. kawan just gitu2.

Azza Azman said...

insyaAllah doa akan dimakbulkan tuhan..

Anonymous said...

Student PSIS juga rupenye... Cool my dear...hdup dtmpt org mmg pnuh cbaran... Jgn tlalu pcya pd org...juz blieve ur self...