Awak... Take noted please...

Assalamualaikum


Awak,
Satu hari saya tak tidur. Saya tak sempat nak tidur. Dan saya tak dapat tidur. Kerana memikirkan awak. Memikirkan kita.


Awak,

Saya bukan jenis yang sanggup diperbodohkan demi cinta. Bukan jenis yang senang menjaja cinta. Bukan mudah untuk saya jatuh cinta. Suka dan sayang orang sesuka hati saya.

Awak,
Saya tak boleh tengok awak dengan perempuan lain. Apa lagi bila saya tahu awak berbaik mesra dengan perempuan lain. Hati saya sakit. Hati saya cepat terluka. Hati saya sensitif. Teramat sensitif.

Awak,
Saya tak mahu menangis sebab awak. Saya tak mahu air mata saya jatuh sebab awak. Bukan tak sudi. Tapi saya kesiankan hati saya. Terluka. Kerana awak. Saya tak sanggup lagi.

Awak,
Tahu tak kalau kita sedih, kecewa semua disebabkan seseorang yang kita sayang tu rasa dia sakit sangat sangat. Perit.

Awak,
Bila datangnya ego saya. Sifat keras hati saya. Kadang kadang saya memang nak menang je dan taknak salahkan diri saya langsung. Saya ego. Itu saya mengaku.

Awak,
Sedih tau bila kita dapat tahu orang yang kita sayang hanya bermain kata dan beri janji manis pada kita. Harapan semuanya palsu belaka. Mohon awak selami hati.

Awak,
Jika saya adalah ibu kepada anak anak kita. Saya berjanji akan menjadi yang terbaik dari yang terbaik untuk keluarga kita nanti. InsyaALLAH.

Awak,
Misal kata kita bukan jodoh dari ALLAH. Tolong jaga diri awak baik. Sebab saya tak ada lagi untuk membebel dekat awak macam selalu. Awak kena berdikari.

Awak,
Jaga diri baik baik okay. Walaupun kita jauh. Awak tetap ada dalam hati saya. Selamanya di hati.

Awak,
Semoga jodoh saya adalah awak. Aminnnnnnnnnn.....


Sekian, Assalamualaikum.



7 comments:

Lyaa Suriany said...

pjg pesanan cinta ni
hehe

fatin nabillah :) said...

InsyaAllah, Amin :)

roziahojijie said...

Awak . Awak comel la . Cmne stdy ? :)

eqa sulaika said...

tersentuh sngt sye bce entry kakak

Afika Syafrizon said...

sayang , sabar tau (:

Liyana Azhar said...

nice entry girl :)
ayat yg sngt bezz...

Nur Iqah said...

cedeynyer.....
tpi enty akak best larh...