Assalamualaikum Kadangnya aku memang lemah. Rapuh terkena tohmahan. Hebat kata kata yang dilemparkan seolah olah aku tak tahu tujunya pada aku. Tapi aku tetap kuatkan diri. Istighfar banyak kali, satunya yang aku harap tidak lekang dari bibir. Tiada siapa tahu keistimewaan dalam diri aku. Kekuatan yang orang lain tak ada. Hanya aku yang tahu. Bertuah memiliki tubuh ini. Terima kasih ALLAH. Dalam diam aku. Disebalik senyuman aku. Aku banyak pendam. Aku punya perasaan yang s ama macam manusia lain. Tapi memang hebat syaitan syaitan bertopengkan manusia. Hanya tahu ketawa melihat orang jatuh di depan mata. Hingga kadangnya aku tidak yakin, sama ada mereka sedar atau tidak. Neraka itu ada. Noktah. Pernah dengar bahawa "Langit tak selalunya cerah"? Terbongkar rahsia yang kau rahsia kan. Pecah tembelang. Seronok melihat gelagat kau. Walaupun aku rileks buat buat tak tahu. Tak apa. Aku maafkan. Biar a...