Rapuh

Assalamualaikum



Kadangnya aku memang lemah.
Rapuh terkena tohmahan.
Hebat kata kata yang dilemparkan seolah olah aku tak tahu tujunya pada aku.
Tapi aku tetap kuatkan diri.
Istighfar banyak kali, satunya yang aku harap tidak lekang dari bibir.
 Tiada siapa tahu keistimewaan dalam diri aku.
Kekuatan yang orang lain tak ada.
Hanya aku yang tahu. 
Bertuah memiliki tubuh ini. 
Terima kasih ALLAH.
Dalam diam aku.
Disebalik senyuman aku.
 Aku banyak pendam.
 Aku punya perasaan yang sama macam manusia lain.
 Tapi memang hebat syaitan syaitan bertopengkan manusia.
Hanya tahu ketawa melihat orang jatuh di depan mata.
Hingga kadangnya aku tidak yakin,
 sama ada mereka sedar atau tidak.
Neraka itu ada.
Noktah.

Pernah dengar bahawa "Langit tak selalunya cerah"? Terbongkar rahsia yang kau rahsia kan. Pecah tembelang. Seronok melihat gelagat kau. Walaupun aku rileks buat buat tak tahu. Tak apa. Aku maafkan. Biar aku diam. Biar aku perhati lagi.

*********

19 tahun. Bukan lagi remaja biasa. Aku belajar banyak tentang kehidupan. Suka duka pahit susah senang semua aku dah rasa. Terlalu banyak jalan yang aku lalui yang tak ada siapa tahu. Walaupun teruk itu tidak teruk mana Alhamdulillah aku masih bernafas. ALLAH masih sayang. Pasti akan ada banyak lagi ujian. Aku sedia tempuh.

Kadang kadang aku merasakan diri aku matang. Jauh berbeza dengan orang lain. Entah kenapa aku cepat memaafkan orang lain dalam pelbagai situasi. Aku bukan belagak tapi aku memang tiada benci mahupun iri hati. Bila mana di kutuk, di keji di caci atau perassaan seolah di mainkan aku tetap boleh sabar. Tak guna aku lawan dengan cara yang sama kalau dosa yang aku dapat.

Aku tertarik dengan satu kata kata " KALAULAH HUKUM ALLAH MEMERLUKAN KITA BAYAR ORANG UNTUK SUKA KITA -- NESCAYA AKULAH ORANG PERTAMA YANG BANKRUP "  Nasiblah bukan aku jenis peminta sedekah untuk meminta semua manusia suka aku, perangai aku, gelak aku, ego aku semua tentang aku. Memanglah susah nak buat orang suka kita, tapi senang je nak buat orang benci kita. Jadi biar aku dengan dunia aku. Kau tak suka? Nyah kau dari hidup aku! Bukan aku peduli.

"Ya Allah hindarkan aku dari orang orang yang menzalimi diri aku. Sesungguhnya hanya padaMu aku memohon. Amin."


Kadangnya aku hanya mampu menangis. Tak ada tempat lagi untuk aku mengadu. Pernah suatu hari aku fikir aku hanya mahu lari jauh dari semua orang. Biar tak ada siapa yang tahu. Tak siapa kenal. Tak lagi menyusahkan siapa siapa. Hidup sendiri mungkin lebih bahagia. Aku tekad. Mungkin dari situ baru aku jumpa erti kehidupan yang sebenar. 

********

Kalau boleh aku berterima kasih akan aku ucapkan terima kasih yang tak akan terhitung pada kau. Terima kasih sebab dah pernah buat aku happy, bahagia, seronok, feeling sweet, feeling care, even sometimes I'm always wonder why you do this to me. And ya, walaupun anything that you just doing didnt mean anything that more than friends. Aku dah cukup bersyukur even just a friends. Xie xie Ash.

Sometimes, it’s hard to find words to tell you how much you mean to me. A lot of times, I don’t say anything at all. But I hope someday, you’ll understand, having you is what I live for.  Aku tahu, "Cinta tidak selalu bersama jodoh tapi jodoh selalu bersama cinta". Aku simpan kata kata ini rapi. 

An overwhelming year for me (2013). The good, bad, beautiful, ugly, inspiring, the not so glamorous moments. Thanks ALLAH. I've been through it all. 2014, I have a big plans for you.

"SALAM TAHUN BARU"

Ok. Selamat mulakan hidup bersama buku baru dan jalan cerita yang baru dalam tahun yang baru. Kalau ini post terakhir aku. Maafkan aku andai aku salah bicara. Aku sayang keluarga, aku sayang kawan kawan, aku sayang emm hanya aku yang tahu siapa yang aku sayang. Assalamualaikum.

Sekian.



3 comments:

auni shahira said...

be strong...apa yg berlaku pasti ada hikmahnyaa..

Jay said...

setiap yang berlaku ada hikmahnya..Bersabar,tabahkan hatimu aimie..Allah sayang akan hambanya yang bersabar..Semoga Allah berikan yang terbaik buatmu..Jay doakan aimie..

Muhamad Wafi Remli said...

Singgah sini...