Bukan kerana aku lupa, tapi kerana segalanya tersimpan rapi di ruang “draft” yang tak pernah benar-benar aku publish. Sejujurnya, menulis selepas berkahwin terasa begitu berbeza. Dulu, aku bebas meluah apa yang terpendam, menulis tanpa perlu menimbang rasa. Kini, setiap ayat perlu dijaga. ada hati, perasaan, dan maruah yang perlu aku lindungi. Kadang aku terfikir.. mungkin aku perlu menulis semula, tapi di tempat lain, dengan nama yang tiada siapa kenal. Atau mungkin, sekadar membuka akaun baru, dan menulis tanpa identiti. Kerana bila ditelan, aku yang sesak. Bila diluah, ada yang mungkin terluka. Yang membuatkan aku kembali menulis ini… kerana hati sudah tak sekuat dulu. Di luar, mungkin nampak senyum, tapi hanya Tuhan yang tahu betapa beratnya yang aku pendam. Semoga Tuhan terus menjaga jari-jari ini, agar tak menulis lebih dari sepatutnya. Assalamualaikum.
Bagi manusia yang sabarnya senipis kulit bawang seperti aku, sememangnya jangkaan memang berlaku. Kadang sengaja aku biarkan agar terlihat sabar dan baik-baik saja walhal limitnya sudah bahaya. Apapun yang terjadi pastu selalu membawa sisi baik kemudian, maka aku akan siap dan cukup sedia jalani takdir dengan versi terbaik dan menghargai proses. Seperti perihal sabar dan syukur, ia adalah dua kata yang sudah semestinya ada dalam sebuah proses. Sama juga kaitannya antara awal dan akhir. Sabar dan ikhlas. -------- 10 November 2022 - Tersemat dalam ingatan 11 November 2022 - Tersemat dalam jiwa -------- Ajar hati kebal. Kadang aku melantakkan semuanya. Mengajar hati untuk tebal dan diam. Bukan semua hal yang terjadi memerlukan pendapat, apatah lagi memaksa orang menerima pendapat kita. Hanya mampu untuk memberi reaksi terhadap semua hal dan lebih baik untuk duduk diam dan lihat. Walau kelat, tetap senyum. Cuba. Terus cuba. Hanya satu, hanya satu doa pada malam ini sebelu...