Hi.

Eii geramnya aku dengan Akak yang memandu kereta NAZA KIA warna Kelabu dekat Lebuhraya KESAS tadi, break emergency. Bukan sekali, dua tiga kali jugaklah.

“Memang sengaja ke? Sebab mata akak tak habis-habis pandang saya pakai side-mirror? Hmm saya tengok taka da lah apa yang sesak sangat Cuma akak paling takut kalau terlanggar kereta dekat depan kan? Tapi jarak akak dengan kereta dekat depan tu 2 muat ¾ ekor babi hutan tau”

Tapi aku takada lah geram dengan akak tu sorang je, yang lain pun sama je. Mana-mana Pemandu yang tak pandai gunakan signal pada tempat yang sepatutnya memang selalunya kena sumpah seranah dengan aku. Aku minta maaf. Hmm marahnya, ok relaks Aimie. Tetiba rasa mengantuk pulak. Haih, kerja macamni banyak mengantuk lah.

********

Hujan lebat selalunya menjadi masalah besar untuk penunggang CBR250 seperti aku. Lain-lah kalau aku ni Pemandu Satria Neo hitam. Ups. Tapi bila hujan mula renyai-renyai atau kurang lebat, selalunya takada hal lah, tutup mata je sambil ride. Sampai je rumah cuma mungkin lambat 15 minit sebab menunggang dengan sangat berhati-hati.


Tapi petang tadi, Aiman datang teman aku habis kerja. Mungkin kerana awan  biru yang mula hitam membuatkan Aiman  risau untuk biarkan aku pulang waktu itu. Tak dinafikan, keras kepala hati batu aku yang selalunya “alah relakslah, bukan hujan lebat pun.” Tapi tiba-tiba bunyi guruh berdentum, kilat sabung menyabung membuatkan aku akur untuk kata “yes, kita lepak dulu. Im wait for you here.” Yes, he called me and asked to lepak sampai hujan reda dan baru boleh balik.
Thanks Aiman.  85 minit kita tunggu rintik-rintik hujan  dan kilat sabung menyabung reda, aku hargai.

Alhamdulillah 25 minit selepas itu aku selamat sampai rumah.

Sebenarnya tak ada yang menarik pun untuk entry kali ni. Memang tak menarik langsung. Mungkin sebab aku kebosanan sementara aku masih belum mampu untuk lelapkan mata. OST Ada Apa Dengan Cinta 2 memang betul-betul menemani malam-malam aku sejak kebelakangan ni. Addicted.  Terbuai-buai melayan perasaan.


Teringat aku pada Aiman, membuatkan hati aku sebak. Walaupun aku baru lepas 5 minit ditinggalkan depan rumah selepas keluar atau menghabiskan masa, rasa rindu yang paling kuat tahap dewa-dewa level dia tetap menghantui. Walaupun Aiman berlalu dengan senyum yang paling manis. Bila dia pergi bersama Satria Neo hitam kesayangan yang diberi nama, Maria tu. Jasadnya berpecah menjadi zarah-zarah yang tidak kelihatan. Seperti menyejat ke dalam udara dan terus menghilang dari pandangan aku.

Hmm. Kan aku dah cakap, entry kali ni bosan! Janganlah teruskan baca, buang masa. Daripada kau orang mula menyampah lebih baik kau orang STOP! Cause I will still here to write  more.

Malam ini, hati aku bagaikan sunyi yang teramat sangat. Tanpa aku sedari aku  menitiskan butir air mata seperti selalu. Terasa bagaikan tembolok aku mula mengeras dan melelahkan. Membuatkan aku seperti mahu meluahkan semua yang telah terhadam pada usus-usus perut yang berbelit ni!
Aiman, thanks for everythings you hev done for me.

Menjadi seseorang yang ter-paling bermakna dalah hati aku sebenarnya tak semudah sesiapa sangka. Mungkin kelihatan aku mudah bermesra dengan sesiapa, tapi hakikatnya untuk ada sesuatu perassaan yang lain dari yang lain itu payah. Tapi untuk kau, senang. Mungkin sebab bodoh-bodoh kau yg selalu menceriakan hari – hari aku membuatkan aku terpaut. Atau mungkin sebab sifat penyayang dan caring kau. Atau mungkin sebab semuanya?

Aiman, I am madly in love with you. Terima kasih, Tuhan untuk pinjaman ini.

but,

“One day, If I go and don’t come back. I know you will find someone better than me and you are deserve to be with such a perfect man like you, Aiman.”


I said, IF! Don’t get me wrong cause I won’t.