Naza World, next semester aku datang!

Assalamualaikum.
So basically, few people have been asking me emm mana blog, tak update blog ke blabla. Tanya dekat wechat, instagram, facebook haa face to face pun ada. Kadang kadang aku rasa terharu jugaklah sebab ramai yang concern dengan Blog aku. Atau lebih tepat lagi kisah diri aku sendiri. Ecehhhh kemain kau. Btw, aku dah tukar link blog. Maybe susahlah pembaca lama nak jumpa Blog aku semula but dont worry aku akan publish dekat Facebook nanti.

Ha hari ni kepala aku rasa macam bengal sket. Pasai pa? pasai aku dah tidoq berejam-rejam lamanya ibarat seorang bayi yang comel teehee...Ok jangan muntah jangan benci. Sebab I sayang chu'allllls muaahhh! haha.. Anyway, internal practical training yang sangat-sangat digeruni telah berlalu pergi (sebenarnya tak menggerunkan langsung pun bagi aku) yang tinggal kini hanyalah Final Exam. Masih belum boleh relaks but still kena study perlahan-lahan.

Last week aku busy dengan Event, and yeah Internal Practical Training. Memang nak kata time aku sangat terhad dan terlampau terhad. Dalam masa aku Practikal tu juga lah, last test and quiz semua nak buat dalam masa dua hari. Lepastu as S/U Program banyak kerja juga lah nak siapkan dengan paper work lah, minit mesyuarat lah, report lah. Hmm sigh. But all is still undercontrol. Alhamdulillah. Nanti aku update sikit story time aku Internal Practical Training okay.

Now aku cerita yang semalam aku pergi Naza World (N.W) dekat Petaling Jaya. Mama lah yang cadangkan pada papa. Kononnya nak survay how to go work then. Yelah. Aku ini nggak punya lesen beneran jadi nggak bisa bawa mobil ke kantor. Setakat bawa kereta tanpa lesen tu tak menjadi masalah. Tapi bila tak ada lesen, masalah besar lah kan. Nak naik motor, aku pula taklah berani sangat memandangkan kawasan PJ is kawasan pesat isn't. So lepas asar tu aku terus siap kononnya sangat exited nak pergi tempat praktikal. Kononnya.

When dah sampai sana. Like seriously papa mama tinggal aku tepi jalan. Dia suruh aku masuk sendiri dekat N.W tu and tengok tempat dia sendiri. Lepastu papa siap pesan awal2, pergi tanya guard how kalau naik bas dari Shah Alam ke N.W and how kalau naik KTM/LRT. Dengan muka innocent tahu, aku masuk company N.W for the first time. Woooooowwwwwwwwwwwwww aku hanya nampak kilauan kereta. Ya ALLAH, alangkah indah kalau salah satu itu milik aku. *Sempat aku berangan*



Aku pergi dekat kaunter, ada seorang makcik guard ni. Aku rileks je perkenalkan diri semua. Lepastu aku terus explain sebab aku datang untuk apa blablabla. Then guess what? Makcik tu terus pegang tangan aku lepastu dia tunjuk cara macamana naik Bas/Teksi/LRT ke N.W. Mungkin reaksi wajah aku nampak macam blur, makcik tu terus offer nak bawa aku naik motor pergi tengok stesent Asia Jaya. Kau dapat bayangkan tak aku naik satu motor dengan makcik guard tu. MashaALLAH dia bawa laju gila aku rasa nak melayang pun ada. Hebak sungguh makcik bawok moto hok gitu. Hok aloh. Nasib baik aku selamat lagi. Alhamdulillah Tuhan masih sayang.

Before balik, aku sempat beritahu pasal Head of company tu Pakngah aku, En. Anuar. Rupanya makcik tu kenal. Amboi kemain exited dia macam nak suruh aku masuk kerja esok je. Seronok lah apa yang berlaku hari ni semua is unexpected. Sebelum balik aku nampak ada staff lelaki tu naik vios. Makcik tu sempat cuit aku, dia cakap kalau aku dah kerja dekat sini and kalau rapat dengan staff diorang willing hantar kita. Maybe she mean hantar ke tempat LRT/Bas tu lah kot. Amboiii kemain makcik guard tu dok sakat aku padahal bulan 12 ni baru aku masuk.

Sebelum balik, sempat juga lah aku snap gambar depan bangunan N.W ni. Konon nak #OOTD hahaha tapi aku pakai simple je. Papa yang belikan baju ni. Anna Sui. Thank you papa. Tudung ni pula Yana kembar kita bagi pinjam. Xie xie. Kasut, Beg and jeans adik kita punya. Okay semua barang pinjam ni. Bye.



Apapun pengalaman semalam semalam memang aku tak akan lupa. InsyaALLAH. Aku akan dapat sesuatu bila aku praktikal dekat sini dan bukan hanya sekadar pergi dan balik tanpa manfaat. Sesungguhnya aku memang dah tak sabar nak berkhidmat dekat sini. And macamana kalau terjumpa jodoh dekat sini ya? Aminnnnnn. Eh eh hahaha gurau saje.


Btw, 29hb and 31hb Oktober ni aku dah start exam. Aku rasa aku dah cuba sehabis bagus untuk perform time final nanti. Tapi walau apapun, aku percaya macam mana berusaha pon kita, kita kena berserah & tawakal kepada Allah. Pastu kita kena mintak keredhaannya. Kalau DIA redha nak bagi kejayaan dekat kita, maka berjayalah kita..if not korang tau la kan.. Sentiasalah ingat yang usaha mesti ditemani dengan doa & tawakal. Another tips, belajar mesti ada aim. Kalau kita dah set aim, barulah kita bersungguh2 ye tak. Tak guna dok pegang kertas 2-3jam tapi apa pon tak masuk. Buat penat badan jer. Remember, do study smart :) Gudluck to me and kawan kawan semua!!


3 comments:

nMai SarahMK said...

best Nya!!BTW akak Mmg Cantek!

Anonymous said...

blogwalking here... :)m nice template simple but attrct :D
im follow you .. follow me back ok :D
http://botak-gambus.blogspot.com/

Unknown said...

brg pinjam pun..bila aimie pakai ttp cun dan gojes...:D suka tgok..

btw, gud luck utk exam nnt ok..:) lyeen pun x lama lg exam dah..:D