Diari Merah Jambu

Today, 1.04am
Kepulan asap hitam kelihatan samar samar ditelan kepekatan malam. Cahaya kilat yang kadangkala memancar memperlihatkan keadaan kawasan asrama  yang kiri kanannya gelap tidak berlampu.. Tidak sampai berapa minit aku termenung di luar koridor bilik asrama, bulu roma sudah mula meremang. Aku tak peduli. Banyak lagi benda aku nak fikir. Tak lama lagi final exam. Tak lama lagi aku nak praktikal. Tak lama lagi dah nak habis belajar. 1 tahun lebih bila pejam celik pejam celik tak sedar apa pun. Subhanallah masa. Baru aku sedar berharganya masa tu. Eh baru sedar? Ok.


****************************************************

04/07/2013
Harini aku jumpa seorang lelaki. Ini kali kedua. Lelaki yang dulunya pernah datang pada aku and he ask me magic BBpin.. Yang pasti hatiku dipikat dan ingin meneruskan perkenalan ini. Nice to meet you again :’) Thanks for today. Suddenly I am so happy.

07/07/2013
Kami wechat tak henti since haritu. Alhamdulillah terubat hati. Rasa rindu mula berputik. Kononnya tak wechat sehari rasa macam tak complete. 2:04am, Pagi tu dia cakap “niat nak rapatkan silaturahim , kalau diberikan rezeki Insyaallah apasalahnya cuba kan?” Aku tanya “cuba apa?” Dan dia jawab, “something that more than friends, you know what I mean lil lady?” Masa tu hati aku dah mula berbunga bunga. Rasa macam nak menangis pun ada. Tapi aku berlagak, buat buat macam tak faham. Macam malas nak fikir sebab takut dia main main. Padahal sebenarnya, hanya ALLAH yang tahu.

Harini aku spent satu hari wechat dengan dia. Bila aku balas lambat sikit, dia tanya “ haiippp tak nak wechat dengan I eh?”

Sebenarnya aku sengaja balas lambat lambat, tapi aku jawab je yang aku busy. Taktik nak tengok dia nak tak wechat aku seems every morning aku yang start greetings him. Tapi lepastu, dia lambat balas 15minit aku pula tanya “ did you busy?” Jelas, aku pula tak boleh nak berenggang lama lama. Gediknya perangai masa tu. Hanya ALLAH yang tahu.
Masih dalam hari yang sama, still wechat. Kan aku dah cakap. Kitorang wechat non stop but we all still doing lah kerja masing2. Me as a student still with my assignment. He with his business. Tak perlu cerita. Kahkahkah. Sibuk tau nak tahu. Hee

“I rasa macam nak tidur je ni hmmm”
“Okay, just go on”
“Tapi”
“Tapi apa?”
“Emm takde pape, dah lunch belum?”
“Why, haih sejak bila taknak share ni?”
“Sebab sebab nak you?”
“Nak i?”
“Boleh ke?”
“Couple?”
“Kahwin lah terus”

Senang nya ajak kahwin, senang je cakap kahwin. Aku ni haa dah mula terseksa rasa hati. Rasa macam, are you really????? Rasa macam waaaaaahhh dia ajak aku kahwin. Yabedabeddu. Lepastu lompat lompat atas katil. Hmm.

“Yelahtu nak kahwin dengan I, Lelaki mulut manis bila tackle nanti bila dah dapat you will leave me just like that.”
“Alololo we still too early love one, I don’t know wether you have feelings on me or not”
“Are you willing to be tortuned with me?”
“And are you willing to be with me? If you can accept who am I, No worries, your way.”

Benda ni terus tergantung sebab aku tertidur and last we change topic. Masa tu aku rasa aku happy betul. Rasanya takada perempuan yang akan sedih bila orang yang dia suka tu beri respon yang baik. Aku tak nafikan yang aku rasa happy sangat. Mungkin sebab Ive been crush on him since the first time we met. But yeh, aku jenis yang simpan. So taka da siapa pun tahu pasal ni.
Malam tu tiba tiba dia tanya aku,

“How about you introduce me yourself? I nak tahu pasal you  boleh sayang? <3”

Macam macam juga aku cerita, and last before aku ending introduce terus aku tulis “……… and I love singing haha even suara tak sedap mana. So I peduli apa and then I love you . Bye” Lepastu aku main tukar tukar topic sebab kononnya aku malu lah sebab cakap I love you. Eii mengada betul masa tu. And our conversation still okay until the next day.

16/07/2013
Dia tanya aku, “You sayang I?”
and aku balas “ You sayang I?”
“I ask you first, how can I love you if I cant see anything"
“Mean, you tak sayang I lah ni? Okay then”
“ With your pessimist though. Hish. If I don’t love you why easily I call you sayang?”
aku jawab balik “ If I don’t love you why easily I call you sayang too right?”
Mudah jawapan aku hanya copy paste tapi benar aku maksudkannya.

Tapi harini aku sakit teruk. Gigi aku bengkak teruk. Ok mungkin aku perlu taip, gusi aku yang bengkak teruk. Aku beritahu dia keadaan aku and seems like he so so care about me and siap nak suruh Abang Zamir to accompany me to go clinic. Malunya aku masa tu. Hanya ALLAH yang tahu. Tak kanlah aku nak pergi clinic dengan Abang Zamir. Hahaha kelakar. Silap hb Abang Zamir ketawakan aku sebab manja sangat.

Disebabkan nak hilangkan rasa sakit. Aku terus wechat dia. Malam tu dia beritahu aku favourite dia apa. Yaaaa its all about futsal and he also like travel all around the worls, smile, laughing, annoy and so manja. And the best when he infront of Makkah.

20/07/2013
Harini first time lepaking together. Nak kata date tak mungkin , sebab ramai. Aku happy. Walaupun agak awkward sikit. Aeon Bukit Tinggi memang tempat aku, pusing sini jumpa kawan sekolah pusing sana jumpa jiran belakang rumah. Terbatas jugalah aku masa tu. But then Imma so happy like seriously. Thanks sayang. Thanks Abam Jawe sebab aturkan plan.

25/07/2013
Terumbang ambing. Makin jarang text.  Tapi still contact. Tapi jarang.

08/08/2013
Raya. Aku tunggu wechat. 9.27am dia wish. Aku happy dapat wish walaupun masa tu mood aku langsung tak okay. Bad feelings. Seriously I don’t know why. We still chat but not like before. Seems like he is too busy with his own life. And I am okay with that.

12/08/2013
“How Im gonna be with you kalau I takde pun, you still ada orang lain kan? I salah?” And my answer that time is, “Okaylah kalau you fikir I macamtu.” Then he macam marah cause he is asking me and that is I reply.

16/08/2013
Suddenly he just wechat me about tomorrow. I get it actually. But yeaaaahhhhh, pretend macam tak tahu apa apa sebab taknak lepak harapan tinggi yang dia akan join Birthday party Ain dekat Setia City Mall esok. So if dia tak datang pun, Im okay.

17/08/2013
+

Jumpa. Sebenarnya ini sekali lagi kejutan untukku sekaligus terubat rasa rindu. Tarikh ini aku takkan lupa sampai bila bila. Tempat ni juga sama. Dari A-Z. Kenangan paling indah aku dan dia tercipta harini. Terima kasih untuk itu dan ini. Aku tak akan pernah lupa setiap saat.

01/09/2013
The day. Finally dia dah masuk belajar. Degree study while me? Diploma pun tak lepas lagi. Since aku pun dah jarang wechat dengan dia, dan dia pun dalam keadaan yang sama. Aku hanya mampu jadi stalker. Aku mungkin ego. Tapi ego ni selamatkan aku dari rasa rasa yang tak patut aku ada. Mungkin lebih baik aku simpan perasaan ni sorang sorang. Mungkin dia tak perlu tahu kalau aku … K taka da apa.

08/09/2013
Aku tak boleh tahan rindu. Aku wechat dia dulu. Malam tu aku betul betul rindu. Aku nak share macam macam kalau boleh. But then, he just like not intrested. Mood aku terus mati waktu tu. Kebetulan gigi aku sakit teruk masa tu. Entah kenapa aku alah makan ais lately. Nanti mesti gusi bengkak. Aku mengadu. Respon sekarang dah berbeza. Seems like aku tak boleh nak manja sangat. Kena pandai berdikari, kalau sakit kena makan ubat. Seems like aku mesti care dengan diri sendiri.

Yesterday , 6:41am
Hari Malaysia. Dah lebih seminggu aku diamkan diri. Ntah berapa kali aku pesan pada diri supaya berhenti. Aku harus pergi dengan baying baying sendiri tapi semalam, Aku wechat dia. Lepastu aku terus off data. Aku dah tak online. Aku rasa ada bagusnya. Mungkin kalau no respon pun aku tak sakit sebab menunggu :’)

Kembali seperti biasa, orang sekeliling memandang kami sebagai pasangan yang bahagia. Tapi apa yang ada dalam hati masing masing? Masih hanya ALLAH yang tahu. Ada yang bertanyakan tentang aku dan dia. Jawapan aku hanya dengan senyuman. Apa yang pasti, hati aku kini hanya milik ALLAH. Diri ini masih di bawah tanggungan keluarga. Mungkin belum masanya untuk aku terus dengan angan angan bersama seseorang yang aku mungkin cinta tetapi tidak mencitai aku. Its hard to tell about my feelings. Aku tahu aku akan hancurkan banyak hati dengan entri ini. Aku mohon kau maafkan aku. Aku Cuma tak boleh tipu perasaan aku sendiri. Walaupun aku cuba banyak kali untuk go on. Tapi hati aku, hanya ALLAH yang mengerti tika ini. Sekali lagi, maafkan aku. InsyaALLAH, jodoh dari ALLAH akan datang bila tepat masanya. Doa, solat jangan pernah tinggal. Ingat pesan tu.

Today, 2.09am
Lama berfikir… samada betul atau tidak aku publish entri ini. Hampir satu jam aku dihadapan laptop. Adakah betul keputusan aku untuk melupakan lelaki yang entah bila esok atau lusa akan pergi dan tak kembali. Hmm…. Mungkin aku yang akan pergi dulu. Mungkin ajal bakal tiba untuk aku dulu. Tapi masih aku belum pasti tarikhnya. Anggaplah ini sebagai rasa yang cuba aku luahkan yang dia tak pernah tahu. KF aku rindu kau!

4 comments:

cweet pinky said...

really a touch story...hehehe , i have the same experience la dear...tapi lagik extreme kowt , CP dah carik orang laen and yeah....si dia kembali menuntut kembali perasaan nih , huhuhu ~

kadang2 bermenung berfikir, perlu memilih atau berserah pada jodoh...huhuhu ~

till now there is no answer....

nak tinggalkan yang nih , sayang...

nak tinggalkan yang satu nih...sayang jugak....

taknak antara 1 nya terluka...

btw , nice entry dear , sedap baca....

arifah said...

tiba-tiba tergerak hati nak komen, cause your story tak banyak beza dengan apa yg I alami..perasaan yang menyakitkan..kalau orang baca mungkin akan kata entry macam ...alaa..gedik je nak story pasal cintan cintun ni, cause dia tak rasa apa yang kita rasa :)nice entry..nice blog..

Norman Hafizi said...

comel

Norman Hafizi said...

comel