Saya tak gembira

Assalamualaikum. Sebelum saya beredar lebih jauh. Sebelum saya mula menyibukkan diri dengan study tanpa tidur siang dan malam. Sebelum segala kemungkinan berlaku jika suatu saat nanti saya tiada lagi di bumi ini. Izinkan saya untuk coretkan sedikit di sini. Saya janji tak banyak. Hanya sedikit.




Waahhh lamanya saya tak update blog kan. Ada tak yang rindu pada saya? Mesti ada kan. Saya harap awak rindu saya. Ya, awak. Awak yang masih lagi tidak pernah berhenti membaca blog saya. Sumpah saya pun rindu awak. Eh tak, saya cuma rindu nak update blog. Actually terlalu banyak cerita yang saya nak share tapi saya sekarang busy sangat. Tak lama je lagi dah nak Final Exam. Lately ni pun saya online puk kejap kejap je.

Buka facebook pun tak sampai 15minit lepastu off. Tapi saya in twitter 24 hours. Guane ni. Bila dah nak Final Exam lagi beberapa hari ni. Buku langsung tak selak. Rasa malas semakin menjadi jadi. Entah berapa banyak syaitan berlegar legar di kepala aku sejak dua menjak ni. Apa yang saya hafal, apa yang saya faham semua seakan lenyap apabila kertas kuiz/test muncul atas meja. Tak adil. Bila aku cuba istighfar dan fikir balik, masih tak muncul. Blank.

Sekarang ni pulak saya rasa cuti study week macam tak ada effect dekat saya. Ok lah shut up. Saya rasa terlalu banyak alasan yang saya bagi. Sebenarnya banyak gila benda yang saya fikir yang buat saya jadi macam tak tentu arah. Saya pun tak tahu macam mana nak describe diri saya sebenarnya sekarang. Ahhh sigh. Makin nak dekat Final, makin macam macam benda terjadi. Saya cuma boleh berharap saa kuat untuk final nanti. DOAKAN SAYA!

Saya sebenarnya dah lama sangat tak balik rumah. Saya dah lama sangat tak jumpa Mama papa saya. Saya dah lama tak jumpa adik beradik saya. Saya dah lama sangat tak jumpa kawan kawan sekolah saya. Dah lama sangat tak jumpa nenek kesayangan saya. Saya dah lama sangat tak jumpaaaaaaaaaaa emm k tak ada apa. Saya nak restu mereka sebelum Final. Besides, saya rindu mereka. Saya terlalu rindukan mereka sampai kadang kadang saya menangis sampai sebak tak henti. Saya rasa sesak dada bila menangis. Suhu badan naik mendadak bila saya menangis teruk macam tu. Lepastu mulalah rasa macam nak demam semua. Tapi bukan ada yang peduli pun.



*****************************************************************************************************

Saya ada haters dekat sini. Sana sini ada haters. Saya ingat lepas dah habis zaman sekolah. Saya dah tak jumpa haters lagi. Sana sini situ semua haters. Jalan depan orang benci. Jalan belakang pun orang benci. Enatah kadang kadang saya dah tak tahu nak buah apa. Tak tahu nak sorok muka ni dekat mana. Kadang kadang orang tengok saya macam CRIMINAL. Ya Allah, CRITICAL betul life saya dekat sini.

Bila saya tak senyum, orang terus benci. Orang terus label saya itu ini. Bila saya macam antisosial pun orang kata saya sombong. Bila saya uploud video letak dekat facebook ke youtube pun orang benci. Orang mengata. Memanglah susah bila hidup ni takut dengan cakap cakap orang. Nanti susah nak move on. Saya tahu. But how can I do kalau benda ni meluas merata. Nak taknak terfikir juga banyak kali. Saya nak tunjuk saya tak seperti yang diorang fikir, tapi diorang tak pernah bagi peluang tu. Tak pernah. Sebab seolah olah saya ni penjenayah bersiri.

Kadang kadang bila saya terapat sikit dengan budak pandai, orang kata saya ambil kesempatan. Bila saya terapat sikit dengan lelaki ni, orang kata saya ni playgirl lah miang lah. Bila saya buat hal sendiri, orang kata saya bajet, berlagak then blablabla. Saya rasa saya dah penat bersabar dengan situasi macamni sampai saya rasa nak lari jauh jauh lepastu pergi dekat satu tempat yang tak ada seorang pun kenal siapa AIMIE DIYANNA.

K Bye, saya stress.

4 comments:

dilla said...


society mmg mcm tu , whatever u do , dorg akn cri kesalahan smpi dapat n trash u like u did the biggest crime ever

sbb tu lah dik , hidup lebih bahagia klu kite buat bodo dgn ape org cakap.

klu x kite yg tertekan n bazirkan quality time dlm hidup kite sbb asik pikir nnt org ckp cmtu ckp cmni .

live ur life , n let them waste their life with judging others

Aisya Az said...

banyakan bersabar ye sis . Manusia mmg xlari dari sikap cemburu and dengki. jangan dilayan sgt cakap org, chaiyok2!

Cik Nurul Pinky said...

Janganlah tak gembira :) harus gembira untuk kehidupan kita yer dear..

Jay said...

manusia ni bermcam ragam.ada yg dengki,memfitnah,mengutuk.semua tu tak kn lari dari kehidupn kita.apa yg kita perlu buat adalah bersabar.Insyaallah,Allah akan memberi ganjaran yg baik utk org2 yg bersabar.