Life in PSIS


Malam kali ini begitu dingin. Aku masih tidak dapat lelapkan mata. Aku duduk di bangku. Sepi. Seorang diri. Hanya melihat ke arah screen komputer. Memicit punat kanan dan kiri. Ya, gambar yang aku sedang lihat tika ini. Kenangan yang ada pada gambar sudah cukup membuatkan air mata aku menitik satu persatu. Mungkin ada yang dapat mengagak gambar siapa yang cuba aku renungkan. Fikiran aku bercelaru. Entah kemana perginya fikiran hingga melayang begitu jauh. Hebat. Aku rindu. Aku masih dibangku tetapi tangan tidak lagi memegang tetikus. Aku menggenggam tisu. Tersedu sedu. Aku cuba menahan supaya tak ada siapa yang dengar rintihan malam itu.

Apa yang aku fikirkan aku sendiri tak pasti. Sudah lali tidur lewat. Seperti sudah menjadi habit. Sebab itu mata kini tak lagi seperti dulu. Kenduran di bawah mata makin ligat membiak. Mata makin sepet. Ahhh tiada masa lagi untuk aku menggunakan lens untuk ke kelas. Kini hanya berbekalkan kaca mata bingkai hitam, dalam masa yang sama supaya dapat menutup sedikit kenduran supaya kelihatan samar. Kelakarnya.

Tiba-tiba aku teringat. Tentang tajuk entri aku untuk kali ini. Maaf untuk pembaca yang selalu setia. Terima kasih kerana masih menyokong pebulisan aku hingga kini. Maaf. Aku kini makin sibuk. Entah berapa banyak kerja yang diberi hingga aku sendiri tak pasti. Mungkin tak tekira. Mungkin inilah yang dikatakan student life. Masa untuk bercerita. Masa untuk meluahkan rasa makin terkubur dan dipendam dalam diam. Kasihan pada diri sendiri. Tersiksa. Bercerita tentang pelajaran, Alhamdulillah. Semuanya masih rapi. Supaya saya bleh skor untuk FINAL EXAM yang tinggal tak lama sahaja lagi. Doa kalian yang aku harapkan. Insya ALLAH. I wish I will.


Ada orang cakap "Dalam banyak2 Politeknik yang ada, aku perasan Politeknik kau famous kan?" "Ha'a bila masa pulak aku tubuhkan Politeknik kan?" 




Majlis Pelancaran IM4U di Politeknik Sultan Idris Shah baru baru ini... meriah gila bak hang, ramainya tetamu yang datang termasuk orang orang kampung, OKU, Pensyarah dan juga pelajar pelajar dari setiap Politeknik yang lain sejurus menceriakan lagi suasana perkarangan PSIS. *Eceh, skema nya ayat* Mungkin hari ini yang ditunggu tunggu oleh semua orang dekat sini. Mana taknya kalau Perdana Menteri Malaysia dan beberapa artis jemputan seperti AC Mizal, Adira, Akim dan ramai lagi datang bagi memeriahkan program. Haha ayat skema bbalik. Fuyyooooooooo... Siapa tak suka hiburan kan? Tapi aku tengok dari jauh je. Tak ada pun sampai dapat salam PM masa tu. Dapat tahu kawan kawan aku shake hand dengan PM sampai menggeletaq habeh. Weh hang pasaipaa doo? Hahaha.


Cantiknya Diana Amir malam itu.......... macam kami. Ehem. Pewasannyeww.

Rasanya terang lagi kami dari cahaya lampu yang ada. Seronok sangat program malam ni. Oh btw, ni roommate saya. Haa cun kan kitorang. Haa saya tahu dah.

Bukan setakat itu. Program yang berlangsung di PSIS, banyaknya hingga kadang tak terkira. Alhamdulillah. Saya masih dapat merasa program yang di anjurkan. Tahniah untuk AJK yang bertukus lumus menyiapkan kertas kerja untuk melancar program yang bermacam macam. Saya masih ingat program "Jangan ditanya kenapa... Bersama Sham Kamikaze" K lepastu saya tak ingat dah tajuk program yang lain. Hambar. Tapi memang seronoklah sebab kebanyakan program yang ada semuanya ada artis. Fuyyoohhhhhh... Saya suka hiburan.



And yes, baru baru ni aku ada terlibat dengan aktiviti ni. Percaya atau tidak aku dengan kawan2 yang baru sem 2 ni dah kena berniaga. Pesaing kitorang bukan sem batch pun. Jelas depan mata, gerai sebelah kitorang  senior sem 5 dengan 6. Hahahahaa

Ingat senang nak jadi promoter dekat depan. Bagi tester. Jerit pekik dekat depan tu ingat senang? Haha and well done.


Saya dapat bergambar dengan Zayn Malek. Then dengan pelakon Sinetron. Then blablabla. Hehehe Sila cemburu. K tu je nak cakap. 


Lihatlah dunia. Betapa lakunya jualan kami. Hahahahahaa.

Time ni sebenarnya praktikal kitorang untuk subjek Entrepreneurship. Kena berniaga. Like I have said it before,. Wuuuu seronoknya berniaga dengan kawan kawan. Walaupun pada mulanya macam ada yang tak sefahaman sikit. Haaa ulang. Sikit je. Lastly semua orang boleh nampak keserasian kami satu kelas teruskan perniagaan ni. Apa yang aku rasa bangga nak share, 1st day punya jualan dah balik modal and then the second day, Alhamdulillah its all the bonus. Untung besar juga nampaknya. Terima kasih untuk diri sendiri sebab dah suggest kan resipi menarik untuk kitorang berniaga. Hehehehe. Seronok tak terkira. Pengalaman call dan deal dengan supplier dari luar semuanya krew marketing yang uruskan and thas was me. And also my friend lah. Mana boleh kerja macam ni buat sorang sorang kan. Haa and lest semua puas hati. Dahlah untung pulak tu. Alhamdulillah. Terima kasih sangat untuk lecture and student lain sebab bagi support. *kiss*

And last, aku dah tak tahu nak cerita apa. Cuma ni ada video lah nak share. Tapi ni video sem lepas. Haaaa rindunya masa 1st sem. Rasa nak menangis. K tipu je.



Sesungguhnya tahap kemalasan sudah sampai tahap maksima semenjak dua menjak dan bermenjak menjak ini. Apa yang aku fikirkan sebenarnya aku pun tak tahu. So, setakat ni cuma ini je yang boleh aku share dekat sini. Mungkin aku akan edit balik entri ni supaya cerita dia nampak lengkap sikit. Maafkan aku sekali lagi. Aku tak punya masa untuk bercerita lagi. Sebabnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa aku sudah ada blog baru. Haha. Kbai.

8 comments:

Anonymous said...

nice entry...go PSIS..!! :D

Anonymous said...

Apa jd kt kau ngn syazriz¿

Aimie Diyanna (I'Me Dianna) said...

Saya dengan Syazriz? Kitorang okay ;-) sibuk sikit sebab busy study.

The Anne Ain Amtiyaj said...

datang follow sini baca entry sekali , atototo comelnye :)

♥ MISZ hazNie said...

seronok kan duk psis...dh lmer xjejak sner lps konvo 2009....

♥ MISZ hazNie said...

seronok kan ddk kat psis...dh lmer xjejak kat sner lps konvo 2009

Namee Roslan said...

wah wah..seems happy ! :D

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
yang ingin kamu lakukan

http://www.nolimitadventure.com/