Cerita Cinta Imaginasi-kooo


Untuk yang kesekian kali, aku masih menatap sweater itu. Tergantung rapi di dalam locker. Hatiku mula tidak enak. Apakah harus aku pulangkan segera atau biarkan ia tergantung dan menjadi kenangan yang aku yakin tak akan aku lupa sampai bila bila. Harruskah?

Tapi jujur. aku masih tidak mampu untuk menghadapi  satu kenyataan lain. Kenangan yang sukar aku lupakan hingga ke hari ini. Walau sudah hampir dua tahun kami tidak bertemu, namun segala kenangan yang pernah tercipta tak mungkin akan aku lupa dan hilang begitu sahaja. Tangan kananku masih memegang kad itu. Undangan majlis reunion sewaktu di sekolah menengah. Apa aku harus pergi? Sedangkan aku tak mampu menhadapi satu kenyataan lain nanti.

Aku tanggalkan gelang yang aku pakai tadi di atas katil bercadar biru dan kakiku ku arah tepat pada locker. Tanganku laju menekan punat N dan P pada Blackberry Curve 8900 kesayangan aku. "Thanks a lot untuk Kak Lynda Roslan sebab berikan saya Blackberry ini" Bisikku di dalam hati. Folder gambar "MEMORIES" itu aku buka. Daripada satu gambar ke satu gambar aku tatap dan bibirku menguntum senyum apabila aku melihat telatah yang mencuit hati hati ketika aku bersama kawan kawan di PSIS. Mungkin masa kami lebih banyak dihabiskan bersama kerana kami tinggal di asrama dan susah untuk pulang ke rumah.

Jadi dunia luar tidak kami ambil tahu. Dan tiba tiba senyuman ku terhenti tatkala aku menekan punat N dan  melihat gambar yang membawa seribu pengertian. Dan dengan sendirinya, kenangan itu menerjah ke dalam dasar kotak ingatanku.




*********
"Cantiklah gambar ni. Bolehlah Aimie buat wallpaper dekat BB nanti." Sambil menatap gambar aku dan Asraf yang diambil oleh Aznil. Ternyata, Aznil boleh tahan pandai mengambil gambar dan tak hairanlah kalau dia tak sabar sabar nak memiliki DSLR sendiri.

"Mestilah cantik, Nil kan hensem.." Aznil mengangkat keningnya sambil membetulkan bajunya.

"Yelah Nil, hensem kau, ambil shot terbaik kau haa semuanya kau. Eh, nanti lepas Nil free, tolong whatsapp gambar tu okay. Nak simpan" Mulutku tak habis habis mengomel. Aznil hanya tersenyum dan menunjuk ibu jari tanda setuju.

Dalam hati aku tahu, Syazriz Asraf memang seorang yang sangat segak dan sentiasa kelihatan kemas. Sedangkan aku seorang perempuan yang selekeh dan simple. Seorang perempuan yang langsung tiada ciri perempuan yang cantik luaran. Sebab itu aku katakan gambar yang di ambil Aznil itu sangat cantik, walhal cantiknya gambar itu kerana Asraf. Jika di tunjukkan gambar itu kepada orang lain, pasti mereka akan mengatakan yang aku tak layak berdiri sama bersama Asraf. Aku menutup folder itu. Laju aku tekan punat merah untuk keluar dari folder itu. Tidak sanggup untuk aku melihatnya lagi.

*********
Aku ingat dengan jelas lagi. Seminggu selepas Asraf kembali ke Universiti. Kini dia sudah melangkah ke sem 4. Aku masih di Politeknik. Sudah 3 minggu untuk sem yang ke 4. Sikap Asraf lain. Seakan berubah.

"Ada apa hal kau nak beritahu aku ni? Penting sangat ke?" Asraf membalas BBM aku. Perasaanku bergolak. Perlukah aku mengatakan apa yang aku telah aku susun berhari hari lamanya? Perlukah aku melontarkan segala yang terbuku di hatiku selama ini? Aku buntu dan masih buntu. Apa sanggup Asraf menerima apa yang akan aku katakan? Aku gugup terus apabila dia menggunakan "Aku Kau".

"Belum cuba belum tahu Mie, cuba Aimie bagitahu dia dulu perasaan Aimie sekarang terhadap dia macam mana. Cuba slow talk dengan dia. Nil harap sangat hubungan korang yang dah lama ni takkan terputus. Nil tahu Aimie kuat. Kalau Asraf tak boleh terima pun, atleast dia dah tahu. Kalau Aimie pendam, dia tak akan tahu dan akan terus ulang benda yang sama." Kata kata Aznil masih aku ingat.

"Apa yang penting sangat? Beria nampak?" "PING!!!" "PING!!!" Soalan Asraf kali kedua itu mematikan lamunanku.

"Sayang masih cintakan B. I miss you!"  Perkataan itu terlontar tanpa aku sedari. Maksud aku. Secara tak sengaja aku menaip dan membalas BBM Asraf seperti itu. Bagaimana apa yang aku ingin nyatakan sejak berapa lama hanya terbuku tanpa kata. Namun itulah kenyataannya. Aku tak mampu untuk berterus terang. Aku takut. Lain yang ingin aku katakan, lain yang aku jadi.

"Apa yang kau merepek ni? Kau sedar tak apa yang kau cakap?" Marah Asraf. Aku kenal caranya. Dia seakan marah.

Mataku tepat merenung ke skrin. Jelas dia tidak selesa dengan apa yang telah aku katakan. Aku terkedu. Apa salah aku. Kenapa dia berkelakuan sedemikian. Apakah hubungan kami akan mati selepas ini. Aku duduk di birai katil. Ya aku menangis.


**********
Dewan Hotel Sutera Inn mula dipenuhi. Dewan itu kelihatan begitu cantik sekali dihias. Hampir semua pelajar SMK Teluk Datok batch 94 sudah tiba. Ada yang dating berseorangan, ada yang dating berteman, sama ada dengan kekasih mahupun suami atau isteri. Cuma, aku yang tak pernah dating renioun yang pernah diadakan sebelum ini.

Aznil melangkah kaki ke dewan, di mana ramai kawannya berada. Di wajah masing masing jelas terpancar kegembiraan semua orang kerana sudah lama tidak bertemu. Gadis yang masih di sisi Aznil tetap setia disamping Aznil. Menemani kemana dia pergi. Tetap melemparkan senyuman walau mereka semua tidak mengenali gadis yang berada di sisi Aznil itu.

“Asraf, aku nak kenalkan kau kepada seseorang.” Aznil memulakan bicara setelah mendapatkan Asraf yang sedang leka berbual dengan Iman.

Asraf menoleh. Senyumannya mati tatkala melihat seorang gadis yang cukup mempesona berdiri di sisi Aznil. Cantik! Ya sungguh cantik dan lebih cantik daripada Iman, teman wanitanya. Dengan berbaju kurung moden berona merah yang di pakainya amat sesuai dengan dirinya yang putih. Tudung berwarna gold dipadankan tetap tidak menjejaskan kecantikan gadis itu. Sedondon dengan Aznil yang turut mengenakan kemeja berwarna sedondon.

“Asraf, Iman, aku kenalkan ini tunang aku.” Lamunan Asraf terhenti. Hancur hatinya tatkala mengetahui gadis cantik itu tunangan kawan baiknya sendiri. “Melepaslah aku…” Bisik Asraf dalam hati.

Aznil perasan mata Asraf tak lepas memandang tunangnya. Dia cukup tahu apa yang terbuku dalam hati Asraf tika itu. Dia kenal sangat lelaki jenis seperti Asraf ini. Terlalu kenal.

“Anyway, aku nak naik pentas sekejap. Ada pengumuman yang aku nak buat. Excuse us.” Aznil berlalu bersama tunangnya. Mata Asraf masih tertancap kepada tunang Aznil. Dia seolah olah kenal dengan mata itu. Juga dengan sepasang kening yang terletak elok di atas mata. Dia juga perasan pada parut yang ada pada kening perempuan itu. Tapi siapa dia?

“Assalamualaikum. Friends, may I have your attention please. Aku sebenarnya ada pengumuman nak buat, Harap korang semua gembira mendengarnya nanti. Aku nak kenalkan , ini tunang aku. Tak lama lagi kami akan berkahwin dan kamu semua di jemput hadir.” Serentak dengan itu, tepukan gemuruh diberikan kepada Aznil.

“Kad kad undangan akan di edarkan sebentar lagi. Yana, tolong edarkan kad ya. Oh ya, aku nak biar Asraf orang pertama yang dapat kad itu sebab dia kawan baik aku.”

Yana mengangguk sambil menguntum senyuman. Kad gabungan warna kuning dan coklat itu di serahkan kepada Asraf. Asraf tersenyum. Sebaik dia melihat nama pasangan yang tertera di kad itu. Dia terpempan. Senyumannya sekali lagi mati.

“Kawan kawan, aku kenalkan tunang aku dan bakal isteri aku, Aimie Diyanna Binti Mohd Rosli.”

**********
Semua yang beradda di situ terkejut. Jelas di wajah mereka tidak percaya gadis yang begitu cantik kini adalah Aimie Diyanna.

Sewaktu aku dan Aznil menghampiri Asraf, jelas dia masih terkejut dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Aku malas untuk meneka apa yang bermain di fikiran dia ketika itu. Entah bagaimana tiba tiba Asraf mengasak aku ke tepi ketika Aznil sibuk berbual dengan rakan lamanya Syafiq Aris dan juga Nur Diyanah.

“Sayang, B minta maaf. B tahu B salah. B sayangkan sayang. I'm your first love, I know you still love me. Please come back to me. B tahu sayang masih cintakan B right?” Sumpah. Aku terkejut dengan kata kata Asraf. Jelas, dia merayu. Tapi kenapa kau lambat nyatakan ini Asraf? Kenapa baru sekarang? *Gesakku di dalam hati*

Kebetulan ketika Asraf mengakhiri kata katanya, Aznil melangkah rapat ke arah ku. Aku genggam erat tangan Aznil. Aku cuma mahu dia tahu apa pun yang berlaku aku tetap sayangkan dia.

“Asraf, benar awak adalah cinta pertama saya. Cinta yang takkan pernah saya lupakan. Kenangan kita dulu terlalu banyak. Sungguh saya tak dapat lupakan itu. Tapi tak bermakna saya perlu hidup dengan cinta itu andai saya sering dilukai. Cinta yang kedua ini ternyata cukup bermakna untuk saya. Cinta kedua yang meniupkan kembali nafas saya yang mungkin dulu hampir terhenti. Asraf, saya minta maaf. Hati saya cuma ada satu. Dan ia kini milik Aznil. Setelah apa yang berlaku antara kita dulu, saya sangat kecewa. Tak terkiranya betapa saya menangis tak henti. Biarpun mama papa hampir merestui hubungan kita. Tapi awak pula... Hmm saat awak membuang saya, awak tinggalkan saya, Aznil selalu di sisi saya. Dia tak pernah buang saya dari hidupnya. Biarpun kami tiada apa apa ikatan tika itu. Sehingga suatu saat awak mula musnahkan semuanya. Maafkan saya”

*********
“Nil, kenapa Asraf buat Aimie macamni. Apa salah Aimie... Aimie terlalu sayangkan dia... Aimie sanggup terima apapun yang dia lakukan sebelum ni, tapi dia..." Aku tak mampu untuk menghabiskan kata kataku. Aku terlalu sebak. Air mata yang mengalir dari tadi masih laju di pipi. Aznil masih setia di sisi. Selepas aku meluahkan perasaanku, Aznil masih tersenyum.

"Menangislah Aimie, kalau itu akan membuatkan Aimie lega. Nil, setia menemani Aimie selagi Aimie masih bernafas. Nil cuma nak Aimie tahu, Aimie tak pernah keseorangan. Jika Asraf buang Aimie sekalipun, tapi Anil tidak. Sebabnya Nil sayangkan Aimie. Nil tahu Aimie terlalu cintakan Asraf. Bukan niat Nil nak menambahkan luka di hati. Nil tak paksa Aimie terima Nil. Tapi berilah Nil peluang dan Nil akan buktikan Nil betu betul sayangkan Aimie. Percayalah." Aku terpana dengan kata kata yang dilemparkan Syed Aznil.

Di saat Asraf melukaiku, Aznil hadir memberi cinta. Ikhlaskah dia? Sedangkan dia dengan Yana sebelum ini pernah bercinta. Kawan baikku. Tapi kini Yana sendiri sudah bahagia bersama suaminya, Syafiq. Tapi, segala persoalanku terungkai, aku membuka bungkusan yang Aznil berikan di depan mata. Dalam album gambar berwarna merah hati itu menunjukkan gambar gambar aku berada di situ. Aku lihat effortnya di situ. Album itu seolah olah seprti yang terdapat dalam cerita  thailand "First Love" .

"Sayang, please. B tahu salah B dulu. Berilah B peluang." Asraf masih merayu, masih setia merayu, mematikan lamunanku.

"Tidak Asraf, Saya minta maaf. Saya tak layak untuk awak. Saya kini milik Syed Aznil. Walau apapun yang berlaku, hati saya tak akan mungkin berubah. Saya mula cintakan Aznil lebih dari diri saya sendiri. Mungkin saya tak boleh hidup tanpa dia. Kalau bukan kerana Aznil, saya tak akan jadi seperti sekarang. Aznil punca semangat saya selama awak pergi. Doakan kebahagiaan kami Asraf. Ini, untuk awak. Terima kasih untuk ini. Maafkan saya sebab lewat. Terima kasih juga kerana membuang saya, jika tidak, saya tak mungkin jumpa yang lebih baik." Aku menghulurkan kotak yang berisi sweater dan gelang yang pernah Asraf hadiahkan tika dulu.

Aku genggam erat tangan Aznil dan kami sama sama  pergi  meninggalkan dewan selepas memohon untuk mengundur diri awal kepada semua kawan kawan. Ucapan tahniah juga tak lekang pada Yana yang sekarang sudah mengandung 2bulan. Nak taknak dia terpaksa lupakan hasrat untuk menjadi pengapit ku nanti. Aznil tersenyum memandangku. Mungkin ada makna. Aku hanya tunduk malu. Cukuplah apa yang dah berlaku.

Terima kasih Tuhan. Kau telah berikan aku anugerah yang cukup bernilai. Sesungguhnya, Syed Aznil memang diciptakan untuk melengkapkan hidupku dengan izin-Mu.

*Cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati. Terima kasih membaca*

8 comments:

ell lina said...

sedeh gila siottttt!!! nape la c asyraf tu lambat dan lembab sangat? haha..emo gua baca...

Jay said...

pergh..cayalah aimie...ada sambungan lagi tak??nk baca lagi ni..rasa xpuas hati kat asyraf tu..

aiin baharom said...

boleh tahan...teruskan sis....mane tau leh jadi novelis...Amin

ieka farhana said...

Wah boleh jadi novelis .. :)

ieka farhana said...

Wah bole jadi novelis :)

iLaa Pilus said...

nice..

intanizzatighazali.blogspot.com said...

oh my Allah.. aimie serius nak try jadi novelis kan.. hahahah.. mcm kenal je nama nama watak nie..hehehe.. sumpah best ohh.. kan bagus if cerita ini adalah realiti.. *aimie pahamkan* ;)

Aimie Diyanna (I'Me Dianna) said...

THANKS A LOT for my readers and this comment. Yes , insyaALLAH akan ada sambungan . InsyaALLAH juga it's will be in real. Aminnn