Kau benci???

Assalamualaikum. Aku dah macam aku ni ahli nujum bila dapat baca dan serap sesuatu dalam diri seseorang. Ahhhh itu kebolehan yang aku ada. Memang aku tak mahu dan tak akan nafikannya. Lately ni banyak dugaan mencabar saya sejak kenal dengan kawan2 baru. Diorang tengok saya ni macam jahat sangat orangnya. Hmmmm...


Kau benci aku. Aku dapat rasa itu. Dari cara semuanya. Cara kau pandang, cara kau berkata kata. Kau benci, kau sakit hati. Aku sampai kadang kadang tak faham salah aku apa. Tapi aku diam. Aku tak pernah berbalas. Kadang kadang fake tu ada bila aku terpaksa berlakon okay walaupun sebenarnya tidak. Tapi kau masih benci aku. Aku tak tahu kenapa kau macam tu. Aku masih hormat kau. Masih. Walau ada orang kata , aku cemburu dengan apa yang kau punya. Tak boleh lihat kau lebih dari aku. Ahh cemburu itu muncul untuk apa? Jelaskan pada aku. Memang aku tak punya apa apa yang lebih dari kau. Tapi perlu apa aku cemburu untuk benda yang aku anggap bodoh.

Aku cuma mohon bahawa kebencian kau terhadap aku itu bisa hilang. Mungkin ada sebab kau benci aku. Mungkin kau hanya suka suka untuk membenci. Mungkin atau apa. Ingat Tuhan. Ingat Tuhan. Ingat bahawa perasaan sayang, benci semua datang dari DIA. Jangan sampai suatu saat perasaan kau ditarik. Heartless. Kasihan. Tapi kau jangan risau. Aku masih ada untuk selalu menerima kedatangan siapa siapa yang ikhlas untuk aku. Tak pernah aku cuba menolak. Bukan takut dianggap tak punya hati atau sombong. Tapi itu aku yang sebenarnya. Fahami.

Aku cuma berharap, entry aku selepas ini tiada lagi yang hiba duka seperti ini. Aku sebenarnya rindu untuk menaip sesuatu yang gembira untuk menghiasi screen blog pink aku yang tidak kurang cantiknya. Tapi keadaan sekarang tak pernah mengizinkan aku. Aku penat. Tapi aku tetap teruskan. Aku tekad untuk berkongsi cerita. Jadi ini yang harus diterima baca. Salam Raya AidilAdha. Semoga ada entry yang menarik kemudian ini. Assalamualaikum.


6 comments:

Anonymous said...

Dear,is it just me or really your entry(the words i mean) like Anis Syafira's post before?i worry if others read this entry or Anis Syafira herself,you will be accused as 'copier'@plagiat.I just dont want your name as blogger being poluted just b'cuz of this entry,i'm sorry at the first place if i was wrong.

Kya Von Misteriusha said...

manusia... memang tak dapat nak dijangka
Biar lah dia bahagia dengan sikap pesimis dia tu,
Yang penting you taw yang you're not like that
Mulut orang susah nak tutup kan
Apatah lagi nak puaskan hati semua orang
Trust yourself and enjoy the show :)

KAMI ;) said...

sabar. saya pun mcm awak. dpt kawan2 baru dekat u, tapi mcm2 yg kena hadapi. :)

NooR uMiraH.... said...

ehem...Assalamualailum..
mybe awk rsa janggal sbb sy komen..but sya cma ingn meluahkn rsa..ok kan??? bnyak gmbr dlm buku yg sya jmpa mka awk..awk famous rupnya....dlm yezz,dara..and mcm2 lgi..anyway..sy suka post awk...n your love pink.hihih n awk mybe sdih dgn tmpt yg bru..so..jgn mudh mngalah,,fingting..

Jay said...

bersabarlah aimie..hidup ini penuh dgn dugaan.tak semsetinya kita akan hepi sentiasa..adakala kita di uji dengan tangisan dan kesedihan..Jay faham perasaan aimie.sebab jay sendiri telah laluinya.satu je pesan jay,biar org benci kat kita tapi kita jgn sesekali bencikan org itu.insyaallah satu hari nt allah akan membukakan pintu hatinya utk tidak membenci kita lagi..

sehati sejiwa said...

Assalamualaikum,banyakkan bersabar ye,mula2 perkenalan biasa lerh.mungkin tanggapan dia pada kita laen..btw bnyakkan bersabar,biar orang buat kita xpe,jgn kita buat orng..