Pengalaman pertama


*senyum sampai ke telinga tidak bermaksud dia gembira. Malah di sebalik wajah gembira itu tersimpan rasa luka. Hanya Tuhan yang tahu*

Assalamualaikum Mama, Papa, Tok dan semua yang membaca. Terima kasih kerana masih sudi untuk datang ke sini. Maaf jika saya tidak dapat membalas chatbox, email, tweet, message di facebook dan sekaliannya. Minggu pertama orentasi memang busy. Boleh pengsan jika mental dan fizikal lemah. Tapi saya kuat. InsyaALLAH. Berkat doa semua. Alhamdulillah. Syukur.

Rasa teruja memulakan hidup sebagai student dan merasai kehidupan kampus. Kini saya juga dapat merasai pengalaman pertama tinggal di asrama yang mana saya tidak pernah merasakannya. Ingat lagi dua hari sebelum ke sini. Sampai terlebih muatan bonet kereta mama dengan barang2 yang macam nak berpindah selamanya. Dengan tilam, bantal busuknya lagi. Hikhikhik sampai tok dengan  family Mak Uda pun tegur. Katanya tempat belajar tu tak miskin sampai saya perlu bawa tilam dan bantal ni semua. Nampak sangat keterujaannya padahal saya tak teruja mana pun *rolling eyes*. Bercerita tentang teman sebilik. Saya sangat sedih. Hari pertama saya berada disini saya terpaksa tidur di dalam bilik secara single. Faham tak single itu apa. Saya sendiri. Sedih menangis semestinya. Hari kedua baru teman sebilik saya datang. Intan namanya. DBanyak cakap orangnya. Kami berdua je dalam bilik. Semoga dia akan menjadi sahabat susah senang di sini bersama. Mungkin saya baru dua hari. Jadi belum serasi. Tunggulah seminggu. Mungkin sudah boleh berbaling bantal dan bertepuk tampar.

Sebenarnya saya sudah kenal ramai kawan alam maya (twitter) yang satu kampus dengan saya sebelum saya masuk ke sini. Alhamdulillah kami berjumpa. Terasa macam jejak kasih pula. Eh apakah? Hahahah. Antaranya Asheeq, Amir, Anis, Yana, Fity, Nana dan lain lain. Tak lupa juga. Kawan kawan yang satu kelas masa sekolah menengah dulu juga ada. "Hai, macam ada jodoh je korang ni" kata Fity di twitter. Hairul Azwa, gembira dapat jumpa awak sekali lagi. Lepasni kalau nak balik Shah Alam, bolehlah kita balik sama sama kan? Alamak. Tak boleh. Mungkin ada yang cemburu. Okay saya tarik balik kata kata saya. Maaf.

Ohya esok saya akan pakai baju batik, kain hitam dan tudung hitam untuk Majlis Perasmian Suai Kenal. Sudah ditetapkan dalam jadual. Dari pakaian, masa dan tempat. Tak boleh miss langsung. Ahh garang betul arahannya. Saya tak suka pakai batik dengan gaya seperti ini. Nampak lebih berumur. Mengapa peraturannya begini. Terasa mahu bakar... Err k tak ada apa apalah.

**************************************************************************************************
Ramai sangat dah tanya saya study mana. Itulah padahnya. Siapa suruh tak sign in twitter. Sebab saya takkan war war di facebook. Pffftthh privacy bruhhh. Tak semua yang tahu. Jadi sekarang saya nak beritahu. Saya kini di PSIS - POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH. Macam mana saya boleh masuk sini? K sedih tau cerita dia. Tolong sediakan tisu. Paklong kata saya tercicir dari UiTM *sigh* Well sebenarnya ini dikatakan fate. Jadi saya terima seadanya. Dulu satu sekolah tahu saya nak jadi wartawan. Jadi masa isi UPU, saya ambil kos Komunikasi dan media yang pertama sekali. Bila keluar result. Tak dapat. 2nd intake UPU. Try lagi. Kos Komunikasi dan media yang pertama sekali juga tak dapat. Tapi dapat kos Chemical Engineering - UiTM Pineng. Tiba tiba pulak. Memang tolak awal awal. Saya tak boleh bawa kos tu dan tiada minat. Maafkan saya.

Bila keluar result Politeknik. "Tahniah, permohonan anda berjaya....blablabla" Cis! Kemanakan cita cita ku? Adakah hanya terbang dibawa angin angan angan atau ini sebenarnya perjalanan hidup yang harus di teruskan? Ya, teruskan. Ini dia rezeki dari ALLAH. Alhamdulillah. Masih lagi dapat sambung belajar under goverment. Cuba kalau swasta? Ya ALLAH, tak sampai hati nak lihat parent bertukus lumus biaya yuran yuran yang mahal tak terkata tu. Mungkin aku  lebih sanggup jadi penganggur di rumah dan biar orang mengata aku tiada wawasan hidup. Mulut manusia. Lebih pahitnya dari yang manis. Jadi, jumpa lagi di entry akan datang. Terima kasih kerana membaca.

19 comments:

Luqman Zakaria said...

seronok bace...anyway...selamat belajar..sometimes ape yang kite nak kite xkan dapat..tapi percayalah something yang jadi ade hikmah die..

Rin Saharina said...

Amik kos ape dik?study bebaik.Enjoy ur student's life ;D

haz said...

bwk byk bersbr ye dear~ setiap incident or fate yang kita dapat tu ada hikmah disebaliknya.. just go with the flow.. till then, we'll see a great outcome standing before us =)

ika sulaika said...

study rjin2 ye kakak

Abu Bagi said...

kita dah follow memollow kn dalam twitter.. #tetiba..

Anonymous said...

Dapat kos ape tu sayang? btw, goodluck. belajar rajin-rajin :)

Unknown said...

congrate dear :)

Mrs. Solarstreak said...

Jaga diri, aimi..
Semoga berjaya di sana. :)

Nina Athirah said...

huhu,baru tau akak study mana.. gud luck akak!! ^^

Hanaeyo said...

Huhuhu mesti bestkan ? Oke ta sabarnya nak habes SPM :P

roziahojijie said...

kos ape Aimie ? ramai kwn2 akak kt sana .. Ins'allah , aimie akan baik2 saja :)

Aiina Perdana said...

laa~ mati2 saya ingat kak aimie sambung overseas. rupa2nya kat malaysia je, hihi^^ okaylah tu sekali sekala jauh dari orang tersayang :D

Aimie Diyanna said...

Terima Kasih semua. InsyaALLAH saya akan buat yang terbaik. Kos DSK <3

Fatin Shahira said...

singgah menjenguk adik ku yg lama tak jumpa..:')

Mars ™ said...

selamat belajar kak.. good luck.. belajar rajin2.. :D

Mars ™ said...

selamat belajar kak.. good luck ! belajar rajin2 tau.. :D

izzat zamri said...

xpela kalau dh itu yg aimie dapat..rezeki allah itu ada dimana mana..cume kite je yg kne cari..yg penting buat sehabis baik..gud luck in your study k..

Mimieesyeerro said...

aimi syg . blajar rajen2 tau . nnt dah buad diploma , aply degree kat uitm shah alam tau tau . akak tunggu aimi (padahal kite sama2 habes) . akak kuar aimi masuk . sebab degree akak 3 thn je. same cm diploma . btw,,nnt jumpe tauu dengan kak anis jugak :))

Unknown said...

biase laa mule2 study... rase sedih jer... tapi takpe... lame2 ok la tu... harap2 dapat la aimie bertemu jodoh kat situ yer... hahahaha....