Assalamualaikum. Salam sayang.
2.43 AM, mataku masih lagi segar. Masih bisa bernyawa. Alhamdulillah. Tuhan masih memberiku nafas untuk hidup. Aku bersyukur. Kau juga perlu bersyukur.
"Tenung saya lama lama. Insekiyooooo tak? Hikhikhik *gelak tutup mulut* Asheeq, terima kasih sebab fahamkan saya maksud insercure tu. Hehehehh. Dah tak payah nak insercure sangat lah kan. Fake edit. Biasalah. Fullstop!"
Sebenarnya tiada cerita apa yang menarik.
Cuma aku terpanggil untuk menulis tentang pengalaman hari ini. Rasa untuk tidur tiada. Ntah kenapa saban hari ini aku terasa malam itu pagi dan pagi itu malam. Ahh Pedulikan. Hari ini adalah hari yang penuh dengan lara. Kenapa mesti hadapi. Sedangkan aku tidak kuat. "Ya ALLAH, dugaan apa lagi ini Ya ALLAH" Aku bermonolog dalaman.
Aku betul betul penat. Semakin ramai manusia yang aku kenali. Semakin banyak hati perlu aku jaga. "Sekarang adik adik darjah 6 boleh guna hipotesis ini untuk jawab dalam paper sains awak nanti. Hafal ya." Baik, aku masih mampu bergurau. Masih mampu tersenyum dan ketawa walaupun tiada siapa yang tahu betapa remuk dan sakitnya hati aku. Aku punya adik perempuan. Aku juga punya kawan perempuan. Aku juga punya saudara perempuan. Mama ku, seorang perempuan juga. Tapi..... Aku tidak seperti orang lain. Bilanya datang sesuatu masalah atau ujian hidup mereka berkongsi dan luahkan sesama sendiri. Tetapi tidak bagi aku. Aku tidak pernah berkongsi kesedihan atau kepahitan yang aku rasa bersama perempuan yang dekat denganku. Bukan aku malu. Bukan juga aku tidak mahu berkongsi. Cuma apa yang aku rasa. Masalah aku. Biar aku hadapinya sendiri. Aku ada ALLAH. Aku boleh mengadu. Itu tempat terbaik di atas sejadah bersama set telekung putih yang di nila aku merayu dan menangis. Dan aku puas dengan melakukan itu.
Bila di buka kisah hari ini. Aku seperti tidak tahu salahku apa. Dulu kau dan aku. Baik. Rapat. Walaupun perkenalan kita hanya di alam maya. Aku kenal kau adalah seorang perempuan yang comel. Kita boleh cerita dan BBM macam macam. Jangan kau ingat aku bisa lupa semua itu. Aku masih ingat. Sehingga tiba waktu pagi itu. Kau tidak boleh lelapkan mata. Kau BBM aku. Minta nombor telefon supaya kau dapat hubungi aku dengan baki SuperSaver yang ada untuk kau mengadu dan bercerita tentang seorang lelaki yang kau anggap dia Kekasih hati awal dan akhir. Kata kau pihak keluarga tahu hubungan kau orang. Aku cuma bisa mendoakan yang terbaik walaupun dalam hati aku berkata kau terlalu muda untuk bercinta. Sama seperti aku. Bukan kerana aku cemburu. Tetapi itulah yang sebaiknya.
Bila saatnya aku sedih. Kau terus bertanya. Samada di twitter mahupun BBM. "Kenapa sedih ni Aimie? Kalau ada masalah share je dengan kita" Aku masih ingat ayat itu. Tak pernah aku lupa hingga kini. Mohon kau previous tweet. Dulu kau begitu prihatin dengan aku. Kenapa tidak sekarang? Malah kau mencemuh aku. Berkata dan hanya berfikir buruk tentang aku. Adakah kerana seorang lelaki yang bergelar Mr A itu? Sumpah jika kerana dia kau lakukan aku seperti ini. Mohon kau ambil semula lelaki itu.
Mr A. Kawan kau. Kawan baik kau. Untuk apa kau jauh dari aku. Kerana kau fikir aku telah rampas dia dari kau sedangkan kau sudah punya buah hati? Mohon perasaan negatif itu kau buang. Mungkin kau lupa niat aku dalam talian waktu itu. Aku cuma mahu tolong memperbaiki hubungan yang mula retak. Dan akhirnya perkara lain yang timbul bila Mr A itu mula menyukai aku tanpa aku sedar. Dan kau yang sedarkan aku. Kau berkata "tak perasan ke #ImaginationGF yang dimaksudkan A*** itu?" Mulanya aku hanya lantakkan. Sebab aku baru kenal dia 3hari. Memang aku tak kuasa nak melayan. Tapi betul kata kau. Mr A seorang yang baik. Caring. Gentle dan aku mengaku aku mula suka dengan cara dia melayan aku. Seoalah olah dia memahami aku. Aku gembira. Tetapi aku masih jaga status aku. Aku tidak mahu dikaitkan dengan mana mana lelaki.
Aku perempuan. Kau perempuan. Kita sama sama ada maruah. Maruah perempuan tinggi nilainya. Bukan sebarang orang boleh menyentuhnya. Dan kau juga pasti sudah lali dengar bahawa perempuan ibarat kaca. Aku berharap kita adalah kaca itu. Kita. Maksudnya kau dan aku. Walaupun aku tidak mengenali kau bagaimana buah hati kau tersayang itu yang paling memahami kau. Aku tetap sayangkan kau. Sayangkan juga persahabatan kita. Jika kau masih tetap dengan keputusan kau untuk pergi dan tidak kisah tentang apa yang aku katakan ini. Mohon kau terus pergi dan jauh dari aku. Tidak guna follow twitter and BBM jika kau hanya mahu stalk dan memperli aku. Anggap sudah kita tidak pernah kenal. Aku minta maaf. Dan aku tetap akan rahsiakan perbualan kita pagi itu tentang... Ok rahsia.
Aku masih lagi mampu tersenyum. Aku tahu ALLAH dekat. Dia tahu hati hambanya bagaimana. InsyaALLAH. Aku masih bisa gembira dengan mereka yang sentiasa menyokong aku secara langsung atau tidak langsung. Moga hati ini terus tabah dengan setiap dugaan dan ujian dari-Mu Ya ALLAH. Mafkan aku readers dengan kehadiran entri ini. Terima kasih kerana terus sudi mebaca. Jumpa esok di Kuala Lumpur. Aku mahu shopping dan tenangkan diri. InsyaALLAH aku bisa. Bye. *flying kiss*
Comments
Nanti jikalau ade kelapangan , awak tinggalkan jejak link blog awak di sini ya Exchange link
nanti saya dapat Blogwalking awak selalu (^_^)
Hope dapat jadi rakan yang sejati dalam blogger ni ya , kita gunakan peluang ini sebaiknya untuk mengeratkan lagi hubungan antara 2 blogger (^^_)
Salam perkenalan ; ) sekali lagi dari Fariz Reza .
follow. :)
p/s : content entry synchronize dngan background music. kinda touch. followed yours ^^.
-Sepupu Mr A yg sebelah baka reject-