Aku tidak akan pernah melupakanmu...Cikgu!


Di hadapan Gerai Jualan. Masihku ingat dialog itu. Dialog aku dengan seorang guru yang sangat comel gayanya. Kelihatan periang sekali. Seorang guru bahasa inggeris. Puan Hanim namanya.

"Assalamualaikum cikgu, apa khabar? Sihat?" Tegur aku.
"Khabar baik, ehh awak. Haa sambung mana sekarang ni?"
"Belum lagi cikgu, result lagi seminggu. Nanti kalau dapat saya bagitahu"
"Ehh Blog awak apa cerita yang?"
"Blog saya? Cikgu baca Blog saya?" *Sambil mulut ternganga persis cerita indon*
"Mestilah, cikgu kan stalker awak... hahaha" Kata cikgu sambil ketawa manja.

Waktu itu aku terkedu tetapi masih bisa melemparkan senyuman walaupun ia agak ketat seraya berjabat tangan sebelum meminta izin pergi ke Gerai Jualan yang lain.

**************************************
“Cikgu... ”
“Cikgu Hanim... Saya tahu cikgu baca blog saya. Selepas kejadian dulu cikgu pernah cakap dengan saya cikgu baca blog ini. Sama persis di mana cikgu katakan ketika Hari Kantin baru baru ini. Cikgu.. Nahhh sekarang saya kembali. Menaip semula. Khas buat cikgu dan semua guru yang pernah mengajar dan mengenali saya. Saya harap entri saya ini dapat cikgu kongsikan dengan guru lain. Ini khas buat mereka juga”
“Cikgu.. Saya nak minta maaf dengan cikgu. Kerana jika pernah sakitkan hati cikgu dengan teruk sekali. Pernah suatu tika dulu. Sebenarnya pada masa tu saya tak sengaja. Mungkin kerana ikutkan perasaan. Menaip tanpa berfikir baik buruknya. Walaupun niat di hati hanya meminta pandangan para sahabat. Pandangan seseorang yang hanya manusia biasa. Hadirnya komen yang teruk sekaligus mencampakkan diri saya sebagai seorang yang teruk. Masa itu semua seperti salah faham dengan saya. Tidak saya salahkan sesiapa. Tidak saya memarahi. Tidak juga saya melatah. Saya terus melangkah kerana saya yakin  orang yang betul betul mengenali saya dan tahu siapa saya akan terus disamping saya. Menyokong saya dan terus memberi nasihat dan pedoman. Bukannya mengata di belakang. Bukan hanya menunding jari. Menjeling mata. Membenci. Hanya menuduh tanpa usul periksa. Ahhh manusia. Boleh berkata apa sahaja. Dunia...
Saya akan terus meminta maaf. Itu kerana saya terlalu sayangkan cikgu. Cinta dan kasihkan cikgu dengan sepenuh hati saya. Sikap saya agak keterlaluan pada masa tu sehingga pernah mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya saya minta maaf dengan cikgu..”

Aku hanya tahankan sahaja air mata ini. Menahan dan terus menahan tatkala aku sedang menaip. Bukan kerana ego. Aku cuma malu jika terlihat oleh sesiapa. Takut nanti diingatkan aku putus cinta. Ah dusta semata. Tika ini aku hanya bisa menahan sebak. Cuba meneruskan menaip. Aku tidak mahu menangis sebenarnya. Namun, aku tidak mampu lagi untuk menahan air mata ini supaya tidak jatuh. Akhirnya aku tewas! Tewas dengan dengan air mataku sendiri... Ya sekarang aku menangis. Persetankan.
Dengan tidak semena-mena aku mula menyembamkan muka pada tilam sambil menahan tangisan yang kian menjadi-jadi.. Hanya Tuhan yang tahu rasaku tika ini.
“Sekiranya cikgu mendengar keluhan hati saya ini, ampunkan kesalahan saya. Saya tidak sanggup hidup dalam keadaan begini. Merasa bersalah sepanjang masa dengan cikgu. Saya tidak pasti samada cikgu membaca atau tidak tapi bila saya berbual seorang diri di hadapan skrin komputer ini, sekurang-kurangnya perasaan saya lega. Walaupun tak banyak, sikit pun jadi.. Alhamdulillah”
“Kalau cikgu tak dapat maafkan saya, saya faham dan redha kerana saya tahu permintaan saya pada ketika itu sangat melukai hati cikgu. Saya tahu perasaan cikgu tercalar dengan permintaan saya tapi saya mohon pada cikgu, ampunilah dosa saya..”
Bunyi esakan tangisanku semakin jelas kedengaran. Aku tidak pasti samada orang didalam rumah ini mendengar walaupun aku telah kuncikan rapat rapat pintu bilik. Kalau mereka tahu sekalipun, aku sudah tidak mahu ambil peduli. Biarlah.. Biarkan saja aku menangis.. Asalkan hati aku puas.
“Tahu tak betapa saya sayangkan cikgu? Saya sayang cikgu….. I love you.. I miss you.. Saya rindu untuk diajar.. Rindukan suasana perhimpunan yang sememangnya semua membenci waktu itu. Dengan panasnya tika itu. Hanya kami pelajar yang tahu.. Banyak sangat kenangan.. Rasa sebak untuk tinggalkan sekolah.. Tapi apakan daya.. Umur meningkat.. Tak layak lagi dan harus pergi mengucapkan Selamat Tinggal”
"Cikgu teruslah mengajar. Semoga anak didikmu akan terus cemerlang. Mendapat kejayaan sehingga mereka berjaya dan tidak akan melupakan jasamu mendidiknya. Semoga cikgu terus berjaya. Saya sentisa mendoakan cikgu. Maafkan saya. Tiada hadiah yang mampu saya beri. Tiada juga kata kata saya mampu ucapkan dengan mulut. Alangkah sedihnya tika ini saya demam panas. Hanya kegagahan menaip saya dapat berikan. Ingin saya katakan di sini bahawa GURU GURU ku adalah Guru yang terhebat."
Dari cerita ini mungkin akan ada yang membenciku.  Atau sememangnya sudah membenciku. Terpulang. Aku hanya bingung salah aku apa. Tapi aku diam. Kau masih benci aku. Entah berapa banyak setan berlegar dalam kepala kau. Aku tak tahu kenapa busuk juga hati kau. Aku masih hormat kau. Tak apa. Sahabatku, kekasihku, Pakcikku atau sesiapa sahaja yang pernah merasa membenciku. Ingin sekali aku mahu kau sebutkan. Apakah salah aku sehingga kau begitu mahu memperlekehkan aku. Sebutkan. Katakan. Suratkan. SMSkan. Terpulang. Agar kau lebih puas bila dapat memaki ku. Tak perlu kau memperburukkan aku dan menyebar cerita yang kau sememangnya tidak tahu aku siapa. Buka apa. Aku cuma takut dosa kau bertambah hanya sebab bercerita buruk tentang aku. Sedarlah. Ini akhir zaman.


Kenanglah jasa mereka. Tidak kira dia siapa. Hanya dengan itu kau akan merasa apa itu erti bahagia dengan kejayaan kelak. Percayalah.
**************************************************************
SELAMAT HARI GURU, 16 MEI 2012

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat semua Guru yang pernah mendidik saya secara langsung atau tidak langsung. Yang mengenali saya secara langsung atau tidak langsung. Terutamanya kepada Guru dari Tadika Eden Kindergaten, Tadika Al-Husni, SK Alam Megah Dua, SK Alam Megah 3, SRJKC Yak Chee, SK Bukit Naga, SMK JALAN KEBUN yang mana tempat di mana ilmu yang dicurahkan kepada saya sampai hari ini. Tidak akan pernah saya lupakan. Aku tidak akan pernah melupakanmu...Cikgu!
saya tidak akan terima anugerah ini jika ilmu itu tidak datangnya dari cikgu. Terima Kasih Cikgu.

Saya tidak akan dapat Anugerah Sahsiah Terpuji jika Guru yang mengenali saya tidak tahu sikap saya.
Cikgu, doakan saya. Doakan juga sahabat saya juga senior saya juga junior saya. Semoga selepas ini saya akan semakin dewasa untuk jalani hidup saya dengan fikiran yang lebih matang. Saya tidak meminta apa apa kecuali maafkanlah kesalahan anak muridmu. Didiklah mereka selagi mampu. Doakanlah mereka sehingga berjaya. Mengajarlah dengan seikhlas mungkin. Sayangilah anak muridmu seperti anakmu sendiri maka di akhirat kelak cikgu akan mendapat ganjaran yang terbaik dari Tuhan. Sekali lagi cikgu. Aku tidak akan pernah melupakanmu.. Cikgu. Jasamu akan selalu kukenang. Semoga cikgu terus berjaya. Aminnnnnnnn...
Cikgu Zuridah saya pasti sangat cantik masa sambutan harini. Rindu sangat dekat cikgu. Rindu nak share pendapat. Rindu nak kongsi cerita. Rindu nak lepak Bilik Kaunseling. Rindu Bilik Kaunseling. Rindu semuanya. Wish back to school. Menjadi seorang Guru juga nanti. Cikgu Inspirasi saya. Saya sayang Cikgu Zuridah, Cikgu Mahyun, Cikgu Shara, Cikgu Husairy, Teacher Krishna hee selalu tumpangkan saya balik sekolah dulu tak lupa juga buat Cikgu Haslinda. Cikgu semua paling ngam dengan saya. Siapa cakap Cikgu kaunseling tu garang? Tidak sama sekali. Malah sangat memahami. Tak lupa buat Cikgu Latif, pasti handsome sekali. Ohhh suka senyuman cikgu. Ustaz Sahrulalzmi, pasti segak sekali. Rindu ceramah Ustaz, semoga berjaya mencapai cita2. Cikgu Sabri, saya rindu cikgu kata saya ni muka budak pandai, saya comel, saya lawa. Ahakss saya rasa terharu.*perasan*. Ustazah Suraya, cantik sekali. saya rindu nak mengaji, menghafaz dan mendengar alunan merdu ustazah bertaranum. Cikgu Zainap, lima tahun cikgu latih saya dalam Bola Jaring. Alhamdulillah banyak ilmu yang saya dapat walaupun saya bukanlah pemain pilihan dan kebanggaan cikgu. Tapi saya bersyukur sebab dapat peluang join tu. Ramai sekali jika saya mahu sebutkan satu2. Akhir kata, saya sayang semua cikgu.. Rindu padamu akan selalu berpanjangan. Tidak ku lupa walau sesaat.

Salam kasih dan sayang dari ex-pelajarmu dulu,
Aimie Diyanna Mohd Roslee

6 comments:

Fatin Shahira said...

taniah sebab dapat anugerah :D

Hanim Irsyad said...

tahniah. selamat hari guru buat sume guru di mesia ney

Aimie Diyanna said...

@Fatin Shahira: Terima Kasih Kak Fatin :)

Aimie Diyanna said...

@Hanim Irsyad: Terima Kasih, Hee kirimkan salam saya pd guru2 awak.

Rin Saharina said...

best student! :D

effah rahim said...

tlg follow my blog leyh???tlg lha..I beg u..:(..ckit jer org follow...blog yg hodoh x de org hingin nk follow kan..:(