#Read with heart, and you can feel it
Assalamualaikum. Hi, nampak tak muke ittew sangat ahh inesen. K tolong jangan lempang iteww sebab nanti sakit ahhhh! Alamak aiii. *ayat sakai mintak penumbuk* Ok, ini entry ringkas dan ekspresso. Tahu, ada orang rindu saya create entry kan kan kan. K sila mengaku sekarang! *sengih* Kcukup.
Harini saya nak cerita. Saya nak bagitahu saya sangat sayang tok. Tok means tok lah. Emm Saya takde dah tokwan dengan atuk lagi dah :( Tinggal sekarang cuma tok dengan opah aje. Tapi opah duduk kampung. Tok duduk dengan saya, dengan parent saya dari saya umur 5 bulan selepas arwah tokwan meninggal sampailah sekarang. Sedihnya saya tak dapat kenal tokwan, tapi saya tetap gembira sebab saya cucu terakhir yang tokwan sempat belai, jaga dan cium pipi saya. K adik adik saya mungkin akan jeles dengan statement berbaur muntah hijau ini. Tapi its the reality!
Baca kan? since saya 5 bulan tok jaga saya. Sekarang umur saya? pejam celik pejam celik dah nak masuk angka 20 bila tambah lagi tahun, tahun dan tahun. Kata orang, semakin bertambah umur kita, semakin dekat kita untuk berjumpa dengan Allah. Subhanallah ! Dah boleh kahwin ni *gelak tutup mulut* .
Ok series. Saya sebenarnya sebak sangat. Saya takut kalau saya akan kehilangan seorang super tok macam nenek saya. Seorang yang sanggup buat apa pun untuk cucu dia. Seorang yang akan mandikan cucu dia bila cucu dia demam. Seorang yang akan masak bubur bila cucu dia sakit. Seorang yang akan pujuk dan nangis sesama kalau cucu dia sedih. Seorang yang akan betulkan bacaan saya tika mengaji. Seorang yang akan mendukung setiap langkah dan perjalanan hidup saya dan bangunkan saya dari kegagalan. And bla bla bla. Mana mungkin saya akan jumpa dengan seorang nenek seperti tok saya. Mana mungkin!
Semalam tok peluk saya. Saya sebak, saya terus cium pipi tok. Lama. Saya peluk tok. Saya tak boleh bercakap sebab air mata mencurah curah bagai hujan bunga di kuala lumpur *mula dah nak merepek ni* hmm. Dalam dakapan tok semalam, tok pesan "bersyukurlah dengan setiap apapun yang Allah bagi. Allah takkan berikan kita nikmat kalau kita tak berusaha mendapatkannya". Yea, saya akan ingat kata kata tok sampai saya mati. Terima Kasih Allah, Terima Kasih Tok. Terima Kasih Mama, Papa. Terima Kasih semua.
Tiada kata yang saya dapat ungkapkan selain Alhamdulillah sebab saya sangat bersyukur dengan apa yang saya punya , ada dan peroleh sekarang. Saya takkan dapat hidup sampai sekarang kalau Allah tak izinkan. Saya juga takkan dapat merasa menjadi penulis blog kalau mama papa tak bayar bil p1wimax yang superb tu. *suka*
>ExpressoMessage< Awak, saya sayang awak.
Saya sikit pun tak kisah kalau ada orang kata saya poyo sebab jual mahal. Saya jugak tak kisah jika ada lelaki IM saya then saya tak balas then dorang judge saya ni sombong then unfriend saya. So what kan? Cukuplah saya cuma mengenali awak seorang tika ini. Even hubungan kita cuma sebagai kawan. Saya tak pernah minta lebih dari itu. Mengenali awak dah buat saya rasa hebatnya ciptaan Allah. Seriesly sekarang saya rasa saya perempuan bertuah sebab Allah masih menjaga saya. Saya tahu Allah sudah aturkan super something yang sweet untuk kita. Saya taknak berjanji untuk berjumpa awak. Biarlah pertemuan kita nanti benar benar di radhai Allah dan di izinkan parent saya. I know our love story dah ditulis rapi dari Allah and its will be amazing and fastatik story about us cause Allah more knows the best for us. K Take Care.
Hmm dah pukul berapa ni, saya nak tengok nada cinta kejap. Pastu saya nak mandi then siap siap nak solat jemaah dengan nenek. Bye. Keep in waiting for the next entry bertajuk Girls Day Out - Part 2 , pada hari Khamis ini hanya di imedianna.blogspot.com #dah macam iklan tv pulak!
Comments
akk tgl ada atok ag :)
THANKZ SINGGAH N KOMEN BLOG AKAK :P
super sweet tu akan hadir.
Saye sempat jumpe time kecik je...
2,2 atok dah takde...
:(