Aku Still Muda Remaja..

Assalamaulaikum, pffftt 200% candid. Alahaiii omeynyee saya kan? haha k perasan. Saya tak fahamlah, ada juga paparazzi yang nak ambil gambar saya curi curi. Betul betul confused. Ohya, saya cuma nak bagitahu. Saya dah dapat gaji. Suka +++

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SELAMAT HARI JADI KAK AIMIE :)  --> Terima Kasih Adik, sebab awak 1st wish.
Happy Belated Birthday Sayang <3 --> Ah, Nak merajuk sebab awak wish saya lambat sangat. Hee

Tepat jam 5.24 a.m , 15 Januari . Saya selamat dilahirkan dari rahim mama. Masa tu mungkin saya nangis uwweeekk uweeekkkkk tanak berhenti. Tapi mama bersyukur sebab saya dilahirkan sempurna. Alhamdulillah. Saya pun bersyukur juga *tetiba

Bila umur mula mencecah 5bulan dan ke atas, saya masih terkapai kapai untuk belajar mengenal alam semesta. Saya mencuba pelbagai ragam seorang bayi. Meniarap, merangkak, mengesot, berjalan dan sebagainya. Mungkin telatah saya ketika itu sangat membahagiakan bagi pasangan suami isteri seperti mama dan papa. :) Ohh I love you mom, dad.

Haha mama dengan papa selalu ungkit time saya kecik kecik dulu takde rambut kat depan. Aduuh masalah ape lah tu. Tapi see, tetap omeyyy okay. Haha. * maaaa mmaaaa (mesti perkataan ni 1st saya sebut

Bila umur dah mencecah 2 tahun, perangai terus jadi lasak macam budak laki. Semua nak buat, semua nak pegang, semua nak main, semua nak terai. Sampai satu insiden yang tak pernah di lupakan, yang mama pernah cerita. saya suka panjat kerusi and lompat. K macam tak caya budak comel macam saya berperangai seperti itu masa itu.  :P Then saya bukan budak yang kononya manja and asyik nak nagis kalau orang nak pegang atau culik saya. Malah saya akan ikut sesiapa saja yang panggil saya. <-- Senang lah nak culik saya time tu kan?

Nin hui shuo yin yu maa? Wo jioau Aimie Diyanna. Ceyyyttt, ada macam budak tine ta? Muka saya masa tecik tecik dulu omey kan. kan. kan. Masa kecik je ahh..

Bila umur saya 5 Tahun, saya dah dihantar ke sekolah Tadika Eden Kindergaten. Kawan baik saya Nasuha Basri juga dari tadika yang sama. Tapi terpisah sebab saya berpindah ke sekolah Tadika Al-Husna Kindergarten pula lepas tu atas alasan mama, Tadika Eden ramai budak cina dan India berbading Melayu. Mungkin dari kecil mama ingin saya dekat dengan pembelajaran agama seperti di tadika Al-Husna. Saya kecil masa tu. Saya hanya mampu turuti.

Cuba teka saya yang mana satu? Pastinya yang paling comot. Haha sila percaya bahawasanya saya sangat comot tomot masa di tadika dulu. *Teringat pulak setiap hari rabu, kitorang semua dapat mandi kolam beramai ramai 1 kelas. Ahhh ghinduuu...

Masa ada ujian, saya mesti nak dapat no. 1 sebab mama kata "kalau dapat no.1 mama belikan patung barbie" Alahaii, time tu memang saya gilakan patung barbie, so memang banyak koleksi patung barbie saya time tu sebab asyik dapat no. 1 je. Tapi sekarang semua dah buang, Sebab takut patung tu jadi hantu. hahahaa

Bila masuk sekolah rendah, saya mula jadi penakut. Kata kawan kawan saya yang pernah satu sekolah dengan saya masa dekat SK TAMAN ALAM MEGAH 2 kata saya kuat nagis. K fine. Saya pun tak faham dengan diri saya masa tu. Macam terbalik je dengan waktu kecil kecil. Haha Fine.


Teringat lepas balik sekolah agama "KAFA INTERGRASI AL MUNAWWARAH"  mesti lumba lumba dengan kawan ke rumah Cik Ani, ustazah yang mengajar kitorang ngaji. Lumba lumba bukan sebab apa, tapi sebab siapa mengaji dulu, dia dapat balik dulu. Itu je alasan nak cepat. Sebab nak tengok kartun. Alahai budak budak. Pffftt lagi satu sebab jiran sebelah Cim Ani ada anak lelaki, hensemm..... Kalau tak datang awal, tak dapat jumpa budak laki tu. Nama dia Faizul. hehe Ingat lagi tau.


Dan bila umur dah 13 Tahun, SMKJK telah memanggil saya. Masa tu saya seronok sangat masuk sekolah menengah sebab saya rasa bila masuk SMK saya dah besar. Hehe. Saya taknak orang panggil saya budak budak lagi. Yeayhh. Tapi, biasalah, hal yang paling di benci wanita. Bila dah meningkat dewasa, jerawat mula nak membiak dekat muka. Ahhh mencik ahh.

Dulu saya pengawas, Form 1- Form3. Lepastu saya resign. Konon kononnya takut kerja kerja pengawas ni ganggu pembelajaran. Poyo! Lepastu saya dapat jawatan PRS dari Unit Kaunseling. Auwwww sooosweeett.. Saya suka gila jadi PRS.

Sekarang, saya dah besar. Masa depan saya belum tentu cerah atau sebaliknya. Tapi saya hanya mampu berdoa kepada Allah agar dia sentiasa memberikan hambanya yang terbaik untuk hambanya berusaha. Insyaallah. Jika tiada halangan juga, saya akan berkahwin. K ini gurauan semata. ;p

Walaupun birthday saya tahun ni memang tak best langsung. Tapi saya masih bersyukur sebabnya saya masih dapat menikmati alam dunia yang indah ini, dan, still dapat sambut birthday saya untuk tahun ini. Terima Kasih Tuhan. Terima Kasih Mama, Terima Kasih Papa. Terima Kasih Semuanya....

&
Terima Kasih kawan kawan FB sebab sudi wish Happy Birthday dekat saya. Saya tahu sampai sekarang saya masih belum sempat nak balas/like wall posted yang korang hantar. Apapun, just nak korang tahu bahawa saya sangat menghargai semua itu. I <3 You Friend..


Okay, setakat ini jea saya boleh share. Saya pun dah tak banyak idea nak berblog lately ni. Saya tak tahu kenapa. Apapun Have a Nice day Guys. Bai Bai untuk 15 JANUARY. Jumpa tahun depan, insyaallah. Welcome back February. *No No Valentines Day ok!


p/s: Pemenang Bagi CONTEST IM JUST BEAUTIFUL ME akan di umumkan di FB FANPAGE AIMIE DIYANNA pada bila bila masa dalam bulan ini. Please Be alert guys. Tq
p/s/s: Abang Ben Ashaari Follow kita ke? Hehe. Mekasih Abang Ben..

5 comments:

Unknown said...

comel nye akk :3

Arikal Razali said...

hehe , takda rambut depan . comel btw :D

Lysa said...

comelnya gambar= :D masa kita kecik2 memang selalu dapat no1 sebab nak hadiah dari parents. haha kiut je.

DAYG ♥ said...

awww comeyyyy ;)

btw happy belated birthdayymy dear aimieeee, loooove byk2. :DD

#kak Dayg xleh send fren req kt aimie laa :'( frens Aimie overloaded XDD

Namee Roslan said...

masa kecik n besar sama je muka. hehe