Skip to main content

Rapuh

Assalamualaikum



Kadangnya aku memang lemah.
Rapuh terkena tohmahan.
Hebat kata kata yang dilemparkan seolah olah aku tak tahu tujunya pada aku.
Tapi aku tetap kuatkan diri.
Istighfar banyak kali, satunya yang aku harap tidak lekang dari bibir.
 Tiada siapa tahu keistimewaan dalam diri aku.
Kekuatan yang orang lain tak ada.
Hanya aku yang tahu. 
Bertuah memiliki tubuh ini. 
Terima kasih ALLAH.
Dalam diam aku.
Disebalik senyuman aku.
 Aku banyak pendam.
 Aku punya perasaan yang sama macam manusia lain.
 Tapi memang hebat syaitan syaitan bertopengkan manusia.
Hanya tahu ketawa melihat orang jatuh di depan mata.
Hingga kadangnya aku tidak yakin,
 sama ada mereka sedar atau tidak.
Neraka itu ada.
Noktah.

Pernah dengar bahawa "Langit tak selalunya cerah"? Terbongkar rahsia yang kau rahsia kan. Pecah tembelang. Seronok melihat gelagat kau. Walaupun aku rileks buat buat tak tahu. Tak apa. Aku maafkan. Biar aku diam. Biar aku perhati lagi.

*********

19 tahun. Bukan lagi remaja biasa. Aku belajar banyak tentang kehidupan. Suka duka pahit susah senang semua aku dah rasa. Terlalu banyak jalan yang aku lalui yang tak ada siapa tahu. Walaupun teruk itu tidak teruk mana Alhamdulillah aku masih bernafas. ALLAH masih sayang. Pasti akan ada banyak lagi ujian. Aku sedia tempuh.

Kadang kadang aku merasakan diri aku matang. Jauh berbeza dengan orang lain. Entah kenapa aku cepat memaafkan orang lain dalam pelbagai situasi. Aku bukan belagak tapi aku memang tiada benci mahupun iri hati. Bila mana di kutuk, di keji di caci atau perassaan seolah di mainkan aku tetap boleh sabar. Tak guna aku lawan dengan cara yang sama kalau dosa yang aku dapat.

Aku tertarik dengan satu kata kata " KALAULAH HUKUM ALLAH MEMERLUKAN KITA BAYAR ORANG UNTUK SUKA KITA -- NESCAYA AKULAH ORANG PERTAMA YANG BANKRUP "  Nasiblah bukan aku jenis peminta sedekah untuk meminta semua manusia suka aku, perangai aku, gelak aku, ego aku semua tentang aku. Memanglah susah nak buat orang suka kita, tapi senang je nak buat orang benci kita. Jadi biar aku dengan dunia aku. Kau tak suka? Nyah kau dari hidup aku! Bukan aku peduli.

"Ya Allah hindarkan aku dari orang orang yang menzalimi diri aku. Sesungguhnya hanya padaMu aku memohon. Amin."


Kadangnya aku hanya mampu menangis. Tak ada tempat lagi untuk aku mengadu. Pernah suatu hari aku fikir aku hanya mahu lari jauh dari semua orang. Biar tak ada siapa yang tahu. Tak siapa kenal. Tak lagi menyusahkan siapa siapa. Hidup sendiri mungkin lebih bahagia. Aku tekad. Mungkin dari situ baru aku jumpa erti kehidupan yang sebenar. 

********

Kalau boleh aku berterima kasih akan aku ucapkan terima kasih yang tak akan terhitung pada kau. Terima kasih sebab dah pernah buat aku happy, bahagia, seronok, feeling sweet, feeling care, even sometimes I'm always wonder why you do this to me. And ya, walaupun anything that you just doing didnt mean anything that more than friends. Aku dah cukup bersyukur even just a friends. Xie xie Ash.

Sometimes, it’s hard to find words to tell you how much you mean to me. A lot of times, I don’t say anything at all. But I hope someday, you’ll understand, having you is what I live for.  Aku tahu, "Cinta tidak selalu bersama jodoh tapi jodoh selalu bersama cinta". Aku simpan kata kata ini rapi. 

An overwhelming year for me (2013). The good, bad, beautiful, ugly, inspiring, the not so glamorous moments. Thanks ALLAH. I've been through it all. 2014, I have a big plans for you.

"SALAM TAHUN BARU"

Ok. Selamat mulakan hidup bersama buku baru dan jalan cerita yang baru dalam tahun yang baru. Kalau ini post terakhir aku. Maafkan aku andai aku salah bicara. Aku sayang keluarga, aku sayang kawan kawan, aku sayang emm hanya aku yang tahu siapa yang aku sayang. Assalamualaikum.

Sekian.



Comments

Anonymous said…
be strong...apa yg berlaku pasti ada hikmahnyaa..
Jay said…
setiap yang berlaku ada hikmahnya..Bersabar,tabahkan hatimu aimie..Allah sayang akan hambanya yang bersabar..Semoga Allah berikan yang terbaik buatmu..Jay doakan aimie..

Popular posts from this blog

Saya Bertudung dan Saya Sangat Pretty

Kite Join GA Contest ni.. Malunye mengaku saya pretty pakai shawl ni.. Konon je tu..Saya tak pretty tapi Title GA tu yang buatkan saya terpaksa mengaku saya memang pretty !oktipu~ Ok saya pertaruhkan gambar ni.. Tolong Bantu saya ya :) Jom ramai2 kita meriahkan G.A Contest ni :) Klik Gambar saya untuk Join k Pemilihan Pemenang From  CikDya  : "Pemenang akan ditentukan melalui bilangan komen paling banyak. Ini bermakna  korang perlu meminta kawan-kawan komen entry korang banyak-banyak ya.Tak aci komen gambar sendiri banyak2..hehe.Mesti orang lain yang komen." Jadi saya sangat perlukan jasa baik rakan2 blogger untuk komen Entry Contest ni sekarang!! My Pleasure <3 Saya tak kisah walaupun hanya dengan kutukan dan cemuhan.. Cehh tapi nanti saya nangis siap awak! Tag kepada Sis Wahida :) Okey kite dah begitahu awak ni.. Join ye sayangs <3 Jadi apa tunggu lagi? Rerajin tolong saya dengan komen Entry ni ya.. Terima Kasih banyak2 :) Insyaallah kalau ada rezeki saya, me...

SEGMEN XX-TRA FOLLOWERS

Assalamualaikum. Hi. Rindu saya ? Hahaha saya pun rindu awak ! Semalam saya makan banyak sangat mee sup yang kawan saya buat time dekat open house rumah dia. Wallawweyyhh. Sedap sangatlah.  Thank you   for   invite   me.   You're very   good at   cooking .   I believe you' re   at   the   soup : ) Sorry peeps. Im so so so so the busy right now. Saya budak SPM. Haha percaya tak tu? Jadi, saya busy untuk study, buat homework,  iron baju sekolah tiap hari, makan, makan, dan makan.. Nampak tak jadual saya sangat padat tu? Ktipu. Memandangkan saya takde alasan yang kukuh lansung untuk berhenti berblogging dan stop sementara menghabiskan pengajian saya sampai habis Trial SPM dan SPM dan akan mengalami tempoh berehat dari Berblogging selama 2-3minggu bermula esok, maka saya ingin tinggalkan kawan kawan dengan Segmen saya ni. Selain dapat merapatkan ukhwah sesama Blogger, ia juga bertujuan untuk kita support each other d...

#1 Carta 3+1 BLOGGER KEMBAR YANG FAMOUS

Dapat beri perbezaan tak antara 3 Orang yang di nyatakan di atas? Wahahah.. Gila muka nak sama je ka? Jelles nyah. Hahaha tetiba! Kembar?? Statement tu I yang sesuka bagi. Irine Nadia Siapa tak kenal dia? Blogger yang hampir mencecah 4tahun berblog dan mempunyai followers yang beriburibu. Haha gila tak gila? Tak lah. Beliau sangat cantik dan berpengaruh . Ekceli tak kenal sangat Sis Irine ni. Cukuplah sekadar mengikuti perkembangannya di Blog. Dah bertunang dengan si hensem. Semoga Kak Irine always happy with her newlife :) Hazanis  Love Patzzi or Hazanis dari Tumpat, Kelantan. Okey ini Blogger baru turun dari kayangan. Cool Gila. Haha, dah lama kot usha blog dia. Korang pernah tak? Korang ni kuno la..... haha maaf! Kak Hanis best. Dia sangat baik dan ramah tamah. Benignant macam saya. Dia Follow saya dan saya pun follow dia. Dia selalu pergi Pantai Remis (yeke?) saya pun selalu tapi tak pernah terjumpa dia. :) Kami selalu berfacebooking. Memang cool sangat kak hanis!! Syamsina...