Skip to main content

ALLAH, I dont ask for much.


Ternyata kehadiran November kali ini membawa seribu makna. Dalam berjuta penduduk bumi tak terkecuali pasti ada yang mengharapkan sesuatu yang baik dalam kehidupan seharian. Siapa yang mahu duka kalau hanya bahagia yang bisa menceriakan hari hari kita bukan? Semoga ALLAH memperkenankan doa dan harapan kita. Amin.

Aku tertunduk bisu. Air mata tak berhenti mengalir bila tiap kali wajah tok bermain di fikiran. Setiap kali bayang bayang tok mula muncul. Setiap kali aku ke dapur, setiap kali aku ke bilik aku hanya nampak tok dengan setiap aksi yang sering dilakukannSetiap kali perkataan "Tok" aku dengar. Setiap kali itulah hati aku mula sebak. Tok, Aimie rindu tok. Rindu pada tok melebihi segalanya. Bila tok nak balik rumah? Bila tok nak masakkan makanan kegemaran? Aimie tak ada kawan nak luah rasa. Tok, Aimie betul betul perlukan tok. Tapi tok jauh. Tok dah lama sangat duduk kampung. Tok kata tok nak balik? Tapi mana? Tok tipu eh? Mama kata tok sakit teruk. Kenapa tok tak pernah beritahu? Kenapa tok berahsia? Kenapa tok? Kenapa? Apa salah Aime ? Hmmm tok... Jangan lupa Aimie eh? Tunggu Aimie balik, Aimie nak jaga tok. Tok, tunggu Aimie eh!



Tok, mesti tok ingat dengan gambar ni kan? Ini gambar raya kita. Masa ni tok sihat lagi. Tapi bila tok nak pergi tandas dan ambil wudhuk, tok mesti panggil Aimie pimpin tok. Aimie tak kisah, sebab Aimie tahu masa Aimie  kecil dulu, Tok dah buat lebih dari yang sepatutnya. Tok ingat tak masa Aimie nak panggil tok "ibu"? Tapi tok tak kasi sebab tok cakap Aimie ada seorang mak je, iaitu mama. Jadi Aimie tak boleh panggil tok, ibu. Walaupun, tok yang dah besarkan Aimie dari lahir.


Tok ingat tak masa vhampir kena culik dengan dua orang cina masa dekat R&R? Masa tu Aimie takut sangat. Tapi tok kuat, tok yang selamatkan Aimie . Tok memang hero yang pernah Aimie ada sepanjang hidup. Mungkin kalau tak ada tok masa tu, Aimie dah kena jual, ataupun jadi peminta sedekah ataupun jadi anak orang cina tu. Subhanallah. Tak terbayang keadaan tu macamana. Aimie ingat bila tok cakap dekat mama "Mungkin cina tu saudara2 Lee (Papa) yang nak tuntut anak hang dari arwah tok dia". Ya ALLAH. Konflik sangat. Aku tak berapa nak tahu kisah arwah moyang cumanya dia orang cina yang kahwin dengan melayu and diorang adalah moyang aku.

Tok, Aimie ingat lagi masa Aimie sakit. Masa Aimie excident dulu. Tok lah orang pertama yang sangat risau. Makan minum semua tok suap sehingga mandi pun tok yang mandikan. Tak terbayar pengorbanan tok masa tu. Aimie ingat lagi masa Aimie pengsan masa kawad kaki dekat sekolah. Tok juga lah yang datang ke sekolah jemput Aimie balik. Tok ingat tak masa dulu dulu tok selalu bawa kitorang pegi Taman Rekreasi setiap hujung minggu sebab kitorang adik beradik suka main layang layang dekat sana?

Tok ingat tak masa result peperiksaan Aimie teruk, papa mama marah Aimie tapi tok tak marah pun, tok cakap yang tentukan berjaya atau tidak tu ALLAH tapi Aimie kena terus berusaha untuk menjadi lebih pandai. Tok tak pernah marah, tok baik sangat. Masa tu harapan nak berjaya tinggi sebab tok selalu bagi kata kata sokongan. Walaupun UPSR dan PMR agak kecundang sebab tak dapat nak challange sepupu sepupu lain. Tok tetap menyokong sampailah masa result SPM keluar. Ya ALLAH masa tu Aimie gembira sangat. Tok orang pertama yang tahu result Aimie . Lepas seminggu tu, ada surat dari sekolah, Jemputan untuk HARI KECEMERLANGAN PELAJAR. Alhamdulillah tok. Berkat usaha sepanjang 17 tahun belajar berbaloi. Aimie ajak tok pergi sekolah sekali meraikan, tapi, tok taknak pergi. Tok kata biar tok masakkan makanan kegemaran. Hati Aimie sedih tapi Aimie tahu tok nak Aimie luang masa dengan papa mama.



Masa result UPU keluar. Aimie tak dapat tempat satu pun untuk Universiti masa permohonan kedua. Aimie menangis banyak kali. Aimie komplen banyak kali why SPM Aimie ok, tapi Aimie tak dapat tempat dekat U? Kenapa Aimie tak layak dapat coarse yang Aimie nak sangat! Mungkin sebab salah Aimie sendiri pilih coarse yang tak setanding pencapaian. Dan ya, Aimie tak pergi panggilan temudugan art and design masa panggilan pertama. Ahh bodohnya. But then kawan kawan yang dapat 2A pun lepas pergi UiTM. Tapi tok still suruh bersabar dan bagi kata semangat. Tok kata ada hikmah. Jadi aku sabar lagi. Aku tunggu, sampailah aku dapat result yang aku layak masuk Polteknik. Ok. Aku percaya hikmah itu. Aku percaya takdir. Terima kasih tok, sekarang Aimie dah lepas 3semester :')

**********

Panjang cerita tentang hidup aku. Maksud aku Sejarah hidup Tok.

Sejak kematian Tokwan semasa aku masih lagi 6bulan. Tok sudah tiada siapa siapa lagi kecuali anak, menantu dan cucu. Jika di hitung sudah hampir 19 tahun tok hidup sebagai ibu tunggal. Tetapi, tok tidak sendiri. Selepas pemergian tokwan, tok berhasrat untuk duduk bersama mama. Ini pengorbanan tok yang pertama untuk aku. Tok bertekad untuk menjaga aku dan arwah abang. Dan sejak itu jugalah aku tak pernah berpisah dengan tok walaupun sekali dan sehinggalah lahir adik adik aku yang lain.

Aku dibesarkan sepenuhnya oleh seorang nenek yang aku panggil tok. Seorang nenek yang bertubuh kecil, kurus, tetapi sangat tabah dan cekal melayan kerenah cucu yang disayang. Aku tak tipu aku sangat nakal dulu. Berapa banyak nakal aku, sebanyak itu jugalah tok tidak pernah berhenti untuk terus menjaga aku. Makan, pakai, mandi aku semua tok yang uruskan. Bukan maksud aku untuk mengetepikan kedua ibu bapa ku tika ini. Sememangnya inilah cerita hidup aku.

Papa dan mama sangat busy. Papa seorang Jurutera. Dan mama seorang Jururawat. Masakan mereka ada waktu untuk anak anak mereka. Papa selalu outstation, mama pula kerja shift yang tak menentu. Aku faham, mereka bekerja keras kerana nafkah. Kerana tanggungjawab. Kerana mereka Ayah dan Ibu. Aku sedikitpun tidak pernah salahkan papa dan mama dalam hal ini. Cuma aku sedikit kecewa kerana aku kurang kasih sayang dari papa dan mama. Tapi aku masih bersyukur kerana masih mempunyai ibu dan ayah yang sangat penyayang dan gigih, sesibuk manapun mereka masih ada waktu untuk aku dan adik beradik serta tok.

Cuma aku salahkan diri aku sendiri. Aku tak mampu untuk berada di sisi tok tika ini. Sehinggakan aku terfikir yang mana, Aku tak sepatutnya belajar jauh di pedalaman sana hanya untuk kejar diploma. Aku hanya perlu ada di rumah menjaga tok dan perkenankan setiap apa yang tok inginkan sebagaimana apa yang aku yang inginkan tika kecil dulu tok perkenankan. Tetapi apakan daya aku. Tanggungjawab aku sebagai anak dan pelajar harus aku turutkan walaupun jiwa aku tak pernah bersatu dengan apa yang aku belajar sekarang. Oleh itu, cuma ini waktu aku untuk berkorban menjaga tok. Dan aku dah bertekad, selagi mana mampu aku akan habiskan sisa baki cuti semester aku bersama tok di kampung. Apa yang aku mampu berdoa adalah semoga ALLAH menguatkan semangat tok. Aku tidak meminta lebih, cukuplah sekadar memberi aku waktu untuk bersama tok sehingga nafas yang terakhir. Jika nyawa boleh diganti, aku rela menyerahkan pada tok. Sumpah, aku rela.

Comments

Jay said…
allahuakbar..touching baca luahan hati aimie ni..merembis keluar air mata ni..walaupun lelaki tapi tulisan aimie mampu buat hati ni luluh mendengar luahan dan kata2 aimie..moga tok aimie sihat kembali..:(

Popular posts from this blog

Saya Bertudung dan Saya Sangat Pretty

Kite Join GA Contest ni.. Malunye mengaku saya pretty pakai shawl ni.. Konon je tu..Saya tak pretty tapi Title GA tu yang buatkan saya terpaksa mengaku saya memang pretty !oktipu~ Ok saya pertaruhkan gambar ni.. Tolong Bantu saya ya :) Jom ramai2 kita meriahkan G.A Contest ni :) Klik Gambar saya untuk Join k Pemilihan Pemenang From  CikDya  : "Pemenang akan ditentukan melalui bilangan komen paling banyak. Ini bermakna  korang perlu meminta kawan-kawan komen entry korang banyak-banyak ya.Tak aci komen gambar sendiri banyak2..hehe.Mesti orang lain yang komen." Jadi saya sangat perlukan jasa baik rakan2 blogger untuk komen Entry Contest ni sekarang!! My Pleasure <3 Saya tak kisah walaupun hanya dengan kutukan dan cemuhan.. Cehh tapi nanti saya nangis siap awak! Tag kepada Sis Wahida :) Okey kite dah begitahu awak ni.. Join ye sayangs <3 Jadi apa tunggu lagi? Rerajin tolong saya dengan komen Entry ni ya.. Terima Kasih banyak2 :) Insyaallah kalau ada rezeki saya, me...

SEGMEN XX-TRA FOLLOWERS

Assalamualaikum. Hi. Rindu saya ? Hahaha saya pun rindu awak ! Semalam saya makan banyak sangat mee sup yang kawan saya buat time dekat open house rumah dia. Wallawweyyhh. Sedap sangatlah.  Thank you   for   invite   me.   You're very   good at   cooking .   I believe you' re   at   the   soup : ) Sorry peeps. Im so so so so the busy right now. Saya budak SPM. Haha percaya tak tu? Jadi, saya busy untuk study, buat homework,  iron baju sekolah tiap hari, makan, makan, dan makan.. Nampak tak jadual saya sangat padat tu? Ktipu. Memandangkan saya takde alasan yang kukuh lansung untuk berhenti berblogging dan stop sementara menghabiskan pengajian saya sampai habis Trial SPM dan SPM dan akan mengalami tempoh berehat dari Berblogging selama 2-3minggu bermula esok, maka saya ingin tinggalkan kawan kawan dengan Segmen saya ni. Selain dapat merapatkan ukhwah sesama Blogger, ia juga bertujuan untuk kita support each other d...

#1 Carta 3+1 BLOGGER KEMBAR YANG FAMOUS

Dapat beri perbezaan tak antara 3 Orang yang di nyatakan di atas? Wahahah.. Gila muka nak sama je ka? Jelles nyah. Hahaha tetiba! Kembar?? Statement tu I yang sesuka bagi. Irine Nadia Siapa tak kenal dia? Blogger yang hampir mencecah 4tahun berblog dan mempunyai followers yang beriburibu. Haha gila tak gila? Tak lah. Beliau sangat cantik dan berpengaruh . Ekceli tak kenal sangat Sis Irine ni. Cukuplah sekadar mengikuti perkembangannya di Blog. Dah bertunang dengan si hensem. Semoga Kak Irine always happy with her newlife :) Hazanis  Love Patzzi or Hazanis dari Tumpat, Kelantan. Okey ini Blogger baru turun dari kayangan. Cool Gila. Haha, dah lama kot usha blog dia. Korang pernah tak? Korang ni kuno la..... haha maaf! Kak Hanis best. Dia sangat baik dan ramah tamah. Benignant macam saya. Dia Follow saya dan saya pun follow dia. Dia selalu pergi Pantai Remis (yeke?) saya pun selalu tapi tak pernah terjumpa dia. :) Kami selalu berfacebooking. Memang cool sangat kak hanis!! Syamsina...