aku sedar ini bukan drama atau mimpi

Assalamualaikum, seems like I dah lama gila kan tak update blog. Selama I dekat kampung I memang busy jaga tok siang malam. Bukan I nak tunjuk baik sebab bagitahu I jaga tok siang malam tapi cuma itu yang I mampu lakukan untuk membalas jasa tok. Kalau boleh I nak duduk lama lagi dekat kampung sampai akhir hayat tok. Tapi disebakan tak lama lagi I dah nak praktikal so I’ve to get ready lah.

terasa bagaikan semua yang berlaku adalah mimpi masa tidur.

Selama I dekat Kampung tak tipu lah I tak ada kawan pun nak ajak main ke sembang ke apa. Tapi untung aku masih ada cousin and  saudara mara dekat kampung. Secara automatiknya orang yang tiap hari datang melawat tok boleh jadi kawan aku untuk bersembang tapi selalunya aku akan menyorok dekat dapur bila ada orang datang sebab malu ahh. Aku bukan jenis suka nak bersembang sangat.

Tapi I bersyukur sangat selama I dekat kampung, Tazeedi always teman I. Setiap masa. Boleh dikatakan 24hours he will always with me since 4TH November 2013 until now. Ya ALLAH baiknya.  Time dekat kampung setiap hari dia akan call aku walaupun aku malas nak jawab. Dia text aku hari hari. Terima kasih Tazeedi. You sangat memahami situasi I, kadang2 bila I kata I sedih sebab I ada dekat kampung dan tercicir dari orang lain,Tazeedi mesti cakap” Its ok, you kan tengah buat jasa now..” See, so positive men! Tak tipulah kalau aku cakap aku sayang Tazeedi hihi. Maceeehh gemok. Nanti I belanja you nasi ayam. Muah! Eh cop! Tazeedi single lagi, silalah mengorat. Dia baik tau. Kalau tidak, imposible I boleh puji dia. Mihihi.

Ash, lelaki ni suka buat aku gelak. Tapi aku selalu malas nak layan dia. Actually aku sendiri tak faham kenapa makin hari kitorang macam berenggang tau. Dulu rapatlah juga sebab dia ni kelakar gila babi. Kitorang video call, wechat hari hari tapi tak adalah 24hours. Tapi dulu lah. Tapi lepas berapa lama kitorang tak contact then he come back. Cehhh berani buat come back tau. Aku macam biasa memang aku ego. Acuh tak acuh je aku layan but then he keep trying so aku mengalah. Aku pun tak adalah kejam sangat kan nak buat orang macam macam takut karma.

18 November 2013
Ash call aku. Satu jam lebih juga sembang tak ingat dunia. Macam macamlah dia cerita. Sampai satu part aku bengang dengan dia sebab stalk aku. Aku terus matikan call. Aku off phone terus. Tapi lepastu aku on balik. And he call me back. So yeay I answer. We talked back, then we are okay. Thankyou sebab explain dekat I itu ini Budak Berlagak! I know you stalk I and will always be walaupun you kata you takkan stalk I lagi, but yeayh I mintak you stop mention about KF. That’s old time story. I penat.

19 November 2013
Lepas aku mandikan tok, suap tok makan lepastu mandi lepastu sarapan, aku terus ikut Pakngah pergi Jabatan Negeri Perak untuk uruskan kemasukan cousin ke SMA. Aku tolong mana yang mampu jelah. Masa aku tengah isi data dekat computer, masatu jugalah Ash nak call. Dia boleh relaks tanya aku tentang esok. OMG! Aku macam biasa “ You jangan berangan nak datang sana ambil I. Kalau you taknak I buat perkara yang memalukan better you tak payah datang.” “I nak datang juga, so macamana? You nak I hantar sampai rumah atau I teman you naik KTM sampai Shah Alam?” “ASHHHHHH!!!! Ok I busy later nanti I whatsapp ke apa!”.

Tindakan Ash sekali lagi buat aku serabut kepala otak. Aku agak Ash nekad. Dalam kepala otak Cuma terfikir biar aku compang camping esok! Hmm tak pun tampal ubat jerawat bebanyak. Hm macam macam. Dahla at the same day aku serabut dengan Tazeedi. Hm Cuma marah sebab Tazeedi mungkir janji. saddest.

*****************

20 November 2013


Harini aku balik Shah Alam, tiket KTM pukul 08:52am , pagi memang rushing lepas aku mandikan tok aku terus salam cium tok semua. Aku bagitahu tok aku nak balik. Muka tok macam sedih. Aku harap aku dapat jumpa tok lagi. Mungkin selepas selesai semua kerja aku dekat Shah Alam, and setle urusan aku untuk internship aku akan balik kampung semula untuk jaga tok.


TOLONG JANGAN SALAH FAHAM, AKU BUKAN BALIK SEBAB ASH. INI SEBAB URUSAN INTERNSHIP AKU, LAGI 2 MINGGU MASIH BELUM ADA COMPANY YANG NAK DEKAT AKU SINCE AKU PUN BELUM APPLY, DEKAT KAMPUNG SUSAH NAK DAPAT LINE. i kraiiii..

Masa dalam train, hmm semak jugaklah aku mengusung luggage cari seat. Sampailah aku jumpa seat 5A windows. Aku tengok sebelah seat aku. A guy. Bertambah bengang sebabnya aku ingat aku nak tidur. Tapi disebakan that guy aku tak dapat tidur. Sigh. How can I say selesa bila duduk sebelah lelaki yang tak kenal isnt? Sampailah satu station dekat Tanjung Malim then that guy keluar so time tu aku dah mula lega sikit. Aku tidur sampailah time tu train dah sampai Kuala Lumpur area central market then I got whatsapp from Ash.


Time aku dapat whatsapp ni memang aku dah start nak marah sebab aku dah cakap berkali kali supaya Ash jangan datang! Apa boleh buat kalau betul dia ada, aku redha. Tepat jam 2.10pm aku sampai dekat KTM KL Sentral. Masa aku keluar dari KTM tu macam biasa lah aku terkejar nak pergi beli tiket balik Shah Alam, but then aku ternampak kelibat seorang lelaki dekat depan tempat tiket. Masa tu tiba2 aku flashback apa yang Ash pernah bagitahu aku masa kitorang on call tu. Dia ada cakap walau macamana cara sekalipun dia akan tunggu I sampai I sampai KL Sentral this day. Dia cakap dia akan pegang satu kertas A4 yang bertulis “AIMIE DIYANNA” . 


Aku tak simpan paper ni sebab Ash tak bagi, but then he send me on whatsapp

Ok lepastu aku perhati lelaki lagi. Ok dia memang Ash. Damn. Memang ini first time aku tengok dia depan mata. Ok dia handsome. Hmm tapi aku taknak jumpa dia. Lama juga aku menyorok belakang dinding sebab taknak dia perasaan aku. Tapi disebabkan hampir 15minit aku hanya berdiri dekat situ dan dia pun tetap menunggu dan whatsapp aku banyak kali tanya aku dekat mana. Aku berani  balas aku dekat Mcd. So then dia datang. Aku beritahu dia aku lapar. Dia terus cari tempat dekat belakang sekali. Finally we met.


Aku cuma rancang untuk 30minit je dekat Mcd lepas makan, terus balik Shah Alam. Tapi disebabkan Ash ada. Aku terpaksa akur. Dia paksa aku teman dia sampai dia habis makan. Hampir dua jam dalam Mcd. Ok dua jam! Aku turutkan. Memang dia yang orderkan makanan, dia juga yang bayar. Padahal yang laparnya aku. Sampailah then nak beli tiket balik shah Alam pun dia yang belikan. Over betul.

Aku tak expect yang Ash tekad untuk teman aku sampai Shah Alam. Even Aku tentang dia sekeras kerasnya yang aku nak balik sendiri so he dont need to teman aku sampai Shah Alam. But ya, dia sangat degil. Jadi aku biarkan. Sepanjang perjalanan dari KL Sentral ke Shah Alam aku terpaksa berdiri disebabkan penuhnya penumpang dalam train. 



Sesampainya di KTM Shah Alam. Ash ajak aku duduk dekat kerusi katanya ada sesuatu yang dia nak bagi. So dia minta aku tunggu kejap.So okay, aku duduk dekat bangku. And tak sampai 5minute pun then he come with something. Aku tak adalah beria-ria nak tahu. So aku diam. Then dia hulur choki choki. And dengan tak covernya I terus cakap. "Untuk apa ni?" And he said "untuk you lah you kan suka choki choki?" Aku ketawa dengar dia cakap macamtu. Terus aku cakap, "bila masa I suka choki choki! But wait mesti you salah faham kan? You stalk twitter I kan? Tweet yana kan?" and yes. Tweet tu punca dia. Spoil again. Ash dengan Yana sama je, bukannya nak tanya dulu what my favorite. Ni tidak, main tibai ikut dan depa je. But... ambil jelah.

Hampir setengah jam aku duduk borak dengan Ash dekat bangku dan train dah banyak kali lalu lalang. Sampailah tiba tiba aku dapat panggilan..........

* Mama calling
Mama: Hello Aemi, dah sampai mana dah ni?
Me: Shah Alam dah ni. 
Mama: Tadi makngah call...
Me: Tok kenapa???!!!
Mama: Makngah cakap degupan jantung tok dah berhenti.
Me: YA ALLAH! Habistu macamana sekarang? Aemi shoot balik Kg balik atau tunggu mama?
Mama: Ambil teksi turun DEMC sekarang atau mama ambil dekat sana.
Me: Aemi naik teksi lah, mama tunggu.

Ash: You kenapa ni?
Me: Mama cakap tok dah tak ada.
Ash: You balik jelah.
Me: *still in shock*

Perkara yang tak perna aku jangkakan seperti ini berlaku sangat smooth. Baru sahaja aku sampai ke shah alam setelah 6jam perjalanan dari Perak yang bermakna 6jam aku tinggalkan tok dan  Tok pergi meninggalkan aku. 

Memang aku redha dan pasrah dengan apa yang berlaku. Tetapi aku tak pernah menjangka ia berlaku pada hari yang sama dan sekelip mata. Belum sempat aku jejakkan kaki ke rumah, aku dan keluarga sama sama pulang ke kampung semula. Ntah apa yang aku rasakan tika itu hanya aku yang tahu.

Sepanjang perjalanan air mata aku memang tak henti keluar. Jam 12.40am aku sampai kampung. Hanya sekujur tubuh kecil arwah tok yang aku lihat disebalik langsir. Aku tak daya untuk pergi kepada tok.Aku tak boleh berhenti menahan sebak. Aku terus memeluk makngah. Lepas tu aku terus naik atas. Aku baring dan terus tertidur sampai esok.


10:35am. Aku bersiap dengan memakai baju jurung Kedah yang tok pernah hadiahkan. Dan terus membantu memandikan jenazah, mengapankan jenazah sehinggalah ke pengebumian jenazah. Aku redha.

Tok, Aimie takkan lupakan tok sampai akhir hayat Aimie . Hanya tok yang memahami Aimie dari kecil. Sekarang Aimie dah tak ada tempat mengadu. Aimie rasa sunyi sangat. Tapi Aimie tahu tok sentiasa ada. Kata kata semangat dari tok dulu tetap dalam ingatan sampai bila bila. I love you Tok. Namamu sentiasa dalam ingatan. Doaku buatmu takkan pudar.

Semoga roh mu dicucuri rahmat.
Salam sayang,
Aimie Diyanna cucu mu yang dikasihi.

7 comments:

zeera lily said...

fames choki-choki ni skg..hehe
gmbr 1st tu ade iras emma maembong sket..hehe

Miss Lovouis said...

Mcam sweet je citer korang . =)

Jay said...

fuiyohhh..bestnya cerita ni..:)

Aqilah Azmi said...

WAH WAH WAH PIWIIT~~~~~

Anonymous said...

Untunglah awak. Semoga berkekalan.

Unknown said...

sweet . then sedih ... awesome ... seronok baca :)

Aimie Diyanna said...

Well said readers, he is only my friends. His good in treat women. :')