Kadang kadang aku pernah rasa nak duduk dekat suatu tempat yang tak ada siapa pun kenal aku. Kadang kadang aku rasa nak sangat menangis kuat kuat sampai hilang suara aku. Kadang kadang aku rasa nak sangat menjerit kuat kuat dari atas bukit biar dunia tahu apa rasa hati aku tika itu dan Kadang kadang aku selalu tak hargai apa yang Tuhan dah beri pada aku sehingga aku rasa ada kurangnya dalam diri aku. Subhanallah.
K best tak lagu dekat Blog aku ni? Eii jiwangnya kite ni. Hihihi. Memang lah kita jiwang. Pe masalah ko? Hahaha eh sorry terkasar bahasa dah. Takmo takmo kasar bahassa please. Ingat, adab dalam percakapan/penulisan tu kena jaga. Kalau tak takut dosa, silakan menganjing ke kencing ke apa. Nanti masa akhirat, malaikat soal, jangan gagap pula okay? Pandai.
Nampak di luar aku senyum. Kepada semua orang aku macam tu. Senyum sampai habis urat pada rahang. Tapi dalam hati. Entahlah. Rasa dia cuma aku yang faham.Hmm. Aku susah sangat nak sayang orang. Tapi aku cepat sangat suka orang. Benci perasaan ni sebab mudah jadi sayang. Takut ditambah jadi rindu. Lepastu nanti sedih. Ain, Alia. Kau tahu tak kenapa lelaki tu tak rindu aku? Kau tahu tak kenapa dia tak boleh layan aku macam mana aku harap dia layan aku? Hmm aku tahu mereka pasti ada jawapan. Selalunya pun diorang berdua jadi tempat aku bercerita dan mengadu. Selalu. Kalau tak ada Ain dengan Alia. Buntu juga hidup aku. Kami Geng #KepalaGila seronok bila kitorang memahami antara satu sama lain. Seronok bila dapat rasa bahagia tu sama sama.
Aku sayang orang yang tak sayang aku. Nampaknya aku buang masa. Teruknya rasa ni. Rasa benci dengan perasaan ni. Kenapa mesti lahir perasaan sebegini. Mohon pergi. Aku mahu terbang. Lari dari rasa yang ada. Ahhhhh pesan Tok masih terngiang di telinga " Tak payah bercintalah Aimie, habiskan belajar dulu . Jodoh tu akan datang bila tiba waktunya " Kurang lebih seperti itu pesan tok sebelum aku pergi. Masalah, perasaan itu muncul tika ini. Bodoh. Ini bukan yang aku pinta. Sumpah. Rasanya lagu ini dah menceritakan semua.
Cumanya, jika aku mampu buang memori yang kau cipta dan kau pula hanya mampu diam. Maka dengan kebodohan aku buang. *Seminit kemudian* Dengan kebodohan itu juga memori itu datang kembali. Aku coret kan nama kau di atas sekeping kertas berbentuk hati. Aku lempar ke luar tingkap rumah. Sepi. Biarlah terus melayang ntah kemana asal masih di dalam perut bumi. Agar terus kekal di situ. Kenyataannya. Kau masih ada. Selalu ada dan sentiasa ada bukan di mata tapi di hati.
Apa yang bermain di fikiran tika ini hanyalah sesuatu yang impian iaitu "Apa yang aku mahu hanyalah cuma jadi orang biasa. Masak makanan kegemaran kita. Sterika baju kau sebelum pergi kerja. Mandi dan susukan cinta hati kita. Tidur beralaskan lengan kau sampai bila bila". InsyaALLAH.
No comments:
Post a Comment