3 Hari 2 Malam



Assalamualaikum, Hi saya suka gambar ni. Saya nampak comel bukan? 'huhuhuhuhuhu' lelaki namooo taip message guna 'huhuhuh' k , rasa macam....... k menyampah....... gegirl jee boleh sebab kitorang memang cute. Okay actually saya baru balik dari berjimbaaa dengan #Classmate #Coarsemate saya, yeeebbbaaa yeebbaaaa !!! 

#OOTD - Saya cuma pakai shawl , baju biasa , cardigan , skirt , and my favorite shoes !!


Actually saya happy masa ni. Walaupun gaduh balik dengan Syazriz. Haih selalu macamni. Okay yang penting saya happy dengan kawan kawan saya walaupun setiap hari muka yang sama juga saya jumpa. Manakan tidak kalau kawan kawan ni lah tempat saya selalu nak mengadu nak bermanja nak belajar semua. Thanks a lot Girlfriends. Korang sangat Ummppphhhhh!!!

*Currently at Manjung, Perak.

Aunty Nona masak Mee bandung , nasi impit, kuah kacang. Ya ALLAH sedapnya. Saya makan sampai perut kembung. Makan Nasi Goreng Pataya, Tomyam lagi  lah apelah. Wowwowowowowo. Nafsu takleh kawal ni T__T. Hehe. Remember, Jumaat, Sabtu dan Ahad bukannya hari untuk mengadap buku je. Isnin kelas TRENGKAS jeee lah. Tapi bila sampai Test dia....... Otak terus tepu. Kcukup saya nak fun so malas nak fikir study. Tapi saya tak lepas fikir pasal someone. Shit. I just pretend to be single like before. Life macam seronok sikit walaupun kadang kadang menggedik dengan kawan kawan like this "babe, please carikan I sorang boyfriend........" Hahahaha just kidding. Apahal nak terdesak. Chill sudah. Watlek watkul watpis.

Girls Day Out Today. Outfit Of The Day. And I am so happy. Okay saya seronok sangat. Sumpah saya cakap saya rasa saya dah jumpa geng baru untuk semester3. I mean, geng satu kepala. Classmate sendiri je pun. Sebelum ni kitorang tak pernah rapat pun. Like seriously. Sebenarnya saya kawan dengan semorang lah cumanya biasalah, bila saya terapat dengan orang ni, orang ni ingat saya rampas kawan dia. Bila saya tak rapat dengan siapa siapa, orang kata saya sombong. Ahhh mulut puaka betul kalau ada siapa yang cakap cemtu. Benci. Sebab tu kawan kawan saya selalu berubah mengikut semester.

#OOTD - Jangan marah saya lagi kalau saya cakap saya sangat suka LOOK yang ni. K nampak good good je saya mix and match baju Outfit saya. Ala muslimah gituuwww youalss.

Okay let me share, lepas zohor tadi, kitorang terus fly pergi V-Box Karaoke dekat Sitiawan. Mood aku mula mula okay. Siap dah terbayang dalam kepala hotak nak menyanyi lagu itu ini. Tapi lepas masuk je V-Box. Aku punya perasaan terus berubah tau bila kawan kawan semua pilih lagu sentimental menyentuh jiwa raga. Bengkak gila hati kite masa tu. Terus mood hilang melayang jauh. Last satu lagu apa pun aku tak menyanyi. Dengar kawan kawan menyanyi, tengok diorang menari bergembira lepastu buat Bilik tu macam Club Siang. Kemain.

Diorang macam perasan saya macam hilang mood. Lepastu diorang punya lah cuba happykan saya. Tarik saya Clubbing. I mean paksa saya menari gelek dangdut haa gittuwww. Lepastu masing masing duduk sebelah saya. Dua dua pakai mic lepastu menyanyi lagu lagu berkenaan dengan diri saya. Amboi sengaja betul. Terutama si Alia dengan Ain. Biadap ni. Haha.

Cuba tenung eyeliner mata diorang sama, okay hasil tangan saya lah tu. Hahaha menunjuknya.

Six of us - Amie, Me, Ain, Alia, Pain and Zira.


Lepas dah bengkak telinga dengar diorang menyanyi, then kitorang terus shoot pergi Lumut. Lepastu pergi Marina Island. Actually dah selalu datang sini sebab selalu turun Pangkor dengan Family. Tapi buat buat jakun lepastu ambil gambar sepanjang perjalanan. Rasa macam seronok sangat sebab ada yang ingat saya ni pendatang asing. Berlagak cakap korea sangat. Alaaa poyonya. Hahaha. K cukup. Saya janji takkan buat sesiapa pun rasa nak muntah bila baca cerita saya. Moh lerr ate kome share gambor.

She's Amie Ziana and me is Aimie Diyanna

Saya akui, saya memang saya paling tinggi dari tiga orang budak pendek seblah, sebelah dan sebelah saya tu. Hihhi


Okay saya bermalam dekat rumah roommates kesayangan, Farhaana Alia. Hi Yaya please say Hi. Wuuuuu Yaya gituww youalls. Inilah rommate saya. Actually ada maksud disebalik nama dia tu. Kelakar. Kcukup. Perkenalan sejak semester satu sampai sekarang masih kuat. Alhamdulillah kami saling memahami. Alhamdulillah tak pernah bergaduh lagi. Alhamdulillah syukur sangat sebab dapat jumpa geng #KepalaGila :*

Sebenarnya ada banyak lagi gambar nak share, tapi memandangkan mata saya mula menjadi kabur kerana terlalu mengantuk. Izinkanlah saya untuk pergi beradu. Dan saya janji akan menambah gambar. Saya tahu korang pun dah mula rindu nak stalk gambar saya. Lepastu curi. Lepastu letak dekat album korang. Hahaha bodoh. Faker bodoh. Oups!!! Saya tak bodoh letak gambar dekat sini. Sebab ini BLOG saya. Yang mencuri tu yang bodoh , tulaaaaa ponteng lagi kelas agama masa sekolah dulu apehal? Kan dah tak ada adab. Ya ALLAH, saya berkasar. Maafkan saya.


Lupa nak beritahu. Sebelum balik rumah. Kitorang pergi Funfair. Ya ALLAH sumpah kenangan naik "benda pusing pusing" tu saya takkan lupa. Rasa macam heaven gila sebab saya sorang paling steady and tak takut. Hahahaha booo. Boleh ask my partner kalau tak percaya. Haahaha. Cool jelah, saya dah kata saya ni so berani tau. Nampak luaran je tak guna sebenarnya Meh kenal saya dalam dalam. Baru korang tahu Aimie Diyanna ni macamana orangnya. Hahaha.


What Im going to say is, OUR FRIENDSHIP WILL NEVER END! I do love you girls. Thanks for make my day. InsyaALLAH jika umur kita masih panjang. Lets go jimbaaaaa again. Jika ini yang terkahir untuk kita. Saya mohon kalian tak akan pernah buang semua memori kita bersama. Jadikan coretan ringkas kita ini sebagai tanda kenangan kita bersama untuk anak cucu masa akan datang. Hihihi. Assalamualaikum. Bye.



3 comments:

Unknown said...

cantik n sopan je nmpk,

Anonymous said...

suka tengok aimie =)

Unknown said...

comella dearie... ^_^