Senyum boleh jadi fake bila kita sorokkan apa yang kita rasa sebenarnya.
Assalamualaikum. Mood harini tak berapa nak baik sebenarnya. Aku seperti terkapai kapai dengan masalah yang aku rasa aku tak pernah cipta. Hebatnya kata tohmahan dan perlian orang. Sedikit sebanyak menjatuhkan semangat aku. Bodoh. Mengapa masih ada manusia yang masih suka melihat kejatuhan orang lain. Masih ada yang suka bergosip tentang orang lain kepada orang lain. Masih suka menuduh melulu tanpa menyiasat atau memiliki bukti. Sekali lagi bodoh. Typical Malay. Ahhh lifeless sungguh.
Bila aku couple dengan orang ni. Aku bahagia. Dia main kayu tiga. Lepastu aku derita. Bila aku couple dengan orang ni. Orang sekeliling tak suka. Aku derita dia pun derita. Bila aku couple dengan orang ni. Aku sayang ex aku dia pun sayang ex dia lagi. Hahahaha the sound is so bad. Kelakar. Bila kata single... Mulalah ada nak masuk daun. Memang cerita dia taklah aku nak terima. Sumpah heartless gila. Aku rasa macam aku selesa kot hidup cenggini. I mean, life like a single. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.......... Menjadi masalah besar pula bila aku happy dengan life sekarang. Tetap ada masalah. Mean like. Other girls out there rasa macam tergugat sebab kononnya aku ni boleh menjadi penyebab kepada keretakan hubungan diorang. Hmm sound like that lah. Kelakar kan? Sumpah aku pun tergelak.
Jangan cemburu dengan aku sebab aku tak punya harta. Aku tak pandai mana. Aku cuma aku. Nak kata lawa pun maybe sebab aku makeup. Orang yang rapat maybe dia kenal aku ni cemana. Tapi kepada yang tak kenal langsung and tak pernah kenal tapi boleh create cerita yang bukan bukan pasal aku dekat belakang. Itu sangat jahat okay. Allah. Aku malas sebenarnya nak cakap pasal ni. Macam aku pun lifeless. Tapi apa yang aku nak cuba sampaikan is, aku penat dengan life yang kadang kadang tak membina langsung aku nak bangkit. Sampai kekadang tu aku pernah berdoa and aku minta sangat dekat Tuhan. Kalau dekat dunia ni aku tak boleh nak bahagia macam orang lain. Matikan aku. Aku cukup bersedia untuk terima segala yang akan berlaku nanti. Memang belum cukup sempurna amalan aku dekat dunia. Belum lagi cukup untuk aku bawa bekalan aku sekarang dekat akhirat. Tapi...
Jangan kerana diri aku yang seorang ini, boleh menyebabkan orang lain dapat dosa kering. Aku masih punya rasa simpati. Aku tahu ada yang tak suka dengan aku. Tak suka aku macamni macamtu. Tak kisahlah apapun. Tapi aku kalau boleh taknklah korang cakap cakap belakang. Aku sangat tahu bila ada orang cakap pasal aku. Cuma aku malas nak bergaduh ke apa. Macam biasalah aku, tengok, diam, lepastu sedih. Aku kesian dengan diri aku sendiri sebab terpaksa sedih dengan sikap orang. Tapi aku pun kesian dekat orang sebab korang tahu kan yang mengutuk/mencaci/mengata tu berdosa. Janganlah buat lagi. Aku mohon.
************************************************************************************************************
Bukan senang saya sebagai perempuan nak suka orang tu, suka orang ni suka suka hati saya. Maruah saya tinggi. Kadang kadang bila saya 'Ter' rapat sikit dengan that guy, oh awek dia meradang. Ya Allah. Dalam dunia ni hanya ada perempuan dan lelaki. Hanya ada dua. Saya tak nak pun tahu kalau ada Tomboy ke Gay ke Pondan ke kat dunia ni. Saya cuma tahu Lelaki dan Perempuan dari keturunan Adam dan Hawa. Mungkin saya rapat dengan lelaki ini hanya ingin berkongsi cerita. Atau hanya bertanya khabar setelah sekian lama. Hanya untuk Menjadi sahabat. Mungkin kenangan yang ada diantara saya dengan dia tak senang untuk di lupakan. Walaupun pengalaman tu perit. Jadi sebagai manusia yang prihatin. Saya berharap dan terlalu mengharap supaya korang korang semua boleh jadi manusia yang boleh harap. Bukan sampah sarap. Oups saya terlebih. Maafkan saya.
Jadi saya pohon pada pihak berkenaan maafkan saya. Saya tak ada maksud langsung untuk terhegeh hegeh atau merenyam atau apalah bunyi bunyian yang agak kelakar awak dan kawan kawan lemparkan kepada saya. Saya tak pernah terlintas sedetik saat pun nak rosakkan hubungan awak dengan boyfriend awak ke apa ke. Tapi this what they said typical malay right? Macam dalam drama. Bila putus je salahkan orang ketiga. Bodoh namanya tu.
Saya tak kisah sebenarnya awak nak cakap saya apa, kutuk itu ini. Sebab saya anggap awak tidak dalam keadaan sedar. Mungkin emosi awak melebihi tahap dari segalanya. Awak mungkin separuh sedar yang sikap awak itu sendiri menyebabkan awak hilang apa yang awak sayang. Pernah awak kaji itu semua? Dan saya dapat agak. Jawapan awak tidak bukan? Jadi sebelum melakukan sesuatu, fikir. Sebab nanti you will never regret. Trust me. I hope awak dapat apa yang saya cuba sampaikan. Awak kan stalker terhebat. Tak mungkinlah awak tak baca coretan saya ni kan. By the way, terima kasih. Assalamualaikum ;-) Kita boleh jadi kawan kalau awak nak. Tapi kalau awak tetap anggap saya ni stranger ke penyamun ke apa ke. Tak apalah. Saya bukannya rugi apapun. Ok ok dah. Bye.
CC: Z******Z*******
5 comments:
Awak sabar kayh . Allah syng dgn org yg sabar .. Nanti suatu hari adalah blasan untk dorang ..
Satu je yang saya boleh cakap kat awak iaitu SABAR. ^^,
Stay strong =) Pedulikan je dorang. Kite pon pernah kena... dengan orang yang paling rapat dengan kite =') Watlek je. Nanti nanti dia sedar yang dia sebenarnya yang terhegeh hegeh cari dosa.
Be Strong dear , i pernah alami macam nie ,sampai kawan rapat sendiri jadi musuh ketat . Hmm :( bila couple ada je yang dengki and bila single ada jugak yang dengki cakap kacau bf orang bagai. Hanya Allah mengerja apa isi hati kita :') Chill okay.
Be strong dear , i pernah alami macam nie , sampai kawan rapat jadi musuh ketat . Bila couple ada je yang dengki and bila single ada jugak yang dengki cakap kacau bf dia. Hanya Allah yang mengerti . hm :') Chill kay .
Post a Comment