Hi Assalamualaikum. 17 April. Hujan lebat sangat. Angin kuat
sangat. Jadinya aku lemah sangat. Aku takut. Aku menagis. Aku menangis sebab
aku rindu. Hebat sekali rasa rindu saya. Aku pandang arah laut. "Ya ALLAH
selamatkanlah kami" macam benda negatif yang aku fikirkan hari itu. Hanya
ALLAH yang tahu.
Aku duduk diam, mood geledah folder folder lama dalam laptop.
Folder gambar yang penuh dengan kenangan manis. Tak mungkin aku akan share di
sini. Aku tahu GOOGLE tak akan beri kerjasama dengan baik. Silap haribulan,
bila search je "Aimie Diyanna via Image" Keluar semuanya. Tak ada
privasi lah. Hahaha tak seronoknlah bila taraf nak sama dengan retis. Ehem.
Okay aku mula mengarut. Pedulikan semua itu. Tidak penting. Yang penting
sekarang apa yang aku nak share dekat sini. Mohon dengar.
Entah kadang kadang aku merasakan diri aku matang. Ya, aku matang
jauh berbeda dengan orang lain. Aku cepat maafkan orang. Walaupun betapa sekali
aku dizalimi atau dihina sekalipun. Ya itu aku. Perasaan marah yang ada dalam diri
aku hanya sebentar cuma. Aku jenis yang bukan pemarah apalagi berdendam atau
berdengki. Memang itu bukan jenis aku.
********************************************************************************************
14 April 2013
Tiga hari berlalu.
Sejak 15 April, kejadian buruk berlaku dalam hidup aku. Kejadian yang tak
pernah aku sangka akan berlaku terhadap diri aku dan juga teman rapatku, Ain.
Malam itu selepas kami pulang daripada pantai semasa maghrib, kami tak terus
pulang ke asrama. Tetapi terus makan di luar. Ya ALLAAH betapa berani nya kami
tika itu.
Dalam kepekatan
malam itu, aku orang yang belakang sekali berjalan. Aku tak pasti dengan apa
yang aku lihat disebalik rimbunan pokok. Samar2. Tetapi seakan akan ada seorang
perempuan yang cantik memandang aku dari arah sisi. Aku hanya melihat matanya
yang memandang ke arah aku. Bayang bayang itu hilang selepas aku disergah oleh
Apek dari arah belakang. Ya ALLAH. Masa itu betapa lajunya jantung aku, hanya
Tuhan yang tahu. Hampir kmahu gugur. Subhanallah.
Jam tepat 3.10am,
selepas aku dengan Ain leka menonton thailand ghost story 3am. Subhanallah, Ain
bersikap pelik. Malam itu sesak nafasnya luar biasa. Seperti nazak. Pada
mulanya aku hanya buat tak tahu, tapi selepas melihat dia seperti tidak benyawa
selepas mengadu sesak nafas, aku bergegas memanggil kawan lain untuk membantu.
Syukur Madical Asisstant masih belum tidur. Jam 4 pagi Ain dirawat melalui
oxigen. Alhamdulillah kembali normal. Tetapi benda yang sama berulang selama 3
hari beturut turut pada setiap malam. Dan setiap malam itu juga dia meracau
teruk.
Aku tidak fikir
tentang sakitnya apa. Aku hanya fikirkan paranormal. Mungkin cara aku salah
dengan berfikiran seperti itu. Tapi apa yang aku rasakan menguatkan lagi alasan
aku untuk meyakinkan apa yang aku fikirkan itu benar selepas aku bawa Ain
berjumpa dengan Ustaz pada pagi 18 April itu. Sejak pulang dari pantai dan
makan malam haritu, Ain tak pernah berenggang dengan aku langsung. Sehinggakan
aku sendiri tak sedap badan dan pitam pagi itu semasa Ain dirawat. Aku
ceritakan semuanya pada Ustaz selepas sedar. Satu kata ustaz yang aku masih
ingat sampai hari ini "Benda tu suka dekat kamu, sebab itu kawan kamu jadi
macam ni" Subhanallah. Walaupun aku punya sedikit kebolehan untuk memandang
sesuatu yang orang lain tak punya. Aku
bersyukur kerana aku masih kuat.
Alhamdulillah
semuanya kembali normal sekarang. Ain dah okay. Aku juga okay. Walaupun
terpaksa ke hospital sehingga jam 3 pagi pada 17 April bersama En Zafir dan En
Firdaus untuk medical check up selepas Ain sesak nafas sekali lagi. Aku
langsung tak berpuas hati dengan jawapan doktor yang berkata dia hanya gastrik.
Tetapi aku berpuas hati selepas dapat tahu bahawa apa yang berlaku sebenarnya
tak ada kena mengena dengan sakit fizikal atau mental. Ini semua kerja makhluk
ALLAH yang tak dapat kita lihat dengan mata kasar. Atau lebih dikenali dengan
makhluk ghaib. Bukan cara aku untuk mempercayai dengan cerita alam ghaib ini.
Tapi aku percaya dia wujud.
16 April 2013 - 11.59pm
Aku terlalu sunyi.
Aku menangis. Aku duduk senyap di bangku. Tiada siapa yang perasan aku tika
itu. Aku tekup muka dengan sweater biru. Air mata aku sekali lagi jatuh. Aku
rasa sepi. Aku seperti memerlukan teman untuk aku bercerita dan luahkan. Tapi
aku diam. Aku terbayang saat dimana aku terlalu gembira bersama seseorang yang
aku paling sayang. Ntah mengapa kenangan yang aku anggap terlalu indah dalam
hidup aku berlegar legar dalam kotak ingatan. Aku masih di bangku. Masih
menangis.
17 April 2013 - 1.30am
Angin terlalu kuat.
Hujan turun dengan lebat secara tiba tiba. Aku terpana. Aku bergegas keluar
bilik. Baju di sidaian segera aku angkat. Aku kembali ke bilik. Fikiran aku
mula berfikir yang bukan bukan. Lebih banyak negatif yang bermain dalam
fikiran. Aku buntu. Aku tak putus putus berdoa supaya tiada apa perkara buruk
yang berlaku. Alhamdiulillah, tiada apa yang yang negatif berlaku dan aku masih
bisa menaip dan menceritakan pengalaman aku pada hari itu.
Tingkap bilik
seolah olah mahu tertanggal. Angin begitu kuat. Aku pula tak henti menyeru
namanya. Hanya angin yang aku harapkan tika itu. Dalam ketakutan melampau, tika
itu aku berharap angin dapat menyampaikan perasaanku padanya. Ya ALLAH, aku
ntah kenapa perasaan aku teruk sangat. Keluarga langsung aku lupa. Aku tak
ingat pun. Tapi... Ahh aku buntu.
Aku bangun
tengahari, mungkin aku terlalu penat dengan kejadian ribut yang berlaku. Aku
tidur lewat dan aku bangun juga lewat. Ain yang juga baru bangun terus
memberitahu sesuatu yang aku tak sangka. Dia bercerita tentang tweet yang
berjalan pada timeline nya. Pada mulanya aku hanya malas untuk tahu. Tapi
selepas itu perasaan aku bertukar menjadi penasaran. Aku minta izin Ain untuk
stalker melalui BB nya. Aku stalker tweets sehingga aku terpandang pada satu
tweet "AD". Aku menjerit kegembiraan pada Ain tanpa sedar airmata aku
mengalir dan aku sempat elak sebelum Ain cuba menampar aku.
Hari itu aku
terlalu gembira. Sehari suntuk dalam kepala aku hanya terfikirkan tweet itu.
Subhanallah. Aku tersenyum gembira. Aku selak tingkap bilik. Aku menjerit pada
angin. Aku percaya kuasa Tuhan. Aku percaya pada angin yang membawa salan rindu
aku. "ANGIN! Terima kasih... Alhamdulillah Ya ALLAH" Ntah mengapa aku
bersikap begini. Aku sendiri tak pasti. Aku puas bertanya pada diri. Tapi
seperti tiada jawapan. Sekali lagi aku buntu. Aku kembali diam.
***********************************************************************
Deep in my heart, it
whisper "I'm still not giving up on you" where I know nobody wouldn't
understand what I feel. Do not need to explain, because just I know how real my
feelings was. Almost everyday when I lay in my bed at night, I just thinking
about you. Pray for you. Pray for us. I wish I have strength enough to text
you. But I cant.
6 comments:
kenapa asyik menangis ni, aimie?
you are not alone.
kami kawan-kawan blogger kan ada.
smile always tau.
muka comey kena lah sentiasa ceria.
live your life!
:)
aimieeeeeee,kawan aimie tu macamana? :'(
ni rasenye kes cinta yang tak terluah ni kan?
macam mana aku boleh terlepas kat sini ni? apapun baca dari entry ni byk dugaan yg dihadapi. mohon bersabar dan kuatkan hati :)
Sabarlah Aimie..semua yg berlaku tu ada yg tersirat..harap aimie bersabar.
kenape i feel so sedih baca entry aimie ni.. mybe music dia kot.. btw adik keep strong and move on.. setiap perkara ada hikmahnya.. just dont ever try to give ye... :)
Post a Comment