Apa yang aku fikirkan aku sendiri tak pasti. Sudah lali tidur lewat. Seperti sudah menjadi habit. Sebab itu mata kini tak lagi seperti dulu. Kenduran di bawah mata makin ligat membiak. Mata makin sepet. Ahhh tiada masa lagi untuk aku menggunakan lens untuk ke kelas. Kini hanya berbekalkan kaca mata bingkai hitam, dalam masa yang sama supaya dapat menutup sedikit kenduran supaya kelihatan samar. Kelakarnya.
Tiba-tiba aku teringat. Tentang tajuk entri aku untuk kali ini. Maaf untuk pembaca yang selalu setia. Terima kasih kerana masih menyokong pebulisan aku hingga kini. Maaf. Aku kini makin sibuk. Entah berapa banyak kerja yang diberi hingga aku sendiri tak pasti. Mungkin tak tekira. Mungkin inilah yang dikatakan student life. Masa untuk bercerita. Masa untuk meluahkan rasa makin terkubur dan dipendam dalam diam. Kasihan pada diri sendiri. Tersiksa. Bercerita tentang pelajaran, Alhamdulillah. Semuanya masih rapi. Supaya saya bleh skor untuk FINAL EXAM yang tinggal tak lama sahaja lagi. Doa kalian yang aku harapkan. Insya ALLAH. I wish I will.
Ada orang cakap "Dalam banyak2 Politeknik yang ada, aku perasan Politeknik kau famous kan?" "Ha'a bila masa pulak aku tubuhkan Politeknik kan?"
Majlis Pelancaran IM4U di Politeknik Sultan Idris Shah baru baru ini... meriah gila bak hang, ramainya tetamu yang datang termasuk orang orang kampung, OKU, Pensyarah dan juga pelajar pelajar dari setiap Politeknik yang lain sejurus menceriakan lagi suasana perkarangan PSIS. *Eceh, skema nya ayat* Mungkin hari ini yang ditunggu tunggu oleh semua orang dekat sini. Mana taknya kalau Perdana Menteri Malaysia dan beberapa artis jemputan seperti AC Mizal, Adira, Akim dan ramai lagi datang bagi memeriahkan program. Haha ayat skema bbalik. Fuyyooooooooo... Siapa tak suka hiburan kan? Tapi aku tengok dari jauh je. Tak ada pun sampai dapat salam PM masa tu. Dapat tahu kawan kawan aku shake hand dengan PM sampai menggeletaq habeh. Weh hang pasaipaa doo? Hahaha.
Cantiknya Diana Amir malam itu.......... macam kami. Ehem. Pewasannyeww.
Rasanya terang lagi kami dari cahaya lampu yang ada. Seronok sangat program malam ni. Oh btw, ni roommate saya. Haa cun kan kitorang. Haa saya tahu dah.
Bukan setakat itu. Program yang berlangsung di PSIS, banyaknya hingga kadang tak terkira. Alhamdulillah. Saya masih dapat merasa program yang di anjurkan. Tahniah untuk AJK yang bertukus lumus menyiapkan kertas kerja untuk melancar program yang bermacam macam. Saya masih ingat program "Jangan ditanya kenapa... Bersama Sham Kamikaze" K lepastu saya tak ingat dah tajuk program yang lain. Hambar. Tapi memang seronoklah sebab kebanyakan program yang ada semuanya ada artis. Fuyyoohhhhhh... Saya suka hiburan.
Ingat senang nak jadi promoter dekat depan. Bagi tester. Jerit pekik dekat depan tu ingat senang? Haha and well done.
Saya dapat bergambar dengan Zayn Malek. Then dengan pelakon Sinetron. Then blablabla. Hehehe Sila cemburu. K tu je nak cakap.
Lihatlah dunia. Betapa lakunya jualan kami. Hahahahahaa.
And last, aku dah tak tahu nak cerita apa. Cuma ni ada video lah nak share. Tapi ni video sem lepas. Haaaa rindunya masa 1st sem. Rasa nak menangis. K tipu je.
Sesungguhnya tahap kemalasan sudah sampai tahap maksima semenjak dua menjak dan bermenjak menjak ini. Apa yang aku fikirkan sebenarnya aku pun tak tahu. So, setakat ni cuma ini je yang boleh aku share dekat sini. Mungkin aku akan edit balik entri ni supaya cerita dia nampak lengkap sikit. Maafkan aku sekali lagi. Aku tak punya masa untuk bercerita lagi. Sebabnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa aku sudah ada blog baru. Haha. Kbai.
7 comments:
nice entry...go PSIS..!! :D
Apa jd kt kau ngn syazriz¿
Saya dengan Syazriz? Kitorang okay ;-) sibuk sikit sebab busy study.
datang follow sini baca entry sekali , atototo comelnye :)
seronok kan duk psis...dh lmer xjejak sner lps konvo 2009....
seronok kan ddk kat psis...dh lmer xjejak kat sner lps konvo 2009
wah wah..seems happy ! :D
Post a Comment