Tika ini...

Petang begitu terang. Seterang matahari pagi. Suasana kelas dalam makmal kesetiausahaan yang tadinya begitu  rancak  menjadi sepi. Sepi sesepinya. Mana tidaknya jika tubuh seorang  wanita kecil molek dan cantik sudah ada di hadapan kelas. Lebih tepat lagi dia sudah ada di hadapan dua biji mata kami. Seorang pensyarah. Puan Mariati namanya. Pensyarah kami.


Tika ini aku cuma dapat menggabarkan bahawa aku sangat selesa berada dalam makmal. Tanpa penghawa dingin yang selalu membekukan tangan aku. Kini tidak. Aku dapat menaip da membuat sesuatu kerja dengan tengan dan dalam keadaan yang paling santai sekali. Gembiranya cuma aku yang tahu. Sebabnya aku memang jenis yang tidak sukakan penghawa dingin. Ohya, aku suka betul gambar dekat atas tu. Cantik. K sila puji sekarang. Hik.

Fuuhhh Fuhhh *tiup habuk* akhirnya aku dapat update blog aku yang makin kusam lagi berhabuk ni. K suka tak? Suka tak? Hee aku patut minta maaf dekat blog aku. Ehhh? Macam tak perlu je sebenarnya. Tapi tak pelah. "Demi belog yang ku sayamm tangat tangat ni, maafkan itew eh sebab terabaikan awak. Takpe nati itew selalu update k.. Memuuaahh" Aku cuma dapat curi masa on9 dekat makmal kesetiausahaan ni sebenarnya. Kalau tak jangan harap blog ni aku sentuh untuk menaip. Hmm. Bukan sebab aku malas, tapi..... line wifi asrama yang lembab selembab kain sutera. K tetibe.

Sebenarnya banyak sangat benda aku nak share dengan semua. Banyak sangat benda yang makin menjadi jadi datang dalam hidup aku tanpa aku jangka. Aku sendiri tak faham sebenarnya salah aku apa. Dan mengapa dugaan yang sebegini berat terus menerus datang menerkam jiwa. Aku tahu aku lemah. Aku tak kuat. Aku penat. Aku menangis. Siapa tahu? Subhanallah. Aku hadapi seorang diri. Ulang. SEORANG DIRI.


Tapi tak. Sebenarnya aku masih ada kawan. Kawan baik. Roommates. Pendengar setia. Penolong setia. Sentiasa ada tika susah senang. Mungkin tak ada yang kenal dia bagaimana. Tapi aku kenal. Dia juga kenal aku siapa, bagaimana dan sentiasa ringan tulang untuk membantu. Ya ALLAH, bersyukurnya mempunyai teman seperti dia, Intan. Terima Kasih Sahabat.

2 comments:

nick dot anis said...

rindunya nak kembali zaman blaja dl..best sgt..blaja rajin2 ye dik:-)

Nur Shahira MY said...

ody follow . alahaii cantiknyaa kamu ^^ hihi