Hi, Assalamualaikum.. Jeng jeng jeng.. Hello, I'm back! *lambai lambai tangan* Eh, suka tak suka tak? Rindu tak rindu tak? Rasanya sudah lama jari saya tidak menaip dalam ruangan post entri ini. Bukan kerana saya terlalu sibuk belajar. Bukan juga kerana malas menaip. Tapi menyampah dengan line wifi yang disediakan. Selalu sangat over limited acces. Apa guna ada line kalau lembab mengalahkan kura kura. Tiada guna. Serupa tiada fungsi.
.
Walau apapun cabaran yang ada. Saya akan tetap teruskan menaip. Seorang Blogger perlu bijak mengatur waktu untuk meng-update entri betul? Kalau tidak, lebih baik kau delete sahaja blog. Tiada fungsi. Kasihan followers. Kasihan pembaca. Bagai menanti matahari biru menyinar bumi. Ada? K Nampak perlinya di situ? Maaf hanya bercanda.
Tujuan saya menaip entry tika ini hanya sekadar ingin berkongsi kisah saya masa raya baru baru ini. Seronok sangat dapat beraya bersama keluarga tercinta. Alhamdulillah saya masih dapat merasakan raya tahun ini. Sudah 18 tahun saya menyambut raya. Walau rasanya agak sudah jauh bezanya dari ketika waktu kanak kanak dulu. Suasana raya tetap dapat rasa. Walau hanya secalit kuman
Seperti orang lain, setiap kali raya pasti ada temanya masing masing. Sama juga seperti saya dan keluarga. Temanya kuning. Ohhh kalini mood berangan untuk berkahwin dengan anak raja makin membuak buak dalam hati. Hak hak hak. Ini bukan rekaan. Tapi ini fakta. Kalau ada jodoh dengan anak raja apa salahnya kan. Amin…
Itu saya. Yang kiri paling comel sekali . Bersama adik perempuan yang satu satunya yang saya ada dan sayang. Dua lagi pasti sepupu. Dari kecil sehingga besar seperti ini masih bersama. Alhamdulillah. Ikatan persaudaraan masih terjalin dan kuat. Saya tak berkasut sebelah *malu tutup muka*
Selamat Hari Raya. Selamat Hari Bersuka ria. Selamat Membaca
Tiada apa lagi yang perlu di ungkapkan. Saya mempuanyai sebuah keluarga yang sangat bahagia. Berada di antara orang yang sudah membimbing saya dari tidak tahu apa apa sehingga saya yang sekarang. Alhamdulillah. Syukur Ya ALLAH...
Ini saya. Ini baju raya saya. Tahun ini warna kuning temanya. Padan sangat dengan jiwa sendiri. Peminat tegar warna cahaya bulan ini
Satu - satunya adik perempuan saya. Aimie Dalia Izzaty namanya. Masih single. Forever single. Hakhak
Sebelum saya akhiri entri ini. Saya ingin memohon maaf. Berjuta ampun. Sekiranya sepanjang saya mengenali anda dan sepanjang ada yang mengenali saya. Mengikuti perkembangan saya di Facebook, twitter mahupun di blog ini sendiri. Jika pernah saya terluka kan hati, terkasar bahasa, terjeling tajam, dan segalanya yang sengaja mahupun tidak sehingga telah menimbulkan rasa ketidakpuasan hati siapa siapa. Saya harap, saya di maafkan. Khilaf sendiri. Ampun. InsyaALLAH, jika masih diberi kesempatan hidup, saya akan terus menyambung menaip entri. K Assalamualaikum, salam rindu. Muaahhxxx.
12 comments:
CANTIKNYA!!!!!!!!!! <3 Eh.
p/s; Masuk majalah Yezz eh? hhee
@Faqihah Husni : Pernah masuk majalah tu masa tengah tahun hari tu. :-)
lawanyer...pic family tu pakai ape kat tudung tu come giler....
jemput singgahbog sy yer http://myaleo.blogspot.com/2012/08/majlis-pernikahan-mya-leo-video.html
cantik :))
http://dapurcikwan.blogspot.com/2012/09/celcom-cupcake-challenge.html
tolong undi Cikwan ye..
edit je lebih . malu ke nak tunjuk background rumah ?
ske bce blog akak
comel baju raya..hikhok..:)
canteknye :D
dah last update entri raya..samalah kita..hehehe
lama tak singgah... :)
huhu , comel je aimie dayana :)
selamat hari raya . ehh XD
alamak..dah jatuh hati pulak tgok aimie ni..hye aimie..lama x follow perkembangan aimie kan.:)
Post a Comment