Bila aku tiada nanti...

Sunday is the day. Saturday aku akan gerak pergi. Ntah aku kuat atau tidak.
Aku harus juga kuatkan mental dan fizikal ini. Semoga perjalanan aku ke sana nanti selamat. Dan aku tak sabar nak usha pakwe baru dekat sana. Okay itu tipu. Aku setia. Hehehehhhh InsyaALLAH.

Beberapa buah bagasi telah aku letakkan rapi di luar pintu bilik. Semua barang yang disenaraikan mama telah aku kemaskan dan susun rapi. Hanya tinggal di bawa pergi. Aku melihat jam. Jarum terus bergerak tanpa menunggu. Hanya lagi beberapa jam sahaja aku akan akan pergi. Hati mula rasa sayu. Aku tekad switch on lappy. Aku menaip entri ini. Terimalah. Bacalah.

Jam menunjukkan 10.25 PM. Aku masih tidak dapat lelapkan mata. Patutnya aku harus tidur awal. Rehat. Tak bisa. Aku lihat tingkap di atas syiling. Awan begitu pekat. Hitam sekali. "Dah nak hujan agaknya..." Aku bermonolog dalaman. Terasa begitu sejuk. Rasa jantung seperti ditusuk angin. Ahhhh peritnya *urut dada* Ntah kenapa. Sebenarnya aku sebak. Tapi aku tahankan. Sehari suntuk aku hanya berdiam. Melihat ragam ahli keluarga. Sekejap sekejap aku masuk bilik. Duduk di tepi birai katil  memandang suasana bilik yang indah di cat pink itu sambil membuka lagu sekuatnya, aku tahu aku akan menangis jadi aku tidak mahu tangisan ku kedengaran.  Volume lagu aku kuatkan. Hati menjadi makin sebak bila lagu Air Mata Syawal nyanyian Dato' Siti Nurhaliza dimainkan. *Lagu raya perlu ada dalam gallery okay. Baru ada feel. Kdiam* Puasa kali ini harus aku lalui seorang diri. Terasa ingin menangis sepuasnya. Ya ALLAH...

Ingin aku ceritakan di sini. Aku sudah pun membeli baju raya. Bukan kerana terlalu exited. Ini kerana selalunya tiap kali nak raya kami sekeluarga akan keluar bersama semasa bulan puasa. Tapi kali ini. Aku akan puasa sendiri. Tanpa sesiapa. Tiada masa untuk keluar membeli belah bersama mereka. Keluarga tercinta. Pilunya hati aku tika ini cuma kau yang rasa. Bila aku tiada nanti. Aku tahu kalian pasti merindui aku bagaimana aku merindui kalian. Bila aku tiada nanti tiada siapa yang nak basuhkan berak adik. Walaupun aku memang jarang basuhkan pun. Bila aku tiada nanti. Tiada siapa lagi nak buatkan air untuk papa. Bila aku tiada nanti tiada siapa nak ironkan baju uniform mama. Bila aku tiada nanti kau dah tak boleh nak pinjam baju and pashmina aku lagi. Bila aku tiada nanti pasti semua akan merindui aku. Usah nafikan perasaan kalian. Aku tahu itu bakal dan pasti terjadi.

Sebelum aku tinggalkan kalian. Sebelum aku tinggalkan blog ini dan dua lagi laman sosial facebook dan twitter yang amat aku sayang. Ingin di sini aku pinta seribu kemaafan kepada yang mengenali diri ini secara sengaja atau tidak sengaja. Maaf jika aku ada terkasar bahasa. Terlukakan hati sesiapa. Ketidaksopanan tingkah laku. Pokonya semuanya dong. Maafin aku ya. Aku tahu. Ada yang suka ada juga yang tidak suka. Terpulang pada kalian. Aku juga manusia biasa. Harapan semoga masih ada yang ingin menyokong aku dari belakang walaupun hanya dengan setangkai doa. Alhamdulillah.

Jika rindukan aku. Mohon rindu itu hanya ala kadar. Tidak perlu rindu yang melampau. Takut nanti aku tidak sedap hati di sana. Doakan kejayaan aku. Itu sudah cukup buatku di sana. Salam sayang dengan penuh air mata.

19 comments:

Mrs. Solarstreak said...

Jaga diri aimie..
Semoga Allah sentiasa lindungi kamu. :)

Ikmal said...

Assalam, semoga selamat di sana... biasala inilah dinamakan pengorbanan... air mata perpisahan tu pasti akan jatuh juga walau cuba di tahan...kuatkan hati tabahkan diri >.<

faqihahhusni said...

Amboi. cepatnya beli baju raya:P

Hanaeyo said...

Selamat jalan kak Aimie :) kami semua sentiasa merindui

Hanaeyo said...

Selamat jalan kak Aimie

fyka shafie said...

jaga diri aimie. aimie sambung belajar ea? belajar mana?

Aida Jelita said...

be strong GIRL!! ingat Allah selalu

Deela said...

take care :))

Aimacomel said...

take care, jgn nakal2 okey.. may Allah bless U

ADEEYA said...

Nak kemana ni huhuhu

Unknown said...

nak pegi mana?

Nina Athirah said...

sabar ye kak aimie.untuk mendptkan kejayaan kita perlukan pengorbanan. smile ok :)

Aimie Diyanna said...

Terima Kasih rakan Blogger :-) Saya akan update satu lagi entry bila dah sampai sana nanti. Saya akan beritahu di mana saya belajar.

ucupiza said...

Aimie be strong ok..aimie janganlah sedih-sedih macamnie,aimie take care,nanti jangan lupa update ye..

Siti Sakura said...

nice entry..i like this blog so cute,keep it up! :)
jom mlawat blog sy jgk msih bru lg ni.hehe
anyway thanks!
^_^

laskar pelangi said...

Jaga diri:)

Mimieesyeerro said...

jaga diri sana. bljr betul2 . jgn nakal2 taw. syg aimi . awwww~~

NadyaBubble said...

Take care. Sedih.

che mija said...

take care, kite pun pose sorg2 taun ni:{