Rinduku pada waktu itu

Masa berlalu. Pantasnya tanpa sedar. Mungkin masih awal untuk aku lelapkan mata. Mungkin aku sudah biasa tidur lewat seperti ini. Jadi bila jam 4pagi dan aku masih lagi segar, itu bukan perkara yang mustahil. Aku masih segar. Aku membuka folder "sahabat" pada BlackBerry kesayanganku. Ohh aku rindu. Rindu pertemuan pertama dan mungkin yang terakhir itu.


Nabil, Selamat Hari Lahir. Semoga persahabatan kita akan kekal selamanya :-)

11 june, tarikh keramat bagi seorang insan yang bernama Nabil Jazli. Hanya nama itu yang aku tahu. Pertemuan pertama di Berjaya Times quare, Kuala Lumpur pada 3 April lalu tidak terputus hingga sekarang. Senang berkawan dengannya. Seorang yang kacak. Baik juga. "Selamat Hari Lahir. Semoga hari hari yang mendatang ini akan penuh ceria dan saya harap awak berjaya gapai cita cita awak. Eh sedapnya suara saya nyanyi lagu Birthday? Saya berlatih dari pagi sampai malam tau nak menyanyi. Hahaha Kdiam."


Ramai betul yang lahir pada bulan jun ini. Masih aku ingat tarikh lahir teman sejagat, Fatihah, Amirul Alif, Aisyah, Wawa dan ahh ramainya. Ketahuilah bahawa saya sungguh tidak sabar untuk menjadi orang terakhir memberikan ucapan dan nyanyian. Tak lupa, seorang Jurutera yang merangkap sebagai suami kepada mama, Papa. 21 june ini. Tak sabar aku untuk menghadiahkan ciuman kepadanya :')

*sambil meneguk coffee Kacip Fatimah* aku teringatkan seseorang. Ntah kenapa dia hadir dalam benakku secara tiba tiba. Adakah ini rindu? "Ahhh jangan kau berani untuk rindu dia Aimie!!" Sepantas kilat hatiku berkata begitu. Bemonolog sendiri. Tapi ini benar. Aku masih belum bisa melupakan dia. Aku stalk semuanya tentang dia. Dan aku pasti aku akan jumpa sesuatu yang aku tak mahu tahu. Dan akhirnya aku akur dengan tindakan sendiri yang mencari sakit hati tanpa disuruh. Kerja gila. Patah seribu dibuatnya. Hati seperti menangis. Tapi fikiran masih mahu tahu semua tentang dia. Dan ini betul betul kerja gila. Aku bertindak menggunakan otak, bukannya hati.


Bila bicara soal hati. Pasti sahaja ada yang mahu tahu. Biasalah manusia. Perasaan ingin tahu sangat kuat. Sama juga seperti aku. Tapi ingin aku katakan di sini. Pintu hati aku benar benar tidak terbuka untuk ada perasaan yang lebih atau apa pada seseorang. Aku penat menjaga hati orang yang langsung tidak punya masa untuk menjaga hati aku. Sekarang aku hanya perlu bangkit. Kuatkan semangat. Melangkah dengan yakin berserta senyuman yang mekar walau sebenarnya fake semata.


Dan sebelum aku mula mengakhiri entri ini. Hanya gambar kenangan ini buat tatapan dan kenangan. Sayangilah persahabatan anda walaupun ia hanya sebentar cuma. Ukhwah Fillah yang terjalin itulah sebenarnya yang boleh mendewasakan kita dengan pengalaman. #Eh?


Nabil -> Dayah -> Aku -> Difah -> Adam. Kami batch 94 yang paling comel di alam semesta
Ye saya sangat tinggi. Saya kan model. Hahahahhh ok ini baru perasaaaaaaann namanya.

Ini pertemuan pertama kami. Dan kami boleh ngam. Jangan jealous.

Difah, awak cantik. Nice to meet you. Dayah, kalau diikutkan dah hampir 7tahun kita kenal. Tapi time ni kita 1st time shopping sama sama. I love you.

Dialog yang tiada kena mengena. Hanya hiasan semata. Hahahah muka aku paling buruk. And thanks a lot dayah and nabil sebab belanja makan haritu. Alhamdulillah.

Saya rasa seperti makhluk ganjil disitu. Ketinggian yang melampau. Damn

Mungkin pembaca blog saya kini mula merasa bosan dengan apa yang saya cuba sampaikan. Sekarang saya bertekad untuk menjadikan blog ini sebahagian dari diari kehidupan saya. Segala apa yang saya rasa. Suka, duka, tawa, sedih akan saya luahkan dan cerita di sini. Jika ada yang masih mahu meneruskan membaca. Hanya ucapan ribuan terima kasih saya ucapkan. Saya hanya insan biasa. Blogger picisan pulak tu. Jika tidak suka. Mohon anda pergi jauh dari mengetahui apa apa tentang saya. Terima kasih.


Salam mesra alam dari :
Aimie Diyanna Binti Mohd Rosli

5 comments:

Mimieesyeerro said...

wah, hepy bufday nabil . awak hencem . hewhew :P be strong aa aimi sygs. jangan ingad2 dy lagy. jangan cari sakit di hati . mungkin rindu itu biasa . eh eh, readers kat sini ta pena bosan tau . sentiasa support aimi dari belakang . :)

Jay said...

Setiap manusia ada perasaan suka mahupun duka..Semuanya adalah ketentuan Allah swt.Setiap perjalanan hidup kita di atas muka buminya ini telah tertulis di loh mahfuznya.Insyaallah aimie kegembiraan dan kebahgiaan akan bersamamu suatu hari kelak.Jagalah hatimu dgn sebaik mungkin.andai hati itu masih terluka,ubatlah dgn zikir munajat kepada Allah swt,perbanyakkan amal ibadat insyaallah ketenangan hidup pasti akan dirasai dirimu..Jay sentiasa mendoakan dirimu..Amiin yaa rabb..

DAYG ♥ said...

Hee Sudah pasti. Tudung kuning tu comel sangat :)

Miss Iza said...

Comelnye tudung kuning tu.. hehehe :)

Nadiaafarhanaa said...

comel awak :)