Aku pasang lagu. Tibatiba. Aku suka lagu ni. Aku teringat dekat kau. Aku tahu kau takkan faham kenapa dan mengapa aku boleh rindu dekat kau. Benda remeh. (taknak dengar lagu, pause cepat!)
Kau ego gila. Betul tak? Mungkin aku salah tafsir diri kau. Aku minta maaf. Tapi aku bagitahu apa yang aku rasa.
Dulu kita rapat. Aku ingat lagi macam mana mulanya perkenalan kita. Masanya ketika kita sama sama terpilih untuk wakil sekolah dalam pertandingan melukis. Kita ada bakat yang sama. Hati aku kata kita ada link. Eceh! Sebab aku fikir kita sama. Kau dari kelas sains dan tukar aliran sastera sebab minat seni. Sama dengan aku. Banyak samanya. Tapi aku tak fikir lebih. Jangan perasan.
Hubungan kita berterusan walaupun pertandingan tu dah berakhir. Kau kalah,tapi tak nak mengaku. Aku pun sama. Kfine. Kita mula chatt dekat Fb semua. Dan kau mula berani cerita tentang masalah kau dengan makwe kau dulu. Kau tanya pendapat aku tentang hubungan kau itu dan ini. Kau mengadu. Walau hakikatnya aku tak dapat nak tolong sebab aku tak pernah bercinta. Tapi aku berusaha nak tolong kau. Kenapa? Aku tak pasti.
Hubungan kawan kita berterusan lagi, sampai kau habis SPM. Itulah yang terakhir. Sebelum SPM, kau mintak aku doakan kau. Aku doakan semua, bukan kau sorang. Kau minta aku pinjamkan kau buku buku rujukan aku dan buku text. Aku bagi. Lepas kau dah selesai semua Ujian kau. Kau macam lupa aku. Kau terlalu sibuk Fizi.
Kau bakal cikgu. Stylo gila. Lepasni gerenti anak murid semua tak belajar, tapi angau kat kau. haha
Ramai orang kata kau macam Nubhan then Aku pulak macam Yuna. Eceh! Suka hati je.
Mungkin dalam entry ni aku tak cerita kebaikan kau selama kita kenal. Aku minta maaf lagi sekali.Ohya, aku jugak curi gambar kau. Berdosa nya aku. Maafkan aku bila kau dah baca nanti.
Mungkin dalam entry ni aku tak cerita kebaikan kau selama kita kenal. Aku minta maaf lagi sekali.Ohya, aku jugak curi gambar kau. Berdosa nya aku. Maafkan aku bila kau dah baca nanti.
Selepas result SPM kau keluar. Aku tunggu berita gembira dari kau. Walau aku tau, kau dapat 6A3B. Aku bangga sangat untuk kau. Kau dah bakar semangat aku. Kau buat Aku nak lebih dari kau. Tapi kau lansung tak text aku, message aku, call aku semua. Sampai aku memaksa diri aku untuk mulakan text malam tu walaupun aku tahu aku akan menjadi macam perigi cari timba. Tapi aku tak kisah. Kenapa? Ntah. Aku tak pasti lagi. Lepastu kau terus hilang dan hilang dan hilang..
Semenjak tu kau dah jarang text aku. Kalau tak handphone sony ericsson aku mesti ada je message dari kau, misscal semualah. Aku terasa. Bukan apa, aku cuma rasa kehilangan. Kenapa mesti? Ahhh tolong, aku tak tahu !
Aku sibuk nak study lah, SPM tak lama lagi dah kau tahu? Aku penat nak belajar bila teringat dekat kau. Bila masuk kelas seni, mesti aku ingat kau. Kenapa hah! Kau bomohkan aku ke? Aku taknak perasaan apa apa please!
Kau memang buat aku sakit hati dekat kau. Kau sengaja kan?
Kau pun dah rapat balik dengan makwe lama kau. Aku tahu, walaupun dia pernah remove kau dan aku dari List Friend Fb dia dulu. Maaf, aku tak cemburu. Aku gembira sangat hubungan korang dah ok. Tapi... ntah!
Kau jangan risau sebab aku takkan lupakan kau. Betul aku sedih. Betul aku rindu kau. Aku rindu kau kata aku lawaa.. hihi stop! Pernah ke? Ohya kau hensome dalam gambar kat atas tu. Dah dah dah. Aku tahu mesti nanti ada mulut yang kata kata pasal aku sebab buat entry pasal kau Fizi. Kau kan ramai peminat dekat sekolah tu.
Blog aku ni pulak ramai budak sekolah yang jadi stalker. Ingat aku tak tahu leteww? Menyampah aku . Sekian, Assalamualaikum.
Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa melalui Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. sumber dari mediaserius.com
Blog aku ni pulak ramai budak sekolah yang jadi stalker. Ingat aku tak tahu leteww? Menyampah aku . Sekian, Assalamualaikum.
36 comments:
kene nasi kang3 ke nasi briyani ni
hehe
nasi lemak la awak :)
alaaa comelnya entry ni!! :D eh tapi macam marah pun ada kt budak laki tu. sayang ke marah ni aimi ??
Aimie , banyak-2 kan bersabar ea . susah nak cari kawan yang sombonk camnie . die sangat sesuai dengan pepatah "habis madu sepah dibuang" . wohoooo. maaf ea piji . walaupown ko kawan aku . ak tak boley terima ape ko dah buat kat bestie aku aimie :))
Kakak Namee : hehe :) kalau perasaan tu dua dua boleh? hii
CikSue : Thanks sesangat sayang :)
lelaki .... biasee lahhh kan ? saba ye yuna .eh tershashul :p saba yehh cik aimie comey :p wekk ! larikk
hihii :) tapi saya tak salahkan dia apa apa. Mungkin dia memang busy. hihi kami kawan je.
kak aimii ~ sabar ea .. btw sweet la akak ni .. mngkin betul kot yang die buzy .. (or buzy dengan lain :P) tp akak jangan risau, best friend forever right ? satu hari nanti die akan sedar betapa pentingnya akak dalam hidup die, even just kawan .. gud luck ! =)
Puteri : Thanks a lot sayang :)akak rindu owhh kat dia. tapi akak cuba tunggu dia. akak nak jumpa dia yang dulu balik. hik3
saya pernah rasa mcm ni , tp akk kire bruntung sbb dpt brjmpe , sye lg truk kot , smile always , one day , he will find you sys :)
Diana: I hope so dear
Amboii ;) sweeeeet ! Haha :)
Fitrah : hahahaha sweet macam gula2 kan..
Aimie, u dah jatuh hati dengan dia kot..
mmmmmmmmmm.... mie. kau sweet sangat dalam entry ni. Aku taknak apa2 selain tengok kau happy with life kau. :) chill jelah kan? hehe
Friday : Mmmmmmmmmmmm aku tak pasti. Omeyyyyyggottt
alaaa sweet jek entry. tkpa beb. ada jodoh tak ke mna kannn. jgn kecewa yek
Xanders.co : Hik2 thanks a lot awak :)
alah dear.. i can understand your feeling.. but, Allah perancang terbaik.. He knows the better for you :)
harap tabah ye dear .
Amirah Adnan : Thanks Akak Mirah. Insyaallah. Saya Cuba Untuk Mengerti.
6A 3B tu dah banyak tu oi... hehhee
sori tau aimie, lepas raya macam hilang ingatan jap. Lupe semua blog2 femes macam blog aimie ni... sekarang dah ingat dah.
Chempaka Sari : Aloloolo.. banyak kan.. Tapi itu result dia :) bukan saya.
Sedih saya tahu. Saya pun salah, baca je bLog Kakak saya ni, tapi tak komen2.. hehe. Sekarang saya dah kena mula komen2 balik ah kan. hihi
hehe..comel je entry nih.
aimi..muka fizi memg mcm nubhan ckit..hehe.comel.. :)
Norlida Ramli : Hihii menulis terikut perasaan camni ah :)
Solehah : Awak kenal Dia ye :) hihi betul.
comel nye entry ni..dh la baca entry ni sambil dgr lagu jiwang..feeling habis....hehehe..nice entry...
hi..hope bleh follow blog sye..still baru =D
http://amemorytoberemembered.blogspot.com/
Athira : Hihii.. kadang2 saya pun tak perasan yang saya ni jiwang rupanya :)
Jia : Sure try :)
xpe luahkan je kat blog ni..chill la :) berani tu ..hehe
Biqa : Hahaha malu pulak saya :)
walau perigi cari timba...tp kalu dh rindu x tertahan nk buat mcm mana kan.. =)
Post a Comment