Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

Kau benci???

Assalamualaikum. Aku dah macam aku ni ahli nujum bila dapat baca dan serap sesuatu dalam diri seseorang. Ahhhh itu kebolehan yang aku ada. Memang aku tak mahu dan tak akan nafikannya.  Lately ni banyak dugaan mencabar saya sejak kenal dengan kawan2 baru. Diorang tengok saya ni macam jahat sangat orangnya. Hmmmm... Kau benci aku. Aku dapat rasa itu. Dari cara semuanya. Cara kau pandang, cara kau berkata kata. Kau benci, kau sakit hati. Aku sampai kadang kadang tak faham salah aku apa. Tapi aku diam. Aku tak pernah berbalas. Kadang kadang fake tu ada bila aku terpaksa berlakon okay walaupun sebenarnya tidak. Tapi kau masih benci aku. Aku tak tahu kenapa kau macam tu. Aku masih hormat kau. Masih. Walau ada orang kata , aku cemburu dengan apa yang kau punya. Tak boleh lihat kau lebih dari aku. Ahh cemburu itu muncul untuk apa? Jelaskan pada aku. Memang aku tak punya apa apa yang lebih dari kau. Tapi perlu apa aku cemburu untuk benda yang aku anggap bodoh. Aku cuma mohon bahawa...

Tika ini...

Petang begitu terang. Seterang matahari pagi. Suasana kelas dalam makmal kesetiausahaan yang tadinya begitu  rancak  menjadi sepi. Sepi sesepinya. Mana tidaknya jika tubuh seorang  wanita kecil molek dan cantik sudah ada di hadapan kelas. Lebih tepat lagi dia sudah ada di hadapan dua biji mata kami. Seorang pensyarah. Puan Mariati namanya. Pensyarah kami. Tika ini aku cuma dapat menggabarkan bahawa aku sangat selesa berada dalam makmal. Tanpa penghawa dingin yang selalu membekukan tangan aku. Kini tidak. Aku dapat menaip da membuat sesuatu kerja dengan tengan dan dalam keadaan yang paling santai sekali. Gembiranya cuma aku yang tahu. Sebabnya aku memang jenis yang tidak sukakan penghawa dingin. Ohya, aku suka betul gambar dekat atas tu. Cantik. K sila puji sekarang. Hik. Fuuhhh Fuhhh *tiup habuk* akhirnya aku dapat update blog aku yang makin kusam lagi berhabuk ni. K suka tak? Suka tak? Hee aku patut minta maaf dekat blog aku. Ehhh? Macam tak perlu je se...

Something to say ...

Cubaan untuk aku tidur kali ini gagal. Walaupun penat sehari aku beriadah. Berjoging satu PSIS. Aku masih lagi mampu berjaga hingga saat ini. Apa yang aku fikirkan sebenarnya pun aku tak tahu. Mata masih segar. Memang senang untuk aku dapatkan kenduran di bawah mata kali ini. 1.00 am - Masih berjaga. Masih leka bermain facebook dan twitter. 2.30 am - Maggi peneman di kala pagi yang sepi. Dingin. Seorang diri 3.00 am - Tidak juga dapat lelapkan mata walaupun sudah kenyang dengan 2bungkus maggi. 4.20 am - Datang mood aku untuk menaip entri yang baru. That something to say ... *********************************************************************************************************** Kadang kadang hebat kata manusia. Berkata itu dan ini seolah olah mereka tidak punya perasaan atau hati. Mampu mengatakan sesuatu yang bisa memberikan penangan rasa terhadap seseorang. Hanya memandang manusia dari luaran. Bukan dari hati. Ahhhh memang hebat permainan syaita...

Awak... Take noted please...

Assalamualaikum Awak, Satu hari saya tak tidur. Saya tak sempat nak tidur. Dan saya tak dapat tidur. Kerana memikirkan awak. Memikirkan kita . Awak, Saya bukan jenis yang sanggup diperbodohkan demi cinta. Bukan jenis yang senang menjaja cinta. Bukan mudah untuk saya jatuh cinta. Suka dan sayang orang sesuka hati saya. Awak, Saya tak boleh tengok awak dengan perempuan lain. Apa lagi bila saya tahu awak berbaik mesra dengan perempuan lain. Hati saya sakit. Hati saya cepat terluka. Hati saya sensitif. Teramat sensitif. Awak, Saya tak mahu menangis sebab awak. Saya tak mahu air mata saya jatuh sebab awak. Bukan tak sudi. Tapi saya kesiankan hati saya. Terluka. Kerana awak. Saya tak sanggup lagi. Awak, Tahu tak kalau kita sedih, kecewa semua disebabkan seseorang yang kita sayang tu rasa dia sakit sangat sangat. Perit. Awak, Bila datangnya ego saya. Sifat keras hati saya. Kadang kadang saya memang nak menang je dan taknak ...