*senyum sampai ke telinga tidak bermaksud dia gembira. Malah di sebalik wajah gembira itu tersimpan rasa luka. Hanya Tuhan yang tahu* Assalamualaikum Mama, Papa, Tok dan semua yang membaca. Terima kasih kerana masih sudi untuk datang ke sini. Maaf jika saya tidak dapat membalas chatbox, email, tweet, message di facebook dan sekaliannya. Minggu pertama orentasi memang busy. Boleh pengsan jika mental dan fizikal lemah. Tapi saya kuat. InsyaALLAH. Berkat doa semua. Alhamdulillah. Syukur. Rasa teruja memulakan hidup sebagai student dan merasai kehidupan kampus. Kini saya juga dapat merasai pengalaman pertama tinggal di asrama yang mana saya tidak pernah merasakannya. Ingat lagi dua hari sebelum ke sini. Sampai terlebih muatan bonet kereta mama dengan barang2 yang macam nak berpindah selamanya. Dengan tilam, bantal busuknya lagi. Hikhikhik sampai tok dengan family Mak Uda pun tegur. Katanya tempat belajar tu tak miskin sampai saya perlu bawa tilam dan bantal ni semua. Namp...