Dak Teropong Studio - Memories

Apabila sampai sahaja di pintu hadapan studio. Aku terus menarik tangan Kak Nis sambil memandang Kak Fatin yang masih lagi menaiki anak tangga. Tingginya studio ni. Berada di tingkat atas sekali. Penat.


"Kak Nis, takutlah... Eiii malu.. Dahla tak dijemput Tuan Studio" Kataku sambil memandang wajah Kak Hazanis dengan cuak.
"Ehh tak ada apalah, jom" Kak Hazanis terus mengetuk pintu studio seraya memberi salam.


Pintu dikuak perlahan dari dalam. Aku cemas. Dadaku berdegup entah kenapa. Mungkin aku malu. Mungkin aku takut. Mungkin aku.. Okay tak ada apa. Seorang lelaki bertubuh kurus, tinggi juga. Khairol namanya. Dia berdiri di hadapan pintu sambil tersenyum dan mempelawa kami masuk.


Tanpa menghiraukan sesiapa. Aku masuk dengan muka yang agak tak tahu malu. "Ahh aku peduli apa." Kataku didalam hati. Kami terus duduk di sofa bersebelahan pintu. Sebelum dipelawa lelaki tadi untuk tukar tempat yang lebih selesa. Aku hanya tersenyum. Masa itu aku pandang sekeliling. "Cantik juga studio ni. Boleh tahan kemas walaupun lelaki yang mengurusnya. Boleh tahanlah. Not bad." Aku masih bermonolog dalaman. Tiba tiba kelihatan seorang lagi lelaki. Ammar namanya. Aku tersedar namanya apabila Abnag Khairul berkali kali memanggilnya begitu. Pandangan ku mula berubah. Hanya tertumpu padanya. Sepertinya pernah berjumpa. Mungkin hanya rasa. Masa itu aku terus mencuri pandang. Tetapi masih pandai cover. Kalau tidak mesti ada yang ingat aku ni gatal. Pffthh.


Sebenarnya aku dan Kak Fatin hanya temankan Kak Hazanis photoshoot untuk KZNabihah Butik at Dak Teropong Studio dekat seksyen 15, Shah Alam tu. Aku tak ada photoshoot pun. Hanya Follow mereka. Kebetulan masa itu aku sangatlah tak sibuk. Sebab itu aku jadi segan mengada ntah kenapa. Malu tak dijeput agaknya.


Sementara menunggu Kak Nabihah pemilik Butik KZNabihah dan Kak Amy seorang MUA serta Kak Najjahtul atau Datin kawan baik Kak Fatin Liyana tu sampai. Kami bergambar. Kami bercerita. Lama juga tak bersembang bertiga seperti ini sehingga orang yang ditunggu sampai. Since dari itu, semua mula sibuk dengan photoshoot masing masing. Hanya tinggal aku dengan Kak Fatin. Hampir jadi PA juga kami masa itu kerana terpaksa menguruskan dua orang model. Kak Hazanis and Datin. Sebenarnya fun sangat. Even penat sebab lapar but still cool. Bukan senang nak jumpa and borak macam tu. Sekarang boleh abaikan statement *terpaksa* itu.


Sedang Kak Hazanis sedang sibuk beraksi dihadapan lensa camera. Aku tidak melepaskan peluang untuk bersembang dengan Datin and Kak Fatin, banyak cerita kami kongsikan. Masa itu sempat lagi kami berposing di hadapan cermin. Tiba tiba Abang Khairul memanggil aku dengan menarik tolak jari telunjuknya ke arah aku. Aku pelik. Cara dia yang agak menakutkan and weird tu membuatkan aku rasa begitu nervous. Teramat.

"Ehhh kau sini kejap" Abang Khairul memanggilku.
"Emmm kita ke? Ahhhh emmm kenapa?" Tanyaku sambil menaikkan kening bahagian kiri.
"Masuk studio jap, pergi pose. Tengok macam pandai je bergambar. Kemain eh" Balasnya.

Sempat lagi hatiku berkata "memanglah, see the leg please!" walaupun dalam keadaan gemuruh tapi berwajah sangat tenang aku cuba bangun dan pergi ke arahnya. Sekilas terlihat wajah Abang Ammar disebalik langsir hitam dengan DSLR memandang tepat ke arah ku. Kacak sekali. Bertambah gugup lagi jantung ku tika itu hanya Tuhan yang tahu. Yeeksss ntah pape. Abang Ammar, rakan sefotografi Abang Khairul agaknya. Fikirku di dalam hati. Even jantung macam nak gugur yang ntah kenapa sebabnya aku tetap gagahkan untuk test shoot. Random.

KLIK!! KLIKK!!! KLIK! Gambarku di ambil satu persatu. Aku hanya berlakon biasa. Konon tiada apa. Walhal. Hati ni macam dah nak gugur. Sekali lagi aku tak tahu kenapa.

Saya betul betul tak faham kenapa mata saya boleh jadi sepet begini. Kesan Flash luar biasa dari studio agaknya.


Saya tengok gambar ni mesti saya ketawa gila gila. Bagi saya sangat comel dan kelakar. Kata abang Ammar. "Macam rusa!". Sigh. Tolong jangan ketawa.




Saya rasa macam nak bagi pelempang sekali je dekat diri sendiri. Nampak macam "eh kenapa kau ayu sangat?" Okay itulah Abang Ammar. Ehem.


*Kak Amy, Kak Nabihah, Kak Najjahtul, Aku, Kak Hazanis, Kak Fatin* Mungkin ini kali pertama dan terakhir bersua. Mungkin juga kali pertama yang tiada pengakhirannya.

Keasyikan bersembang dan gelak tawa bersama mereka membuatkan kami lalai. Aku juga. Hari semakin gelap. Petang mula pergi dan datangnya malam. Malam semakin pekat. Kak Hazanis mula risau. Aku faham kenapa. Panggilan telefon yang tidak henti membuatkan kami segera bersiap pulang. Waktu itu sudah hampir 9 setengah malam. Lama juga. Hampir setengah hari di studio. Tidak terasa pantasnya masa berjalan. Kami pulang selepas makan di Sate Kajang, PKNS, Shah Alam. Sedapnya perut masa itu hanya kami yang tahu. Lapar yang tak terkata. Alhamdulillah. Selesai makan. Selesai juga urusan kami hari itu. Kenangan indah itu tak akan aku lupakan. Memories~

*********************************************************************************
Bila aku upload gambar di Facebook, mesti gembira tak terkata sebab perasan diri sendiri macam cantik ayu gila walaupun in reality  tak cantik mana pon. Walaupun tahu itu hanyalah gambar dusta semata, tapi bila orang puji aku tetap juga mengatakan alolooo terima kasih. #Facepalm

My special thanks goes to Mr Ammar cause snap me. And Big Mommy thanks to Mr Khairol, The BIG BOSS of DAK TEROPONG STUDIO, your studio is very berry the awesome.






Gile kentang gambar yang dia tangkap memang sure/confirm meletup nak mampos! Kalau korang nak merasa jadi supermodel ke apa ke, korang boleh call Mr Khairol ni. Harga dia ni sangatlah murah & berbaloi kalau nak dibandingkan dengan outcome dia yang superb tahap dewa dewi kayangan. Hahaha padahal aku taklah tahu sangat pasal harga2 and jadi promoter ni.

Rate: RM50/hour , Minimum RM100/2hour
Equipment: 400watt x 3unit ,  1000watt x 1 unit , Studio Blower Fans , Beauty Dish , Big Soft-Box x2

Kalau ada yang rasa berminat untuk berkerjasama dengan Big Boss yang kacak lagi bergaya ni. Silalah contact beliau. Jangan malu. Jangan takut dengan raut wajahnya. Kerana dia seorang yang gila-gila. Atau juga mungkin memang gila betul. Ok itu gurau. Hehehehhh ce bebaik sikit. Manalah tahu kot kot ada diskaun kan. Untuk gambar dan info lebih, sila ke Klik sini : DAK TEROPONG STUDIO. Terima Kasih.



Ini cerita dulu sebetulnya. Entah macam mana aku lupa nak publish. Biasalah. Bila umur semakin meningkat ni aku mula perasan yang aku semakin pelupa. Oh tidak. Aku cuma berharap ini bukan berita buruk untuk aku. Im still young. Hahahahhh sekali aku boleh tergelak ketika menaip.

17 comments:

laskar pelangi said...

ewahhhh! dah leh jadi model ni.cantik bergaya ;)

hazanis said...

hensem jugak eh dak teropong nie..hahahaha

*bongok si khairul...:P

Aimie Diyanna (I'Me Dianna) said...

@laskar pelangi : Hahahahahhh alahh, saya tak cukup perfect nak jadi model :p

Aimie Diyanna (I'Me Dianna) said...

@hazanis: Wah3, Abang Khairol tahu Kak Nis kata cannih, sure dia kembang kempis tahu tak :p

Mimieesyeerro said...

ehem ehem . dengan abang amar ke aimi ? hewhew . nice . gambar aimi yang peace peace tu sangad cantikk . sukee laa ^____^ . kak anis pn perghh . mmg comell :)

Aimie Diyanna (I'Me Dianna) said...

@Mimieesyeerro: Bergambar je dengan dia. Pergghhhh hahaha Mimie pun comel sangat <3

si gadis melayu said...

eh eh kita kenal la butik kznabihah ni.

Rara Nasiha said...

ewah ewahhh, cantik la you syg. cute je. :)

Jay said...

erk..dah lame tak buat photoshoot diri sendiri..ngeh2..agak2 nak buat kene pegi gym dulu lah..bagi tegang balik lapisan2 lemak yg mula meningkat..hahaha

roziahojijie said...

amboi . berjinak jinak dgn dunia model eh ? :)

NadyaBubble said...

Kak Aimie memang fotogenik ! Berbakat sungguh :D

Anonymous said...

amboi~~~ hehehehhe... cew teka sape ni?

HannaNabiella said...

cntek lahh..!huhu.. hye..fllow u..

HannaNabiella said...

cntek lahh..!huhu.. hye..fllow u..

chenurulhusna said...

slm..comelnya adik aimie...akk singgh dr blog bang ben...heheh follow sekali..pandai menaippp.....macam bace novel je rasa:psiap dengan lagu lagi...boleh feeling2~~:ppnanti sambung mane ti?:)

Anonymous said...

Dak Teropong said...

Ala akak... gmbar xcantik? statement tu akak xdpt khidmat free... pastu nk marah org... jgn la pengecut... xpuas hati ckp depan2 sy ni ha... kalo takat nk maki2 kt blog... mcm org bodoh jer... nk sabotaj ker? :)