Bukan kerana aku lupa, tapi kerana segalanya tersimpan rapi di ruang “draft” yang tak pernah benar-benar aku publish. Sejujurnya, menulis selepas berkahwin terasa begitu berbeza. Dulu, aku bebas meluah apa yang terpendam, menulis tanpa perlu menimbang rasa. Kini, setiap ayat perlu dijaga. ada hati, perasaan, dan maruah yang perlu aku lindungi. Kadang aku terfikir.. mungkin aku perlu menulis semula, tapi di tempat lain, dengan nama yang tiada siapa kenal. Atau mungkin, sekadar membuka akaun baru, dan menulis tanpa identiti. Kerana bila ditelan, aku yang sesak. Bila diluah, ada yang mungkin terluka. Yang membuatkan aku kembali menulis ini… kerana hati sudah tak sekuat dulu. Di luar, mungkin nampak senyum, tapi hanya Tuhan yang tahu betapa beratnya yang aku pendam. Semoga Tuhan terus menjaga jari-jari ini, agar tak menulis lebih dari sepatutnya. Assalamualaikum.